Buat lagi solar system!...[LEBIH CANTIKKKK...]

Assalamualaikum sahabat..

Mak dia yang teruja sebenarnya..
Beli sugar paper ni dah lama dah..
Nak buat effect malam..dan plan nak letakkan glitter supaya nampak macam space..more real gitu..

Minggu lepas semasa kami semua takde plan beraktiviti, mama keluarkan manila kad dan tulis nama-nama planet. Mula-mula nak main game ala-ala padan dan menang!(biasa siapa dapat jawab dapat 10 markah)

Terpandang mahjong paper yang kami buat space sebulan yang lalu..dah lusuh, terkoyak akibat Hamza soleh yang nak jugak join!

Jadi....
Inilah masanya kita repair our space art..

Susun semula...
Bermula dari matahari..(pengulangan pembelajaran berlaku iaitu matahari merupakan sebuah bintang yang terbesar!)

Apakah planet yang paling hampir dengan matahari?
Apakah planet yang paling panas!?
Kenapa?

Setiap jawapan diberi 10 markah!(anak-anak tetap seronok dan berlumba-lumba untuk mendapat markah..masing-masing mula menambah markah masing-masing-mental maths diransang di situ.. walaupun tahu tiada reward untuk markah-markah itu~it is just for fun!)

Soalan seterusnya...
Apakah nama planet kedua jaraknya dari matahari dan berada pada orbit kedua?
Apakah planet kedua terbesar selepas planet Jupiter?

Planet ini...
Bewarna hijau dan biru..
Dan satu-satunya ada manusia tinggal di sini?
Belum sempat soalan-soalan ditanya..
Anak-anak ini terus menjawab..
'Bumi!!!!!'
Ya...mudah untuk mengenal planet bumi kerana warnanya dan klu yang diberi agak mudah..heheh
(Next time kita buat objek bulan pulak yang mengelilingi bumi ini)

Planet yang juga dikenali sebagai planet merah....
Kecil...
Hampir dengan planet bumi...

Planet terbesar?
Ini adalah nama planet feveret anak-anak..
Senang diingat kerana saiznya paling besar..
Dan mempunyai satu tompok bewarna merah...

Planet ketiga terakhir..
Cara mengingat adalah..
Singkatan S.U.N
S-Saturn
U-Uranus
N-Neptune

Tara.....
Masing-masing puas matchkan nama dan planet dengan menggunakan kertas sticker bewarna putih..

Comments

  1. Instersting lah sis..boleh cuba buat kak anak akak lah nti... hihi..:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts