Saturday, 28 February 2015

Dari hati turun ke pena....[DIARI ANAK SYURGA]

Assalamualaikum sahabat maya semua..

Bila kali pertama kita punya diari sendiri?saya?hmm..xberapa ingat..tp bukan pada umur 7 tahun..huuu..
Saya rasa paling awal saya ada diari adalah pada umur belasan tahun...hehehe

Saya perhatikan Zahraa ni suka menulis..menulis perkara yang menggembirakan hati dia...

Pada ketika umur dia 5 tahun, dia dah mula mengeja dan menulis..melukis tu memang hobi dia sejak umur 2 tahun..
Tapi kami perasan, lukisan dia mula dia letakkan karakter dan juga shout out kata2 yang digambarkan melalui lukisan (macam komik tu) pada umur dia 6 tahun...

Sy kemudian beri dia buku catatan..niat pada asalnya untuk dia melatih menulis supaya tulisan nya lama-lama akan dapat dibaiki supaya lebih kemas dan cantik...

Antara catatan hariannya..
Dan kini...
Mama beri kamu satu buku catatan yang lebih cantik..jom Zahraa, kita mula tulis diari!
Happy moments will last forever anak..
Catatla apa yang berlaku..
Mama kalau umur panjang, boleh la mama simpan buku catatan awak ni..
Hehehe..
Mula-mula..catatan nya biasa2 je..
Tapi kami dah perasan dah lebih byk perasaan dalam catatan diarinya..
Go Zahraa!
Be a good writer...!

Monday, 23 February 2015

Surat Pertama..[UNTUK CIKGU DARI ZAHRAA]

Assalamualaikum...

Tulus betul hati kanak-kanak kan..
Suatu pagi seperti biasa #suamisyurgasaya akan menghantar Zahraa ke sekolahnya..
Tak sangka, semasa dah sampai di ofis sy telefon seperti biasa bertanyakan dah sampai ke belum..rupa-rupanya papa bagitau tayar kereta bocor..
Alahai..
Tapi kata papa kena tggu kedai tayar bukak dulu..lambat sikit Zahraa akan sampai ke sekolah nanti..
.....
.....
.....
.....
Dan...memandangkan dah semangat sangat nak ke sekolah..mungkin Zahraa ada rasa bersalah..ditulis satu surat/catatan khas buat guru...
Hee...cute jugak!
Surat pertama dari Zahraa buat guru kerana tidak dapat ke sekolah...

Tapi....tayar bocor dapat dibaiki awal..sempat Zahraa masuk ke sesi sekolah petang..alhamdulillah..

Wednesday, 4 February 2015

Resipi Sarapan Ringkas Si Kecil..[LEMPENG NESTUM]

Assalamualaikum...

Modify sikit resipi lempeng biasa..
Untuk tenaga yang berpanjangan, saya tambahkan sedikit santan dan nestum...
Hmmmmm...
Wangi tau bau lempeng ni...
Jom kita tengok bahan-bahannya..

Nestum 1/2 cawan
Santan 1/2 cawan
Telur 1 biji
Tepung gandum (tanpa peluntur) agak2 dalam 2 1/2 cawan
Air
Gula ( if perlu 1 tbsp)
Garam..secubit sikit je
Tu je bahan2..

Cara-cara menyediakan pula..
1. Campurkan tepung, air, gula..kacau sebati..
2. Masukkan santan dan pecahkan telur dan pukul atau kacau sehingga semua mix betul2..
3. Panaskan non stick pan yang leper dan letakkan satu senduk...bentukkan bulat..
Tunggu bahagian bawah masak ( tengok bahagian tepung atas dah tak putih) then balikkan...

Ulang sehingga habis adunan...
Hasilnya...
Tadaaaa!
Boleh dimakan bersama spread lain seperti kaya, honey, choc butter, peanut butter...( ni resipi kanak-kanak ye..)

Selamat mencuba!

Berbasikal...[SAMBIL MENGENAL ALAM]

Assalamualaikum..
Pagi Sabtu..seperti yang papa janjikan..berbasikal sebagai aktiviti keluarga (family time).
Kali ni kami berbasikal di Putrajaya juga tapi di Presint 4..
Bersebelahan Taman China, ada satu kawasan parking kereta yang sangat luas..best, di situ pun dah boleh berbasikal..
Yg bestnya Putrajaya ni, ada track untuk berjogging dan juga berbasikal..
Kali ni kami mengikut track sampai ke Masjid Besi (Masjid Sultan Mizan)..
Tak sangka rekabentuk pada belakang masjid besi tu ada rekaan waterfall, he sebab kalau singgah solat kat sini takpernah pulak jalan2 kat kawasan belakang ni..
Sambil berbasikal, kami akan stop di beberapa tempat untuk belajar tentang alam ciptaan Tuhan..
Zahraa ada sebut..
'Mama, i think i saw cocoon!'
'Where it is?'
'At that tree' sambil menunjukkan pada sebatang pokok..
Kami pun berpatah balik dan sempat sy panggil Arman dan Papa untuk sama-sama pastikan betul atau tidak cocoon tu..
Oh...rupanya..it just daun2 pokok yang dah jadi rumah serangga..hehehe..
Betapa Zahraa dah lama mencari seekeor beluncas untuk melihat sendiri life cycle seekor sang rama-rama..
Tapi belum ada rezeki ye sayang..
Dan..di antara daun-daun tu, kami nampak sarang labah-labah..
'Mama..mama..mama...spider web mama!'
Hahahaha..tergelak jugak sy sebab selalu je jumpa spider web ni tapi keterujaan kali ni lain benor...
Jadi cuba sy lihat apa yg boleh dibelajar..
Oh..
Yes..sarang labah-labah ni sebenarnya jenis melekat..
Sambil sy letakkan jari saya pada sarang tersebut, dan dapatlah anak2 syurga saya melihata bahawa spider web ni sesuatu yang sticky!
'That's how spider save its life from danger..from other insects..'
Sy cuba relate kan dengan cerita bambi dimana ada satu scene seekor ladybug terperangkap pada sarang labah-labah dan labah-labah tersebut cuma datang untuk makan ladybug tu..tetapi sempat diselamatkan oleh bambi..
Begitula juga bagaimana seekor labah-labah mendapatkan makanannya...
Hee...subhanallah..sempurnanya ciptaan Tuhan kan..
Dan..sempat mama snap sang labah-labah..
Seekor labah-labah yang cantik...bewarna putih..
Dan tiba2 dari tangan mama, sang labah-labah nak terjatuh..panik sekejap anak2..rupa2nya...
Sang labah-labah sempat keluarkan web nya dan bergayut dari tangan dan cuba untuk turun perlahan-lahan dari gayutan tu..
'Wah..hebatlah!'..menjerit  Arman!
 
Thanks for reading!
 

Resipi Sarapan Ringkas Si Kecil....[CUCUR LABU]

Assalamualaikum...

Pagi memang rushing sangat..
Nak bangunkan anak..nak mandikan anak...nak siapkan anak-anak pakai baju...nak pastikan anak solat subuh..
dan tentunya seorang mak akan sediakan makan pagi untuk anak..kira sarapan la kan..

Malam sebelumnya mesti dah terbayang-bayang sebelum tidur..apa aku nak masak untuk anak aku sok pagi...

Ha, ni saya nak start share resipi sarapan yang ringkas untuk anak-anak..simple yet healthy..

Cucur Labu..

Kenapa labu?
Selain labu ni dibuat masak lemak, labu jugak boleh dibuat cucur untuk sarapan pagi atau minum pagi atau untuk minum petang..
Selain tu, resipi kat bawah ni akan menjadikan labu sebagai makanan tinggi kalori sesuai untuk kanak-kanak yang kurang berat badan..
Labu mengandungi Vitamin A yang tinggi dan juga Vitamin C..
Selain itu, tinggi juga kandungan protein/ 100 g dan tentunya tinggi fiber..

