Wednesday, 5 October 2011

Menjaga Anak Amanah Allah-Pesanan Rasulullah

Hi all! nampaknya mata ni belum nak tido lagi...so, utk mengisi masa yang ada ni, yelah memandangkan anak2 tgh tido kan...bila menatap wajah2 mereka yang sedang tido tu..ya Allah..betapa bersyukurnya aku pada Allah atas segala nikmat yang diberikan...kadang2 i rasa tak percaya, dah ada 2 anak yakni 2 amanah Allah dah berikan pada aku...

Teringat pulak salah satu chapter dalam buku 100 pesanan terakhir Rasulullah...antaranya Menjaga Anak Amanah Allah..

Sememangnya anak-anak tu adalah harta dan amanah Allah. Tanggungjawab besar tu babe!Anak-anak juga adalah aset yang akan membantu apabila ibu bapa meninggal dunia melalui doa-doa mereka.
Baginda Rasul pernah berkata ' Apabila meninggal dunia seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah amal jariah, ilmu yang dimanfaatkan oleh orang lain dan anak soleh yang akan mendoakan untuknya'. Ha...dengan sabda baginda Rasul ni, kita dapat simpulkan bahawa pendidikan agama tu tersangatlah penting kan...untuk bekalan kita as parents di kehidupan yang abadi nanti...memang tanggungjawab yang besar...

Selain menjaga anak, mendidik anak-anak adalah wajib. Cuma sebagai parent ni, selalu i fikir, gi mana caranya untuk menjaga anak dengan cara yang terbaik???Selalu jugak aku cari info pasal parenting tentang cara untuk mendidik yang terbaik...tetapi biasalah...itu hanyalah sebagai panduan...hakikatnya...kadang2 aku rasa susah sangat, tak tahu nak buat macam mana utk bagi anak dengar cakap kita atau adakah cara kita tu betul ke tak..

Pesan baginda Rasul juga, 'Suruhlah anak kamu mengerjakan solat apabila berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika enggan mengerjakan solat apabila berusia sepuluh tahun'. Itulah pesanan baginda Rasul selain menyuruh parent mengajar tentang Allah.

Baginda juga menggalakkan kita membawa anak-anak menghadiri majlis ilmu bagi menambahkan pengetahuan mengenai ilmu agama. Majlis ilmu diibaratkan seperti taman syurga yang tidak sepatutnya dihadiri oleh orang dewasa sahaja, malah kanak-kanak juga perlu kena biasakan pegi.

Anak-anak juga digalakkan membaca Al-Quran supaya suasana rumah sentiasa memiliki ciri-ciri keislaman dan bukan didedah dengan budaya barat seperti memutarkan lagu-lagu yang melalaikan. kalo tak lagu pun, mungkin boleh putarkan bacaan Quran dari CD supaya anak2 terbiasa dengan ayat-ayat suci ni...boleh juga dipasang semasa dalam perjalanan dan sebagainya.

Baginda Rasul kita pernah berkata ' Jangan kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kubur. Sesungguhnya syaitan melarikan diri dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah'.

Betul juga,kita sebagai ibubapa, kita tak boleh sebenarnya nak serahkan semua responsiblity tu pada cikgu2, ustaz atau ustazah kat sekolah.Kitalah ibu bapa yang sepatutnya jadi contoh utama pada anak-anak.

Memberi nasihat kepada anak-anak juga merupakan tanggungjawab yang bukan kerja remeh. Dalam al-Quran surah al-Luqman, banyak sekali pesanan Luqman kepada anak-anaknya seperti dalam ayat 13, Allah berfirman yang bermaksud, ' Dan (ingatlah) ketika Luqman memberi nasihat kepada anaknya, 'Wahai anak kesayanganku! Janganlah kamu mensyirikkan Allah (dengan sesuatu yang lain). Sesungguhnya perbuatan syirik itu merupakan satu kezaliman yang besar'.

Dalam ayat ke 17, surat yang sama, Allah berfirman,' Wahai anak kesayanganku. Dirikanlah solat dan suruhlah berbuat kebaikan serta laranglah dari kemungkaran dan bersabarlah atas segala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang perlu diambil berat melakukannya.'

Besar tanggungjawab kita kan...
Ya Allah..berilah aku petunjukMu dalam mendidik anak-anakku untuk mencintaiMu...

