Tak tertahan air mata...[PESAKIT ICU]

Assalamualaikum sahabat...

Sungguh...
Saya sangat sebak..
Tatkala melihat dan mendengar si ibu..
Cuba memanggil, mengingat kembali memori bersama anaknya ke telinga anaknya yang sedang koma kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya...
Saya tidak tahu bagaimana terjadinya kemalangan tersebut..
Tapi hati ibu ini tak tahan, terus menjadi sebak dan berlinang air mata apabila melihat si ibu bersungguh-sungguh bercerita pada si anak yang koma ini untuk meransang anaknya agar sedar..dan lebih sedar..

'Adik kena kuat...adik nak balik kan....
Wah...wanginya adik...adik baru lepas mandi ke..adik pakai sabun apa...'
Anaknya yang koma..diam...sepi..

Sampai situ sahaja saya dapat dengar dan terus keluar dari bilik rawatan ICU tersebut..
Terpaksa menahan air mata yang berlinang ini semasa menaip pelan pemakanan anaknya di dalam sistem berkomputer...

Betapa kuat ibunya...
Tiada kedengaran bunyi sebak...
Mungkin ibunya juga tidak tahan menanggung kesedihan..tetapi dikuatkan hatinya demi tidak mahu mempamerkan rasa sedih itu dihadapan anaknya..

Ya Allah...peliharalah anak ini...
Sembuhkan dan sedarkan dia dari koma ini..
Kembalikan lah keceriaan di dalam keluarga mereka Ya Allah...

Comments

  1. keynote..sedihnyaaaa wei...
    wei, masa cuti raya cina ritu anak kawan aku, belakang umah aku ni, meninggal dunia, 11 bulan..
    sedihnya tak terkata..last week kawan aku mai umah, dia main2 dgn Zara, last2 dia keriauu terisak2..takdak kata2 dah aku nak bagi dia kuat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts