Wednesday, 5 October 2011

Menjaga Anak Amanah Allah-Pesanan Rasulullah

Hi all! nampaknya mata ni belum nak tido lagi...so, utk mengisi masa yang ada ni, yelah memandangkan anak2 tgh tido kan...bila menatap wajah2 mereka yang sedang tido tu..ya Allah..betapa bersyukurnya aku pada Allah atas segala nikmat yang diberikan...kadang2 i rasa tak percaya, dah ada 2 anak yakni 2 amanah Allah dah berikan pada aku...

Teringat pulak salah satu chapter dalam buku 100 pesanan terakhir Rasulullah...antaranya Menjaga Anak Amanah Allah..

Sememangnya anak-anak tu adalah harta dan amanah Allah. Tanggungjawab besar tu babe!Anak-anak juga adalah aset yang akan membantu apabila ibu bapa meninggal dunia melalui doa-doa mereka.
Baginda Rasul pernah berkata ' Apabila meninggal dunia seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah amal jariah, ilmu yang dimanfaatkan oleh orang lain dan anak soleh yang akan mendoakan untuknya'. Ha...dengan sabda baginda Rasul ni, kita dapat simpulkan bahawa pendidikan agama tu tersangatlah penting kan...untuk bekalan kita as parents di kehidupan yang abadi nanti...memang tanggungjawab yang besar...

Selain menjaga anak, mendidik anak-anak adalah wajib. Cuma sebagai parent ni, selalu i fikir, gi mana caranya untuk menjaga anak dengan cara yang terbaik???Selalu jugak aku cari info pasal parenting tentang cara untuk mendidik yang terbaik...tetapi biasalah...itu hanyalah sebagai panduan...hakikatnya...kadang2 aku rasa susah sangat, tak tahu nak buat macam mana utk bagi anak dengar cakap kita atau adakah cara kita tu betul ke tak..

Pesan baginda Rasul juga, 'Suruhlah anak kamu mengerjakan solat apabila berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika enggan mengerjakan solat apabila berusia sepuluh tahun'. Itulah pesanan baginda Rasul selain menyuruh parent mengajar tentang Allah.

Baginda juga menggalakkan kita membawa anak-anak menghadiri majlis ilmu bagi menambahkan pengetahuan mengenai ilmu agama. Majlis ilmu diibaratkan seperti taman syurga yang tidak sepatutnya dihadiri oleh orang dewasa sahaja, malah kanak-kanak juga perlu kena biasakan pegi.

Anak-anak juga digalakkan membaca Al-Quran supaya suasana rumah sentiasa memiliki ciri-ciri keislaman dan bukan didedah dengan budaya barat seperti memutarkan lagu-lagu yang melalaikan. kalo tak lagu pun, mungkin boleh putarkan bacaan Quran dari CD supaya anak2 terbiasa dengan ayat-ayat suci ni...boleh juga dipasang semasa dalam perjalanan dan sebagainya.

Baginda Rasul kita pernah berkata ' Jangan kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kubur. Sesungguhnya syaitan melarikan diri dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah'.

Betul juga,kita sebagai ibubapa, kita tak boleh sebenarnya nak serahkan semua responsiblity tu pada cikgu2, ustaz atau ustazah kat sekolah.Kitalah ibu bapa yang sepatutnya jadi contoh utama pada anak-anak.

Memberi nasihat kepada anak-anak juga merupakan tanggungjawab yang bukan kerja remeh. Dalam al-Quran surah al-Luqman, banyak sekali pesanan Luqman kepada anak-anaknya seperti dalam ayat 13, Allah berfirman yang bermaksud, ' Dan (ingatlah) ketika Luqman memberi nasihat kepada anaknya, 'Wahai anak kesayanganku! Janganlah kamu mensyirikkan Allah (dengan sesuatu yang lain). Sesungguhnya perbuatan syirik itu merupakan satu kezaliman yang besar'.

Dalam ayat ke 17, surat yang sama, Allah berfirman,' Wahai anak kesayanganku. Dirikanlah solat dan suruhlah berbuat kebaikan serta laranglah dari kemungkaran dan bersabarlah atas segala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang perlu diambil berat melakukannya.'

Besar tanggungjawab kita kan...
Ya Allah..berilah aku petunjukMu dalam mendidik anak-anakku untuk mencintaiMu...

