Pelajaran Penting untuk Muslims: Pelajaran 2-Rukun-rukun Islam

Salam Syawal semua!!how u guys doing during last raya??mestilah banyak kenangan terindah kan..okaylah, here i nak continue pelajaran kita yang lepas..beraya-beraya jugak, tapi ilmu tetap kena cari..ilmu yang bermanfaat, jika disebarkan insyaAllah akan dapat menolong kita di akhirat kelak..
So, untuk pelajaran kedua yang diringkaskan oleh Imam 'Abdul'aziz bin 'Abdillah bin Baz Rahimahullah merupakan rukun-rukun Islam...ingat tak bila last kita belajar tentang ilmu rukun-rukun Islam ni..?sekolah rendah?sekolah menengah?..rasa-rasanya last sekali masa sekolah rendah kan...sekolah menengah pun ada jugak disentuh di sesetengah sekolah.....walaupun sebenarnya ilmu tentang Islam ni patut dipelajari oleh setiap umat sepanjang hidupnya...renung-renungkanlah..
Penjelasan tentang rukun Islam yang ada lima perkara iaitu yang pertama dan yang paling utama adalah persaksian (syahadat) bahawa Tiada Ilah yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah rasul-Nya. Yaitu dengan menjelaskan maknaya berikut perjelasan syarat-syarat 'La Ilaha Illallah'. Maknanya La Illaha (artinya meniadakan seluruh yang disembah selain Allah), Ilallah (iaitu selain Allah) iaitu menetapkan ibadah hanya untuk Allah semata dan tidak menjadikan sekutu bagi-Nya.
Adapun syarat-syarat 'La Ilaha Illallah' adalah: Ilmu yang tidak dicampuri dengan kebodohan, keyakinan yang tidak dicampuri dengan keraguan, keihlasan yang tidak dicampuri dengan kesyirikan, kejujuran yang tidak dicampuri dengan kebohongan, kecintaan yang tidak dicampuri dengan kebencian, ketaatan yang tidak dicampuri dengan pembangkangan, penerimaan yang tidak dicampuri dengan penolakan dan pengingkaran terhadap seluruh yang disembah selain Allah...ermmm....mendalam sebenarnya erti kalimah ini yang kita baca hari-hari dalam solat kita..sehari kita akan membaca sekurang-kurangnya 9 kali kalimah ini dalam 5 waktu solat kita...seharusnya, erti kalimah ini juga perlu kita tanamkan dalam-dalammmmmmmmm lubuk hati kita...ameen...
Imam'Abdul'aziz juga menyebut bahawa syarat-syarat tersebut di atas terkumpul dalam dua bait syair berikut:
Ilmu, keyakinan, ikhlas dan jujur serta
Cinta, taat dan menerimanya.....
Ditambah dengan kedelapan pengingkaran
Terhadap seluruh yang disembah selain Allah
Beserta penjelasan tentang persaksian bahawa sesungguhnya Muhammad Shallallahu 'Alaihiwa Sallam adalah utusan Allah. yang diperlukan adalah mempercayai beliau dalam setiap apa yang beliau katakan, taat kepada apa yang beliau perintahkan, menjauhi apa yang beliau larang dan peringatkan, dan tidak beribadah kepada Allah kecuali sesuai dengan apa yang telah disyariatkan oleh Allah dan rasul-Nya Shallallahu 'Alaihiwa Sallam.
Kemudian, penjelasan bagi rukun-rukun Islam yang lain juga harus kita dalami iaitu mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah Al-Haram bagi yang mempu.

LovesHugsandKissesssss

Comments

Popular Posts