Sunday, 27 December 2015

Planetarium Negara..[ONE HOUR TRIP ONLY]

Assalamualaikum sahabat...

Adeii..segan nak cerita..last minit plan pada hari Jumaat memang tak best kan..tambah-tambah kita perlukan sumbangan 'driver' dari tok laki heeee..masa pendek sikit la kalau nak berjalan hari Jumaat ni...

Takpa nak oi..
Kita intro saja pada anak-anak, mama papa pun tak pernah sampai lagi planetarium negara ni..

Waktu operasi 9.30pagi sampai 4.30 petang..kami plan nak dtg sini dari pagi lagi tapi kena setelkan beberapa keja papa dulu, jam 3.00 petang baru bertolak dari Seri Kembangan heeeee

Seperti biasa, kami beratur di kaunter tiket..rupanya jika nak lawat ruang pameran sahaja tak perlu bayar apa-apa..masuk adalah percuma!

Hanya kalau nak tonton movie perlu bayar RM6.00 untuk dewasa, kanak-kanak bawah 12tahun dikenakan bayaran RM4.00.

Tayangan movie apa???
Tertanya-tanya jugak kami ni..
Rupanya tayangan berkaitan dengan angkasa la..heeee dan tajuk tayangan mungkin berubah-ubah (sebab banyak cerita pasal angkasa yang kita tak ketahui)

Kali ni kami berkesempatan tonton tayangan bertajuk Wildest Weather in The Solar System..more kepada tayangan dokumentari seperti di Saluran National Geographic..

Ok..sebelum masuk ke bilik tayangan (heee ataupun panggung wayang planetarium), sempat anak-anak menjengah ruang pameran..
Bagi Zahraa yang sudah faham tentang solar system, seronok untuk dia main game, jawab kuiz dan buat some reading..
Untuk Arman dan Muadz, mereka lebih tertarik dengan 'Anti Gravity Room' yang mempunyai pencahayaan bewarna biru dan ada slide untuk menunjukkan perbezaan graviti..dan juga mesin robotik di 'Red Planet'..


Pelbagai kuiz menguji minda...hmmmmm..
Yang ini mama kena digest dulu..nanti kita rujuk ensiklopedia dan belajar tentang ni..nanti dapat idea dah kita datang balik sini heeeee
Cahaya....banyak benda boleh belajar..cerapan, serapan..pantulan..biasan..okay take note ya..
Pandangan ruang pameran dari atas..

Hamza pun join masuk ke dalam Anti Gravity Room..dalam ni ada sistem yang membuatkan balancing telinga kita berubah sedikit..macam bila kita naik ke altitud yang lebih tinggi, rasa berdengung..
Red Planet..dan mesin robotik..


So inilah bilik tayangan video..berbentuk globe, unik sangat..bukan seperti skrin tv yang biasa..tertanya-tanya di mana mereka akan paparkan video tu nanti..
Jangan risau..seat semuanya bernombor..masa beli tiket dah dapat nombor tempat duduk ni..
Ntahla ni bukan projektor biasa heeeee, maybe hiasan sahaja kot...

Yang menariknya..tayangan video ni seperti tayangan 3D..thats why ruang skrin berbentuk globe membulat supaya kita merasakan seperti berada di ruang angkasa...bagi yang tak biasa, mungkin akan pening..kalau pening, tutup mata ye! We all enjoy ~20 minit tayangan..

Note sikit apa yg anak-anak belajar tentang movie Wildest Weather in the Solar System..mama kena buat rujukan dulu supaya info yang ditulis ni betul. Stay tuned next entri naaaa..


Wednesday, 16 December 2015

Trip To Yakult..sooooo fun!

Assalamualaikum sahabat..

Okay, actually aktiviti ni bulan lepas..
Kebetulan, masa Dietitians Day peringkat hospital lepas, yakult rep ada bukak booth..
Dan ada la letak forms, info sheet pasal yakult..
Selain dapat free minuman yakult kat booth tu, apa yang lebih menarik perhatian saya adalah info berkaitan 'LAWATAN KE KILANG YAKULT!!' AND IT'S FREE VISIT!!'