Petua Rasulullah Tidak Pernah Sakit

Salam all!wahh...dah lama i guess tak update my blog...bila disibukkan dengan urusan dunia, beginilah jadinya..hahahaaha..well, what to do kan, hidup di dunia ni kira saham kita la untuk akhirat nanti.Yeah!new thing to share!mode excited..excited sangat2!actually dah lama i cari buku pasal sunnah Baginda Rasullullah S.A.W kita...finally jumpa jugak..kat Mydin la pulak yang jumpa..maybe that time i ada banyak masa sket sebab dua2 anak i sangatlah behave masa kat mall tuh..
Buku tuh tajuk dia '100 Pesanan Terakhir Rasulullah'. Salah satu tajuk yang i first teruja is Petua Rasullullah Tidak Pernah Sakit.
Based on sirah Nabi kita, dinyatakan bahawa Baginda sebenarnya amat menjaga pemakanan. Diet baginda sebenarnya sama je macam kita, tapi apakah diet kita sama dengan Baginda??errrr....cuba tengok lat bawah ni..
Antara pesanan baginda agar kita terhindar daripada sebarang penyakit mengikut amalannya adalah:

i) Tidak minum susu bersama  daging
ii) Tidak makan daging bersama ikan
iii) Tidak makan ikan bersama susu
iv) Tidak makan ayam bersama susu
v) Tidak makan ikan bersama telur
vi) Tidak makan ikan bersama daun salad
vii) Tidak makan susu bersama cuka
viii) Tidak makan buah bersama susu (koktel) (errr..macam yang kat bawah ni ke..??)


Mengenai cara pemakanan Rasulullah S.A.W pula, baginda tidak makan buah selepas makan, sebaliknya makan buah dahulu kemudian barulah makan. Berbeza sekali cara pemakanan baginda dengan kita di mana kita biasanya makan buah selepas makan kan.....

Lagi satu, baginda akan tidur sekejap selepas lunch and tak pernah tinggal makan malam kerana sesiapa yang tinggal dinner akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan bertambah.
Dalam kitab kita sebenarnya dilarang makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Baginda Rasul pernah mencegah kita makan ikan dengan susu kerana ia akan cepat mendapat penyakit. Erm, then, biasalah, ramai ilmuwan yang akhirnya mengkaji sunnah baginda mendapati bahawa dalam daging ayam mengandungi ion +ve sedangkan dalam ikan ion -ve. Jika dalam makanan kita terdapat ayam ngan ikan yang bercampur maka akan terjadi tindak balas biokimia yang akan dapat merosakkan usus. MasyaAllah.....betapa begitula Allah menyuruh kita mengikut sunnah amalan baginda...sesungguhnya Allah lah yang mengetahui segalanya....

Then, di dalam kitab suci kita juga diajar menjaga kesihatan seperti mandi pagi sebelum subuh,sekurang-kurangnya sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak.
Selain itu, amalkan minum segelas air masak setiap pagi. Mujarabnya, insyaAllah akan terhindat dari penyakit atau susah mendapat penyakit. Semasa solat subuh juga disunatkan kita bertafakur dan memanjangkan bacaan zikir.
Selain dari menjaga pemakanan, dengan bersujud juga dapat mengelakkan kita dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian yang menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud, maka darah akan mengalir ke ruang tersebut....Subhanallah.....
Dengan menggunakan tangan kanan ketika makan dan apabila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat di dalam air liur...
Cara makan yang disarankan mengikut sunnahnya:
- makan garam secubit sebelum makan untuk menolak 70 jenis penyakit dan ambil lagi secubit dengan jari manis tangan kanan setelah makan. Makanlah dengan tangan kanan tanpa senduk (tangan). Sebaiknya kita yang menunggu makanan bukan makanan menunggu kita

- berdoa sebelum dan selepas makan. cuci tangan dan minum dengan memegang gelas menggunakan tangan kanan, meskipun tangan tersebut bekas kuah

- duduk di bawah, bukannya di bangku dan dimulai dari pinggir dan terakhir ke tengah. elok sekali jika makan berjemaah bersama keluarga atau teman, seperti ketika haji atau berbuka puasa di masjid.


- jangan sisakan sebutir nasi pun sesungguhnya nasi itu berzikir...

Itu dulu uols buat masa sekarang..i'll update anything yang menarik later..and this is just as peringatan buat kita semua...
LovesHugsandKissesssss

Monday, 12 September 2011

Kurma-Arman loving it so much!