Bahan-bahan:
Labu 1/2 biji - dikukus pada malamnya..
Telur sebiji
Tepung gandum (tanpa peluntur)-agak2 ye mommy
Sedikit air suam
Gula (bergantung, saya hanya masukkan 1 sudu sahaja, tak perlu pun tak apa sebab labu dah manis)

Cara memasak..
(Sebenarnya cara memasak seperti cucur biasa)

1. Labu yang telah dikukus di lenyek
2. Tambahkan telur dan gula. Kacau hingga sebati.
2. Tambahkan tepung gandum dan air suam. Kacau sebati dan biarkan sekejap
3. Panaskan minyak dan goreng cucur..

Tadaaaaa......
Ok, ringkas dan mudah kan..
Selamat mencuba!
* sorry gambar bawah ni byk ni je yg tinggal yang lain dah habis dimakan..heheheh

Tuesday, 3 February 2015

Hillrun....[PUTRAJAYA CHALLENGE PARK]

Assalamualaikum..
Oh #mynewme...#mynewme...
Yes..i am very2 new beginnerrrr....
Takpe...tarik nafas...hembus...
Malam sebelumnya...#suamisyurgasaya mengajak saya join dia training lari di track PCP -Putrajaya Challenge Park di Presint 5...
Boleh google di web...
Guna keyword...Putrajaya Challenge Park..hihi
 
Lari??OhMy! Itu bukan jiwa saya..bukannnnnnnn!!!
Saya memang xsuka berlari...
Dari sekolah menengah, kalau ada hari sukan merentas desa...alahai..malas nya..xsukanya...sebab sy akan suka jalan je banyak dari lari...
Lepas subuh, ingatkan #suamisyurgasaya dah lupa janji semalam, rupanya tak!
Ohhhhoooooooo...
Terpaksalah...terpaksalah...
Kerana terpaksa..saya buli dia pakaikan kasut untuk saya..hehe..
Ni sebenarnya kasut pinjam..sy memang takde kasut lari, kasut hiking bla bla..sy hanya ada kasut gowalk yang teramat selesa dan ringan dari skechers je...
Tapi #suamisyurgasaya kata kasut saya tu tak sesuai sebab...nanti track ada yang licin..post-hujan lak tu..
Ok fine...
Pinjamla kasut dia..
Ini tempatnya..
 
 
Memandangkan kaki sy saiz 'gajah'..hehe..saiz 8/9...bolehla juga muat sikit kaki suami sy tu...
Ok jom mula dengan warming up...
Dan kemudian sy follow so-called 'Mr Coach'...
 
Alahai..xsampai 100m pertama saya dah stop dan berjalan..hillrun kot!jantung saya masih belum kuat staminanya..(alasan!)
Pendek cerita..track ni memang best..memang challeging..
Ramai juga yang datang dan lalui track ni dengan cycling or nightrun..
Ada banyak trail..easy or moderate..sila la pilih...
(Me..always wants yang easy je)..
Tapi cuba-cuba juga yang moderate..
 
Moderate ni biasanya lebih jauh dan lebih mencabar..
Sempat kami berselfie...
Yeay!penat + penat...sampai jugak kami di puncak!
Jom selfie Pa!
 
Finally...dapat jugak habiskan 2.5km..yeay!good job #mynewme!
Dengan tak malunya...saya nak bagitahu..berat saya ketika saya mulakan challenge #mynewme....ialah...69kg!
Ok selain track lari..sesuai juga bawa anak untuk train berbasikal..i.e dari 4 roda ke 2 roda..sebab lantai dia simen..

Tak sakit kalau jatuh..dan space yang luas..
Dan..sesuatu yang jugak kagum...
Ada tempat khas untuk para skateboarders...memang best!
Rupanya banyak benda sy tak tahu pasala Putrajaya ni..hehe..
Mari kita gunakan fasiliti yang ada...
Dan kalau cuba google..ada jugak untuk indoor wall climbing khas untuk anak2...
Belum pernah cuba lagi..lain kali insyaAllah..
Dah habis semua...baru rasa...best jugak ni..
Dan tetiba..#suamisyurgasaya dah plan nak bawa sy ke sini untuk fitness training setiap Ahad..
(Dalam hati......aduiiiiiiiii....)
 