Sedikit info berkaitan free visit ni..
Memang kilang yakult ada satu je di Malaysia ni..
Dia akan bukak untuk any institusi yang nak datang visit kilang hanya pada hari Sabtu sahaja (dan ada tarikh-tarikh tertentu). Tidak semua hari Sabtu dia bukak untuk visit. Boleh katakan visit yang menyeronokkan lagi-lagi untuk preschoolers/ budak sekolah kan..

Perlu booking dulu of course so that dia boleh prepare staff yang akan entertain group/family/ personal visit ni..
Cara nak booking untuk visit kilang yakult...
Boleh ke website yakult.com.my
Then ke 'Our Service' dan pilih 'Factory Tour'..
Kat page tu boleh download request form, isi dan fax/email kepada pihak kilang.,.
Perlu tunggu respon dulu tau dari mereka...

Kilang yakult ni takla besar sangat..
Tapi kagum dengan teknologi japan..
Tak perlu kilang besar, tapi product output tinggi yang boleh supply untuk seluruh Malaysia..
Kilang sangat bersih..

Masa kami sampai, rupanya pihak kilang ada terima booking form dari saya (sy booking kan untuk group visit sebab ajak sekali kawan-kawan) cumanya mereka belum reply kata approve untuk visit..
Tapi alhamdulillah dapat juga masuk lepas bercakap dengan manager dia..
Tapi kami terpaksa join group dari kolej (adult group)..

Lepas tour oleh staff dia ke kilang (actually view dari cermin kaca dari tingkat atas) dan boleh nampak clear tentang proses kilang tersebut, kami diminta masuk ke bilik seminar untuk sesi penerangan...(kalau untuk kanak-kanak sekolah, ada sesi macam ceramah pemakanan dan kesihatan dan slide presentation lebih frenly kanak-kanak)

Masa tu, free sample yakult mula diedarkan kepada semua visitor..
Besttttt....
Siap visitor diajar cara yang betul tentang bagaimana nak bukak straw yakult tu...
Ada cara yang betul sebenarnya supaya tidaklah kita duk gigit plastik straw tu masa nak bukak straw...heheheh

Ok done!
Simple je lawatan ni tapi for me it's fun for kiddos..insyaAllah diorang akan ingat memori mama bawa lawat kilang ni ha nanti...hehehe..
(walaupun diorang lebih banyak bermain dan berlari-lari je)..tapi proses pembelajaran secara audio masih berjalan insyaAllah..
Arman cuba menggunakan mikroskop untuk melihat bakteria..
Melihat kepelbagaian produk dari yakult..bukan sahaja minuman berkultur sahaja, malah produk kosmetik juga turut dikeluarkan oleh yakult cumanya bukan di Malaysia..dan juga dipamerkan pelbagai jenis rupa packaging yakult drink di beberapa buah negara yg lain..cute sgt!
Tour...
Melihat cara pekerja bekerja di kilang dengan memakai PPE yang lengkap..mesin dan flow sesebuah produk..
Hmmm kagumm..
Memerhati dari cermin kaca..

Gambar ni menunjukkan mesin yg sterilkan botol2 yakult..
QC di line..
Ini menarik! Straw tu nampak cam peluru sebuah senapang..hahahahaha..kat sini mesin utk lekatkan straw pada botol..teruja betul anak2 tengok..(mak lebih2 teruja kikiki)
Bilik semaian..
Khusyuk dengar ceramah pemakanan dan kesihatan dari akak yg cumel sgt..pandai dan sesuai sekali akak yg handle group kanak2..(ini kali ke-2 masuk ke bilik seminar sbb yg 1st tadi salah join group dewasa, dpt lagi yakult free sample!)
Ni masa 1st seminar yg salah join tu..muka hepi la dapat minum yakult..dahaga sangat asyik berlari..