Dear readers,


Hi, salam Syawal semua!Still in raya blues?Heheh, banyak lagi kan open-house coming this weekend..must get dress urself for foods!wakakaka


To share with u khasiat kurma yang sememangnya menjadi makanan Baginda Rasullulah kita kerana diketahui banyak khasiat yang boleh diperolehi darinya.
Kurma ni bagusss sangat dalam atasi masalah constipation both adults and children. Lagipun, dalam kurma ni ada nutrient yang penting juga seperti iron, vitamin A, kalsium dan vitamin B.


Untuk ibu-ibu yang hamil pun kalao nak amalkan kurma ni pun sangatlah bagusss.....macam kisah Maryam yang mengambil kurma semasa melahirkan Nabi Isa a.s.
Nabi Muhammad SAW bersabda: 'Berilah makanan kurma pada wanita hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)'. Ermmmm...so, jangalah kitaberdebat atau berfikir panjang sesungguhnya sabda ini adalah dari pesuruhNya.

Kebetulan anakku Arman suka sangat makan kurma. Supermak ni kalau pilih kurma mestilah kena yang masak dan lembut. Senang nanti si Arman ni nak gigit2..hehehe. Yang menjadi pilihan supermak ni tentulah kurma Yusuf Taiyob jenis yang kat bawah ni ha...sebab lembut...
Kurma ni memang lembut la...
Selain makan gitu je...supermak ni masukkan jugak dalam bubur nasi Arman ni...buat bekal pegi taska...lagipun, supermak perasan kalau Arman makan bubur kat taska, badan dia macam gatal-gatal sket, dah naik merah..dah pulak ada skin inflam...mungkin lah Arman ni jenis allergy ayam...tapi kat rumah kadang-kadang buat chicken porridge tak pulak gatal....mungkin ayam yang dipilih...who knows?just my personal view.


Ni sempat snap gambar bubur yang dicampur dengan kurma, karrot dan ikan bilis...


Rasa bubur ni manis2 gitew.Alhamdulillah...inilah bekalan Arman mostly hari-hari untuk ke taska..kalo kat umah, boleh lenyek-lenyek je bubur ni. Tapi memandangkan hantar ke taska, supermak haluskan sket texture porridge ni. Ni ha rupanya bila dah di blend kasar...


Nampak macam halus sangat la pulak...tapi actually texture dia dah a bit kasar since Arman pun dah capai 1 tahun...pentingnya texture makanan pada bayi ni bukannya apa, untuk develop kan strength kat area oral muscle dan juga untuk bantu pertingkatkan skill pertuturan...insyaAllah....


Kadang-kadang, kalo tak karrot, supermak letakkan green leafy vege eg bayam atau sawi ke..green leafy kalo hari2 introduce pada kanak-kanak, boleh lah kurangkan specific food refusal punya behaviour bila dia dah besar kan..manatau Arman lepas ni suka makan sayur...;D


Okaylah..bolehlah mencuba....senang je...buat porridge macam biasa cuma tambahkan kurma dalam 1-2 biji (pastikan buang biji la noh...) then blend ikut kesesuaian umur bayi...


InsyaAllah makanan yang baik dalam membantu kesihatan jasmani dan rohani anak-anak kita...ameeennn..


LovesHugsandKissesssss

Thursday, 8 September 2011

My Lil Boss Arman Turn 1-so, time to change to Susu ILHAM!

Hi all!!...i am so excited to share this info with all...tomorrow my Arman will turn 1.So, thats mean i dah boleh start tukar a new formula product which is susu ILHAM..
Have u ever heard that name?
Actually, when my Arman was 7 months, and he developed runny nose, ear discharge just like his sister (when she was that age), so i starts google on how to improve body immune system..my Arman bukannya fully breastfeed baby.I've stopped breastfeeding when he was 6 months. His runny nose etc agak lama, on and off..so I pun kadang-kadang rasa fed-up sebab dah selalu sangat berjumpa dengan specialist. He is quite sensitive to environment-as told by specialist..so what shud i do?
Dah google-google..i terbaca testimonial customer yang dah guna susu ILHAM ni..a very short but impressive dengan cara penulisannya yang mana ada persamaan dengan masalah Arman...then ada link kat situ untuk dptkan the details...


http://www.ilham4u.com/


You can find more details reg the products...
Apa yang menariknya, produk ni satu-satunya susu formula yang mengandungi terapi 30 juzuk Al-Quran...wow!sangat innovative dan mungkin ditunggu-tunggu oleh all Muslims.Itu yang menarik perhatian I tau.
Then, ada lagi yang menarik, susu ILHAM ni juga diperkaya dengan Badam, Kurma dan Kismis yang kita tahu akan khasiatnya yang tinggi dalam membantu mempertingkatkan sistem imun tubuh...another wow!!u cant get these from other child's formula eg anmum, s26 bla bla bla...(more islamic way kan...)
Ha..kat atas ni contoh packaging susu ILHAM tu...
Kat bawah ni my Zahraa dok pegang her susu ILHAM...sukenya dia minum...
Lepas sebotol, minta lagi...dan I pun dah rasa...memang sedap lah...