Thanks for reading!
May Allah ease everything you do!

Monday, 2 February 2015

Color coding for textbooks...[MUDAHKAN URUSAN ANAK]

Assalamualaikum...
Saya memang nak ucapkan trillion thanks to those yg share idea ni dalam facebook atau dalam forward message..
Dan kalau saya jumpa orang pertama yang sangat kreatif keluarkan idea sorting buku teks mengikut kaler coding, tentu sy akan ucapkan trima kasih tak terhingga...
Jujurnya amat memudahkan anak saya menyusun buku2 teks dalam beg pada malam atau pagi hari sekolah...
Mak pun mudah untuk semak kot2 ada buku yang tertinggal ke kan, just tengok pada kaler sticker yang dah dikoding mengikut jadual harian..
Alhamdulillah..sesungguhnya Allah akan mudahkan urusan orang yang telah memudahkan urusan orang lain...Ameen..
Bila anak dah masuk darjah 1, bukan sahaja anak kena cuba adapt dengan suasana belajar dan jadual sekolah baru, tapi parents jugak kena adapt dengan environment tersebut tambah2 lagi jadual anak yang berlainan setiap hari, parents perlu lebih kreatif dalam membahagikan masa (dengan color coding, masa dapat dijimatkan, hehe)..insyaAllah..
 
Thanks for reading!

Berenang...[SUKAN SUNNAH]

Assalamualaikum...
Februari ni Zahraa dan Arman start semula kelas renang yang tertangguh tahun lepas...
Kali ni sy cuba pulak kelas renang di Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya dikelolakan oleh ezi2swim...
Boleh tengok link kat bawah ni..
www.ezi2swim.com.my
Ada kelas renang kanak-kanak, dewasa, muslimah etc..
Harganya dalam RM80 untuk 4 kali kedatangan..
Untuk pendaftaran, pihak ezi2swim charge sebanyak RM20 sahaja..
So far saya jadualkan kelas renang untuk hari Ahad petang jam 3.00-4.00 petang..
Untuk Muadz belum lagi ye sayang...
Kena take turn..huuu..
Kawasan kolam ni juga luas...
Dan semasa kelas, kolam ini sepenuhnya disewa oleh pihak ezi2swim bagi keselesaan pelajar...
Dan yang saya suka juga sebab cikgunya ramai..hehehehe sebab muridnya pun ramai...
Harini Zahraa dan Arman belajar dari basic semula kerana kelas pertama...
Motto: Kalau nak buat sesuatu, buat betul-betul dan bersungguh-sungguh..mesti ada cita-cita tinggi...
Maksudnya..bukan sekadar tahu teknik yang basic sahaja..cuba fikirkan ke depan lagi..insyaAllah..
 
Thanks for reading!

 

Sunday, 1 February 2015

Aktiviti berbasikal..[SAMBUNGAN CERITA KALI INI]

Assalamualaikum...
Sambungannya...
Selepas melihat sang spider...
Kami teruskan berbasikal..sehingga jumpa pokok2 yang pelik ini...iaitu akarnya keluar berjuntai-juntai...
Arman dan Zahraa make another pit stop..
Turun dan sentuh..
 
 

Lihat dari mana datangnya juntaian ini..
Bila ditanya..
'Mama..pokok apa ni...'
Erk...sorryla anak..mama kena check dengan buku...kita ambil gambar dulu then kita compare nanti ye...
Kita cari kemudian nama dia ye syg..
Terhenti di situ dahulu pertanyaan tu..
Tetapi tentunya mereka masih tertanya2...kenapa pokok tu lain dari pokok2 di sepanjang track ini...
Kami terus berbasikal sampai ke bawah jambatan menuju ke picc...
'Oh..ada sampahla...
Ada sesiapa nak buat baik dan dapat pahala tak..'..
'Saya!saya!'
'Saya pun mama!'...
Kedua-duanya turun dari basikal dan mengutip sampah..
 