After trip ni, my kids dah ingat, if pegi beli barang..diorang dah x kisah kl beli yakult compare dgn minuman kultur yg lain..

Baiiii.,....jupe lagi...

Santuari Penyu Cherating [ROADSCHOOLING]

Assalamualaikum sahabat...

Unplanned visit..
Masih bercerita pasal aktiviti bulan lepas yang tak terupdate sekian lama...
Kami attend kenduri kahwin sepupu di Terengganu, tapi tidaklah berniat untuk bermalam di sana..
Kebetulan Mek Zahraa ada exam next Monday tu..(Mama ada bawa buku kot2 nak ulangkaji, heeeeee...kot kot kan...)

On the way balik, Papa singgah menta di sini...
Oh ya jugak...selama ni asyik lalu kawasan ni saja tapi tak pernah singgah masuk...

Santuari Penyu ni dipanggil juga sebagai pusat penerangan dan konservasi penyu Cherating..
Seperti muzium yang memelihara maklumat tentang penyu..(penyu juga merupakan haiwan terancam dan makin pupus <-- penting untuk inform anak-anak)

Apa yang ada di Santuari Penyu ni??
Jom tengok gambo ye..
Info dan map berkaitan kawasan penerangan santuari penyu ni..

Ruang pameran dan maklumat berkaitan pemuliharaan penyu..
3D replika bagaimana telur penyu menetas dan anak-anak penyu yg super cute tu keluar dari kedalaman pasir di pantai utk melepaskan diri ke laut..subhanAllah..Allah Maha Sempurna ciptaanNya
Melihat beberapa jenis penyu..ada beza dari segi cengkerangnya..
Hellooooo Mr Turtle!
Tuuuu anak-anak penyu yang kecil dan comel! Diletakkan dalam jaring yang berasingan dari penyu yang lebih besar..
Lihat tu anak-anak, ada beza pada corak cengkerang dan warnanya..dan lihat cara bagaimana mereka berenang dan cuba mengelak dari berlanggar antara satu sama lain..
Ada satu penyu yang sangatt besar..ntah berapa agaknya umur penyu tu....

Ok..itu saja perkongsian sy kali ini..
Banyak tempat menarik untuk dijadikan bahan pendidikan berterusan anak-anak kita kan..jomla explore lagi!

Babai...salamm...

Monday, 14 December 2015

Al-Amalulillah...Lirik jerr

Assalamualaikum sahabat...

Oh entry ni saya nak tulis lirik lagu ni jer buat simpanan..
Dolu2 masa kecik biasa dengar juga..tapi tak ingat kat mana..

Dtg ihtifal sekolah Zahraa ada pulak diorg nyanyi lagu ni as lagu rasmi...lirik dia kalau hayati betul2..wow, besar betul maksudnya...:)

Lirik lagu Al-Amalulillah...

Al'amal, al'amal, al'amalulillah 2x
Al'amalulillahi syi'aruna 2x

Allah, Allah, Allahu rabbuna
Allah, Allah, Allahu ghayatuna
Al Rasul qudwatuna
Al-Quran dusturuna
Al Rasul qudwatuna
Al-Quran dusturuna

Al'amal, al'amal, al'amalulillah 2x
Al'amalulillahi syi'aruna 2x

Al-jihad, al-jihad, al-jihadu sabiluna 2x
Al-mautu fisabilillah asma amanina 2x
Asma amanina. asma amanina

Beramal. beramal , amal kerana Allah 2x
Beramal kerana Allah itu syiar kami 2x

Allah, Allah, Allah Tuhan kami,
Allah, Allah, Allah matlamat kami
Ar-Rasul ikutan kami
Al-Quran panduan kami
Ar-Rasul ikutan kami
Al-Quran panduan kami

Beramal. beramal , amal kerana Allah 2x
Beramal kerana Allah itu syiar kami 2x

Berjihad, berjihad, jihad jalan kami 2x
Mati di jalan Allah, cita tertinggi kami 2x
Cita tertinggi kami, cita tertinggi kami

Baiiii!