Cuma syarat susu ILHAM ni, tak boleh dilangkah la...sebab dia ada terapi 30 juzuk Al-Quran kan...
Masa I pegi jumpa pegawai dia kat HQ, i korek sikit rahsia macam mana dia buat terapi Al-Quran tu..
Act,diorg upah dalam 10 orang tahfiz untuk bacakan Quran pada 'ibu susu' iaitu susu yang dalam tong besar sebelum diproses..
Bacaan oleh tahfiz tu memang dibuat for each batch 'ibu susu' setiap kali sebelum diproses..
Dan, menurut pegawai kat HQ tu jugak, 'ibu susu' ni diimport dari New Zealand la as merupakan the biggest milk production dari sana.
Cuma beza dengan formula yang lain, diorang guna memang susu asli....100% susu...tak ada masukkan perisa susu ke macam lain-lain produk susu yang murah2 sket tu...that's y bila budak minum, they may develop allergy signs macam eczema, muntah etc...
InsyaAllah.....harap susu ni adalah terbaik selepas susu ibu untuk anakku...


Here also nak promote....I dah jadi pengedar susu ILHAM yang sah tau...
So, sape nak dapatkan susu ILHAM ni boleh calling la....
My contact number : 012-5252304 (boleh call anytime)
Juga boleh dapat murah sket dari harga pasaran...;D


Kalo retail: RM 48.90
My price: rahsia...;D


Daaaaa.......
LovesHugsandKissessss

Steamed Banana Cupcakes-Resipi Cuba-Mencuba

Dear readers...


This is actually out of season dah...dah lama dah buat this mini cupcakes...cuma tak berkesempatan nak upload....
This cuba-mencuba resipi ni starts when i first saw my banana kat dapur tak de pulak sapa nak abiskan...sayang kan...buah tu, which is also high in potassium,also got iron, folate, vitamin A, vitamin C bla bla bla....
Kalo nak bercakap pasal nutrient contents in banana memang banyakla...:D
So,i starts google apa yang i boleh buat with that bananas.......jeng!jeng!And then, i tersangkut at one blogspot yang buat steamed banana cupcakes....hers looked very nice, soft and fluffy tau!i terus check semua bahan-bahan yang dia nak just to make that mini cupcakes...
After checking semua the bahan, i terus start la since 99.9% bahan memang dah ada kat umah...:D
So bahan-bahan dia...
(A)
2 eggs
1/2 cup sugar
(B)
1 1/8 cup self raising flour
1/8 tsp. baking soda
(C)
2 bananas, mashed
1/4 tsp. banana essence
(D)
1/4 cup + 1/8 cup canola oil ( or vegetable oil)
You also can link to the blogspot just to get more details on the recipe.
Here is the blog:
Then, here the cara-cara untuk membuat cupcakes tersebut....
i) Firstly, ayakkan tepung and baking powder...(just to make sure both are well-mixed)
ii)Then, pukul bahan-bahan A (the eggs and sugar) until foamy, fluffy..kalo boley sampai ribbon stage as i mentioned in previous post...
iii) Then masukkan tepung yang dah diayak bersama baking powder dan bahan D secara alternatively...
Then, dah siap untuk di scoop masukkan dalam paper lined mini cupcakes.....:D
Ha.....now ready for steam...so, biasanya cupcake ni takes about 15-20 minit dah masak la..
This is my final product...nampak macam superfluffy tak...ngehehe
Well..try it okay!
Daaaa.....
LovesHugsandKissesssss

Steamed Choc Cupcakes-Request from My Lil Boss Zahraa

Dear readers...

I'd like to share another recipe yang simple, fast and yet nice...I got this recipe masa join the cupcakes class in last Aug at Bukit Raja, Klang dari seorang member yang join gak that class. Bagus jugak kelas tu, fee hanya RM 150 for cupcake class..when compared ngan class kat tempat lain..So kalau nak join bolehlah tgk link kat bawah ni:

http://www.resipinoraini.blogspot.com/

Actually semua participants diberikan resipi choc cupcake yang lain, bila dah borak2 dengan member sorang ni, dia kata dia punya resipi lagi moist choc cake...so ni dia bahan-bahan dia...cuma errrr....bukan for baking, for steaming punye...lagi satu...guna household measurement maybe lebih senang kot ye....hehe

2 cawan tepung kek (self-raising flour)
2 biji telur
1 cawan gula castor
1 cawan minyak
1 cawan air suam
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat

Ha...ni lah gambar bahan tadi.....