Menuju ke tong yang rupanya seperti tong sampah..tapi rupanya hanya sebuah lampu..
Hehehehe...
Memang tak jumpa tong sampah..
Kecewa mereka...
Mereka akhirnya letak sampah tersebut di bawah tong tersebut, harap2 cepat cleaner clearkan sebelum sampah2 makanan tersebut berselerak...
Oh...
Berhenti lagi!...
Kali ni berhenti utk makan..heheh..

Twiggies Choc sebagai makanan pemberi tenaga pantas ketika anak-anak keletihan...
Muad pun akhirnya turun dari carrier dan alhamdulillah..kakak Zahraa terjumpa tempat untuk duduk dan makan...
Jom makan berjemaah..
Dah habis makan dan minum..mereka main kejar2 sekejap di atas bukit tu sambil melihat orang ber canoe...naik bot..ada bot laju dan jet ski...hmmm....menariknya Putrajaya ni......
 

Kami cuba turun ke bawah..niat pada mulanya ingin menyentuh air..tetapi terjumpa....a snail!
Rezeki berjumpa dengan seekor siput..yang mempunyai cengkerang yang keras...
 
 

Cuba disentuh cengkerangnya oleh anak2...
Mereka melihat siput itu diam..tidak bergerak..
'Mama dia sudah mati ke..'
Belum syg...dia malu..
Dia takut orang cederakan dia...
Jadi..dia buat-buat diam tak bergerak...
Lama juga siput itu diam..
Dan akhirnya kami tinggalkan si siput di situ dan terus mengayuh basikal...

Kayuhan seterusnya....laju...lebih laju..disertai dengan bacaan doa dhuha oleh anak-anak syurga dengan kuatnya..(sesi tasmik doa yang menarik)...
Ameen..
*Aim utk tasmik bersama2 doa rabitah sambil mengayuh..
Sebelum sampai di tempat letak kereta, terjumpa pulak pohon semalu...
Anak-anak turun dan menyentuh daun pohon semalu tersebut..memang dah jadi mainan diorang pohon semalu ni sejak terjumpa pertama kalinya di Taman Tasik Cyberjaya dahulu...
Satu ciptaan Yang Maha Agung...
Tak tercapai dek akal...
Alhamdulillah...
 
Thanks for reading! 
 

Real toolkit!...[AKTIVITI KEMAHIRAN HIDUP..KATA PAPA]

Assalamualaikum...
Tak tau nak cakap apa..sebab..memang sebelum ni sangat takut nk bagi anak-anak pegang alat2 dalam toolbox ni..
Alat-alat ni ada yang tajam, yang kecil-kecil...
Tapi...
Kali ni papa sengaja meluangkan masa kualitinya dengan membenarkan anak-anak syurga ni bermain dengan toolkit yang sebenar!!!
MasyaAllah..Alhamdulillah...
Maka..berseronoklah budak2 ni dengan alatan yang real, sangat mengujakan terutamanya Arman dan Muadz..
Disediakan satu polisterin lembut untuk anak-anak cuba menggunakan...
penukul dan pasangannya paku...(hammer and nail)
Skru dan skru driver..lihatla Muadz juga tak ketinggalan untuk cuba menggunakan alat-alat ini dengan teknik yang betul..(may need more practice ye Muadz...)
Nut and spanar...
Belajar mengenal nama alat-alat ini pun dah cukup memadai ditambah pulak dengan mencuba sendiri bagaimana cara nak menggunakannya..pastinya satu pengalaman berharga buat si kecil..
Masa anak-anak kecil adalah masa yang berharga...
Tentunya mereka bekerjasama cuba menghasilkan sesuatu...Lihatla hasilnya!
 
Thanks for reading!