Let's talk through a balloon!...[Learn through experience]

Assalamualaikum sahabat,

Ya..saya sebagai mak pun tak pernah terfikir nak buat aktiviti ni..
Dan seingat mama memang tak pernah try or tak pernah lak mama terbaca atau ternampak pasal aktiviti ni..
Mungkin mama memang masih kurang belek buku la lagi ni..

Jadi satu petang masa anak mama Arman pulang dari sekolah tadika, dia ada bawa balik dua belon...

Ni biasanya belon hasil tangkapan kawan-kawan yang bawa party bag untuk semua kawan dalam kelas..biasala mak mak leni buat macam tu kan...

Dok sambung lambung belon..tampar belon..dan macam macam lagi..
Ada jugak time kami cuba melihat wajah adik melalui belon tersebut, hehehehe..tak banyak beza cuma warna muka ikut warna belon la..

Pastu adik Muadz dan Hamza berlari-lari berebut belon, dan surely ada yg menangis..

Tiba-tiba Arman datang...
'Mama..mama..dengar ni..'

Dia letakkan belon di telinga mama dan Arman menyebut sesuatu..
'Mama kuat takkkk heheh'

'Aah la..bunyinya lebih kuat...
Kenapa eh...

Kerana berasa seronok, Arman teruskan permainan ini dengan mencuba pada Muadz dan begitulah sebaliknya..
Mungkin Arman terdengar suara tangisan adiknya tadi melalui telinganya yang hampir pada belon tersebut..

...............................
...............................

Puas mama belek buku,alahai xde la pulak pasal bercakap melalui belon ni..
Mesti ada kaitan dengan udara yg terperangkap...
So Mr Google la jawabnya...

Yes!
Jumpa dah..

Ya..betul..
Belon mempunyai udara yang terperangkap di dalamnya..
Molekul-molekul udara bergerak di dalam belon dengan lebih rapat..
Apabila seseorang bercakap melalui belon tersebut, molekul-molekul udara tersebut akan bergerak dan bergetar dengan lebih laju menyebabkan suara kedengaran lebih kuat...

SubhanAllah...!!

#learnthroughplay
#welovescience
#ilmuAllahluas
#childlearnbestthroughplay

Comments

  1. Keynote, anak2 aku kalau dengan belon suka isi air penuh2, pastu main lambung belon dalma bilik air..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan linda..tp aku xpernah try lagi yang buh air tu sebab tak reti hahaha

      Delete

Post a Comment

Popular Posts