So, cara-cara untuk buat kek ni...
Macam biasa mula-mula kena pukul dulu telur ngan gula sampai jadi putih or kita panggil ribbon stage...rmeaning bila kita bentukkan ribbon kat adunan tadi dia akan stay for 1-2 seconds...

Lepas tu, masukkan pula susu dengan tepung alternatively, meaning secara selang-seli....if kita mula masukkan tepung dan masukkan susu secara selang-seli, last bahan yang kita masukkan mestilah susu sebab dah start with tepung tadi kan...
Kemudian pukul hinga well-mixed dan ulang langkah tadi dengan air suam dan minyak pulak...
Bila semua bahan dah dicampur, last skali kita masukkan lah serbuk koko tadi....dah jadi macam gini.....hihihi
Then, boleylah start susun paper cupcakes.....yeay...x sabar..x sabar...


Skang dah boley masukkan adunan dalam paper cupcakes yang kat atas ni ha...masuk dalam 3/4 cawan tu..just to bagi ruang untuk kek naik...
Sorry, lupa nak amik gambar kek yang dah masak..yg posted kat bawah ni choc cupcakes yang siap letak buttercream..senang untuk buat hiasan..
Tapi nak buat buttercream ni pun, takes time jugaklah....
Pastu, hiaslah sesuka hati ye...ni hiasan yang direquest dari anak daraku..cik zahraa sofea ni...tak abis-abis dengan pink!pink!pink!
Okay,boleh try tau...easy, yummy, moisty...hehehe

LovesHugsandKissesssss

Pelajaran Penting untuk Muslims: Pelajaran 2-Rukun-rukun Islam

Salam Syawal semua!!how u guys doing during last raya??mestilah banyak kenangan terindah kan..okaylah, here i nak continue pelajaran kita yang lepas..beraya-beraya jugak, tapi ilmu tetap kena cari..ilmu yang bermanfaat, jika disebarkan insyaAllah akan dapat menolong kita di akhirat kelak..
So, untuk pelajaran kedua yang diringkaskan oleh Imam 'Abdul'aziz bin 'Abdillah bin Baz Rahimahullah merupakan rukun-rukun Islam...ingat tak bila last kita belajar tentang ilmu rukun-rukun Islam ni..?sekolah rendah?sekolah menengah?..rasa-rasanya last sekali masa sekolah rendah kan...sekolah menengah pun ada jugak disentuh di sesetengah sekolah.....walaupun sebenarnya ilmu tentang Islam ni patut dipelajari oleh setiap umat sepanjang hidupnya...renung-renungkanlah..
Penjelasan tentang rukun Islam yang ada lima perkara iaitu yang pertama dan yang paling utama adalah persaksian (syahadat) bahawa Tiada Ilah yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah rasul-Nya. Yaitu dengan menjelaskan maknaya berikut perjelasan syarat-syarat 'La Ilaha Illallah'. Maknanya La Illaha (artinya meniadakan seluruh yang disembah selain Allah), Ilallah (iaitu selain Allah) iaitu menetapkan ibadah hanya untuk Allah semata dan tidak menjadikan sekutu bagi-Nya.
Adapun syarat-syarat 'La Ilaha Illallah' adalah: Ilmu yang tidak dicampuri dengan kebodohan, keyakinan yang tidak dicampuri dengan keraguan, keihlasan yang tidak dicampuri dengan kesyirikan, kejujuran yang tidak dicampuri dengan kebohongan, kecintaan yang tidak dicampuri dengan kebencian, ketaatan yang tidak dicampuri dengan pembangkangan, penerimaan yang tidak dicampuri dengan penolakan dan pengingkaran terhadap seluruh yang disembah selain Allah...ermmm....mendalam sebenarnya erti kalimah ini yang kita baca hari-hari dalam solat kita..sehari kita akan membaca sekurang-kurangnya 9 kali kalimah ini dalam 5 waktu solat kita...seharusnya, erti kalimah ini juga perlu kita tanamkan dalam-dalammmmmmmmm lubuk hati kita...ameen...
Imam'Abdul'aziz juga menyebut bahawa syarat-syarat tersebut di atas terkumpul dalam dua bait syair berikut:
Ilmu, keyakinan, ikhlas dan jujur serta
Cinta, taat dan menerimanya.....
Ditambah dengan kedelapan pengingkaran
Terhadap seluruh yang disembah selain Allah
Beserta penjelasan tentang persaksian bahawa sesungguhnya Muhammad Shallallahu 'Alaihiwa Sallam adalah utusan Allah. yang diperlukan adalah mempercayai beliau dalam setiap apa yang beliau katakan, taat kepada apa yang beliau perintahkan, menjauhi apa yang beliau larang dan peringatkan, dan tidak beribadah kepada Allah kecuali sesuai dengan apa yang telah disyariatkan oleh Allah dan rasul-Nya Shallallahu 'Alaihiwa Sallam.
Kemudian, penjelasan bagi rukun-rukun Islam yang lain juga harus kita dalami iaitu mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah Al-Haram bagi yang mempu.