Petua Rasulullah Tidak Pernah Sakit

Salam all!wahh...dah lama i guess tak update my blog...bila disibukkan dengan urusan dunia, beginilah jadinya..hahahaaha..well, what to do kan, hidup di dunia ni kira saham kita la untuk akhirat nanti.Yeah!new thing to share!mode excited..excited sangat2!actually dah lama i cari buku pasal sunnah Baginda Rasullullah S.A.W kita...finally jumpa jugak..kat Mydin la pulak yang jumpa..maybe that time i ada banyak masa sket sebab dua2 anak i sangatlah behave masa kat mall tuh..
Buku tuh tajuk dia '100 Pesanan Terakhir Rasulullah'. Salah satu tajuk yang i first teruja is Petua Rasullullah Tidak Pernah Sakit.
Based on sirah Nabi kita, dinyatakan bahawa Baginda sebenarnya amat menjaga pemakanan. Diet baginda sebenarnya sama je macam kita, tapi apakah diet kita sama dengan Baginda??errrr....cuba tengok lat bawah ni..
Antara pesanan baginda agar kita terhindar daripada sebarang penyakit mengikut amalannya adalah:

i) Tidak minum susu bersama  daging
ii) Tidak makan daging bersama ikan
iii) Tidak makan ikan bersama susu
iv) Tidak makan ayam bersama susu
v) Tidak makan ikan bersama telur
vi) Tidak makan ikan bersama daun salad
vii) Tidak makan susu bersama cuka
viii) Tidak makan buah bersama susu (koktel) (errr..macam yang kat bawah ni ke..??)


Mengenai cara pemakanan Rasulullah S.A.W pula, baginda tidak makan buah selepas makan, sebaliknya makan buah dahulu kemudian barulah makan. Berbeza sekali cara pemakanan baginda dengan kita di mana kita biasanya makan buah selepas makan kan.....

Lagi satu, baginda akan tidur sekejap selepas lunch and tak pernah tinggal makan malam kerana sesiapa yang tinggal dinner akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan bertambah.
Dalam kitab kita sebenarnya dilarang makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Baginda Rasul pernah mencegah kita makan ikan dengan susu kerana ia akan cepat mendapat penyakit. Erm, then, biasalah, ramai ilmuwan yang akhirnya mengkaji sunnah baginda mendapati bahawa dalam daging ayam mengandungi ion +ve sedangkan dalam ikan ion -ve. Jika dalam makanan kita terdapat ayam ngan ikan yang bercampur maka akan terjadi tindak balas biokimia yang akan dapat merosakkan usus. MasyaAllah.....betapa begitula Allah menyuruh kita mengikut sunnah amalan baginda...sesungguhnya Allah lah yang mengetahui segalanya....

Then, di dalam kitab suci kita juga diajar menjaga kesihatan seperti mandi pagi sebelum subuh,sekurang-kurangnya sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak.
Selain itu, amalkan minum segelas air masak setiap pagi. Mujarabnya, insyaAllah akan terhindat dari penyakit atau susah mendapat penyakit. Semasa solat subuh juga disunatkan kita bertafakur dan memanjangkan bacaan zikir.
Selain dari menjaga pemakanan, dengan bersujud juga dapat mengelakkan kita dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian yang menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud, maka darah akan mengalir ke ruang tersebut....Subhanallah.....
Dengan menggunakan tangan kanan ketika makan dan apabila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat di dalam air liur...
Cara makan yang disarankan mengikut sunnahnya:
- makan garam secubit sebelum makan untuk menolak 70 jenis penyakit dan ambil lagi secubit dengan jari manis tangan kanan setelah makan. Makanlah dengan tangan kanan tanpa senduk (tangan). Sebaiknya kita yang menunggu makanan bukan makanan menunggu kita

- berdoa sebelum dan selepas makan. cuci tangan dan minum dengan memegang gelas menggunakan tangan kanan, meskipun tangan tersebut bekas kuah

- duduk di bawah, bukannya di bangku dan dimulai dari pinggir dan terakhir ke tengah. elok sekali jika makan berjemaah bersama keluarga atau teman, seperti ketika haji atau berbuka puasa di masjid.


- jangan sisakan sebutir nasi pun sesungguhnya nasi itu berzikir...

Itu dulu uols buat masa sekarang..i'll update anything yang menarik later..and this is just as peringatan buat kita semua...
LovesHugsandKissesssss