LovesHugsandKissesssss

Thursday, 25 August 2011

Sharing the Recipes-Daging Goreng ala Kelantan

Salam semua!!
wah..tinggal beberapa hari je lagi kita nak tinggalkan Ramadhan ni kan..sedih pulak rasanya...tetiba teringin teringat dan semua ter lah kat daging goreng ala kelantan ni..bukannya apa, sebulan sebelum puasa rasa-rasanya setiap pagi (almost lah) kitorg gi breakfast kat kedai makcik purunjaya depan apartment kekwa..hidangan dia saaammaaaaa je setiaphari, tapi orang yang datang boleh tahan tak putus-putus..dan kalau breakfast kat sana, i will never missed my daging goreng...heheheh..walaupun actually senang je nak buat..so skang bila puasa dan teringin nak makan daging goreng ala kelantan tu, terpaksalah buat sendiri since kedai makcik tu tutup sepanjang bulan posa ni..lagipun, bila dah masuk akhir-akhir Ramadhan ni...bila sahur kan rasa macam takde selera je kan...en suami pulak nak yang bergoreng je, katanya untuk tambah selera..yelah tuh..
okay, lets make it simple and nice..
bahan-bahannya:

500 gram daging tempatan (pilih bahagian loin/sirloin)
kunyit (i used serbuk kunyit je)
bawang besar (dimayang)
cili (dipotong serong)
garam
minyak masak

itu saje bahan-bahannye..
well, now the making..pun easy je...
Firstly, potong daging kecil-kecil, dalam 0.5 cm jangan terlalu tebal atau nipis..dan potong melintang dengan urat daging supaya nanti bila masak, daging akan lembut..rebus daging dalam api perlahan..

Then, bila air daging dah hampir kering, masukkan minyak, garam dan kunyit.
Lastly, bila daging dah sebati dengan garam dan kunyit, masukkan bawang besar dan hiaskan dengan potongan cili.

Siap untuk makan sahur!!!!Yeay!

U shud try it coz sangat lah senang..
Loves Hugs and Kissesssss

Sharing the Recipes- Kuih Cara Manis

Salam semua!Ni dah mengantuk sebab dah almost 11.00 pm.penat jugak today coz petang tadi gi round bangi, kononnya nak carikan kasut raya anakku Zahraa..tapi lupa, mana ada butik Crocs kat bangi rasanya..tp apa yang dirembat..banyak jugak..jubah untuk Zahraa, untuk Mommy dan untuk Nanny..hahaha..actually banyak choice jugak di Bangi PKNS berbanding di Shah Alam sebab rasanya Shah Alam memang banyakkkkkk sangat butik, tp mungkin aku rasa harganya tak berbaloi dengan kain yang dijual..more cheaper in Bangi here..sangattt seronok berjalan-jalan dengan encik suami tersayang dan anakku Zahraa...tapi hanya Allah saja yang tahu, betapa penatnya nak mengontrol Zahraa..

Okaylah, here to share again resipi untuk membuat kuih cara manis yang biasa dijual di bazaar. Kuih ni dah berkali-kali dah dibuat sebab sangat lah lembut dan sedap..memang ada jaminan lah!

Bahan-bahannya...
Tepung Gandum dalam 1/2 cup
Santan 1 cup (tak terlalu pekat)
Telur 1 biji
1-2 drops pewarna hijau/jus pandan (here i only used pewarna coz tak ada jus pandan)
1/2 tsp garam
Gula

Cara-cara membuatnya....
Mula-mula gaulkan santan with tepung dan garam sehingga sebati. Masukkan telur dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Masukkan pulan pewarna/ jus pandan dan gaul hingga warna betul-betul sebati. Boleh tapis adunan jika terdapat ketulan.
Panaskan acuan dan letakkan sedikit minyak dalam setiap acuan. Kemudian tuangkan adunan ke dalam acuan dan masukkan gula. Kemudian tutup acuan dan biarkan masak 2-3 minit.
Hasilnya.....jeng!jeng!jeng!

Sorry babe!Silap amik photo, lupa masukkan SD card...alahai..next time i upload gambarnye..
Have a nice day!
Loves Hugs and Kissesssss

Friday, 19 August 2011

Pelajaran Penting untuk Muslims: Pelajaran 1-Surat Al-Fatihah dan Surat-surat Pendek

Salam semua! Here i'm so glad to share a few lessons that should be learned/practiced/powered by all Muslims. I got this pamphlet during my last visit to Makkah, alhamdulillah prepared by Imam 'Abdul'Aziz bin 'Abdillah bin Baz Rahimahullah..
Dalam that pamphlet terdapat  a very short and brief explanation regarding hal yang wajib diketahui oleh umat Islam khususnya tentang agama Islam.

Pelajaran 1: Surat Al-Fatihah dan Surat-surat Pendek
Di sini, Imam menyebut, semua Muslims perlu mengajarkan surat Al-Fatihah dan Surat-surat pendek seboleh yang mungkin, mulai surat Al-Zalzalah sampai surat An-Nas dengan cara talqin (mengikut guru), memperbaiki bacaan, hafalan, dan penjelasan berkenaan dengan hal-hal yang wajib difahami. So, jelas di sini, sebagai seorang Muslim yang wajib mendirikan solat lima waktu tahu membaca surat Al-Fatihah khususnya kerana surat tersebut merupakan surat yang wajib di baca di dalam solat kita. Sebagai muhasabah diri bagi pelajaran satu ini, adakah bacaan Al-Fatihah kita telah kita betulkan mengikut hukum tajwid dan sejauh manakah kita tahu akan makna bagi setiap bacaan kita???Renung-renungkanlah...

InsyaAllah, yang baik tentunya dari Allah...
Will do share pelajaran-pelajaran lain dalam post yang lain..
Salam Ramadhan..
Loves Hugs and Kissessssss

Thursday, 18 August 2011

Sharing the Recipes-Buah Melaka atau Ondeh Melaka

Salam there!
Tetiba je rasa nak makan kuih buah melaka pulak as juadah berbuka petang ni..maklumlah, bulan puasa ni belum rasa lagi kuih buah melaka ni..buah melaka atau ondeh-ondeh melaka orang panggil..dulu mak selalu buat yang warna putih je..tapi rasanya ramai yang suka ada warna sikit dan paling glamour warna hijau ala hijau pandan..tak kisahlah apa warna sekalipun, asalkan bila makan, urmmmmmm...terasa gula merahnya yang manis memang ummmmmppphhh lah!!
As usual, bila tekak ni terasa nak makan sesuatu, mesti check ada bahan yang cukup tak dalam peti, dalam laci kabinet...hehe, tepung pulut ada, kelapa parut pun ada, gula melaka pun ada..cayalah!!cukup semuanya!!!alhamdulillah..bolehlah start buat..yeayyyy!
Lepas solat Zuhur, teruja betul nak buat kuih buah melaka ni..steps dia memang senang la..
Here bahan-bahannya....:)

Tepung Pulut (sukatan dalam 2 cawan)
Air pandan (tapi boleh jugak guna air biasa dan pewarna hijau if daun pandan tak ada)
1/2 tsp garam halus
Gula melaka- dipotong dadu kecil-kecil
Kelapa parut

Cara membuatnya...
i) Campurkan air dengan tepung pulut, kacau sampai agak-agak boleh uli bulat-bulat kecil dan tak melekat. Campurkan jugak sedikit pewarna hijau dan garam.
ii) Di dalam bekas lain, gaulkan kelapa parut dengan sedikit garam dan biarkan di tepi.
iii) Uli adunan tepung tadi bulat-bulat seperti bola dan isikan bahagian tengah dengan gula melaka.
iv) Rebus sehingga ianya timbul dan angkat. Masukkan ke dalam bekas kelapa parut dan golek-golekkan..Siap dihidang!

This is my product...sedapppp sangat sebab hasil air tangan sendiri kan..??
Sebenarnya kita ni bukannya tak boleh buat, mungkin kekangan masa menyebabkan kita sendiri rela beli kat luar etc..tapi bila buat sendiri, memang berbaloi-baloi lah! Okay, selamat mencuba....
Loves Hugs and Kissesssss

Sharing the Recipes- Puding Roti with Assorted Nuts

Hi there!Hari ni genaplah 18 hari kita mengerjakan ibadah puasa...alhamdulillah..by the way, i'm here to share with uols the new recipes yang telah dimodify..Semalam is Nuzul-Quran day..Since my hubby cuti as Selangor ambil cuti for Nuzul-Quran, at least i got time for cooking, laundry, mopping..;D
Tiba-tiba ternampak sebuku roti gardenia yang belum disentuh lagi. Then,terus check other bahan kot-kot cukup if nak buat puding ke..yelah, roti bulan-bulan puasa ni bukannye laku sangat if makan macam tu je..unless kalau dibuat sardin gulung ke, sosej gulung with bread crumps ke, puding ke kan..kan..kan..
After checking the ingredients, nampaknya cukup if buat puding roti..lagipun almonds and pistachio masih banyak dalam balang tu..maybe boleh add je dalam puding, biar rasa crunchy sikit kan..
So, here are the ingredients...

Bahan-bahan:-
-Roti apx 8-9 slices
-Fresh Milk
-4 tbsp gula-can put more kalau suka manis
-1 tbsp kismis
-1 tbsp flakes almonds
-1 tbsp flakes pistachio
-2 biji telur
-1 tsp esen vanilla
-1 tsp mentega
-1/2 tsp garam
-1 tbsp tepung jagung

The making....
i) Firstly, rendamkan roti dalam fresh milk for 5-10 minit sampai roti lembut
ii) Dalam mangkuk lain, pukulkan telur dengan mentega, tepung jagung, garam dan esen vanilla
iii) Then, letakkan ke tepi, potong kecil-kecil almonds dan pistachio

iv) Then, lepas semua bahan dah ready, campurkan bahan yang dipukul, nuts ke dalam roti yang direndam.Gaul semua bahan-bahan. Then, masukkan dalam loyang pembakar.
v) Bakar dalam microwave/oven at 180 degree for 30 minutes.

Here the final product!!!
So yummmyyyyy...
Resipi yang senang, bahan mudah dapat i guess...so, why not mencuba kan..
Till share other recipes...
Loves Hugs and Kissessssssss

Friday, 12 August 2011

Pertengahan Ramadhan-Magfirah

Sekejap je dah masuk pertengahan Ramadhan..alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dipertemukan Ramadhan kali ini..dan aku mengharapkan agar ianya bukan untuk kali yang terakhir..ameeeeeeennnnn...moga panjang umur, boleh lagi ber Ramadhan tahun depan.
As we know, during Ramadhan, the first ten adalah rahmah or loving..diikuti dengan second ten iaitu magfirah. Magfirah ialah pengampunan ke atas dosa-dosa yang telah kita lakukan. Dan finally, malam 10 terakhir Ramadhan, manusia yang beramal akan dijauhi dari azab neraka....Itulah janji Allah...

Betapa indahnya bulan Ramadhan ni...
Salam Ramadhan buat semua..harap-harap tak terlewatlah nak wish..heheh..sama-samalah kita manfaatkan bulan yang penuh dengan rahmah, magfirah dan pengampunan...

Loves Hugs and Kissessssssss....

Sharing the Recipes-Ayam Percik

Wow, my first trial on ayam percik berjaya!After adding some other ingredients that were not in the original recipes, it still super duper yummy..

Here I posted the recipes to those yang rajin cuba-mencuba..Enjoy it and tell me how it taste..yeay!
Ayam ( 1 ekor potong 4)
Santan pekat dalam 2-3 cups
Air asam jawa (1/2 cup)
Halba (2 tsp)
Gula (1 tbsp) -sesape suka manis, can put more..

Untuk bahan kisar:
15-20 tangkai cili kering
5 biji red onions
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
5 batang serai

Cara membuat:
Firstly, ayam yang dibasuh, just perap sikit dengan garam. Then panaskan kuali dan tumiskan bahan kisar sampai naik bau, pastu masukkan santan, halba, air asam jawa, gula dan ayam..boleh juga letakkan serai yang dititik (dalam 1-2 batang untuk naik bau lebih)..then masak dengan api slow sampai the bahan well-mixed dengan ayam..bila kuah dah hampir kering, angkat ayam then bakar atas pemanggang sampai garing..bila nak hidang, boleh tuangkan kuah yang pekat tadi atas ayam..

You should try this..
Will do share other recipes in the next post..Bye!
Loves hugs and kissesssss..

Salam Ramadhan...