Menjadi Penulis?...[KURSUS 'DURIAN RUNTUH']

Assalamualaikum sahabat,

Diberi peluang menghadiri kursus penulisan selama 2 hari..
Terasa seperti belajar bidang sastera..hehehe
Nak menangis pun ada..nak ketawa pun ada..masih banyak ilmu yang kurang, dan ilmu yang ada masih banyak kelemahan..

Minat membeli buku kanak-kanak membuatkan saya jatuh cinta pulak nak belajar semula cara menulis..heheheheh

Kursus ini adalah anjuran kementerian kesihatan dan sangat bersyukur dipilih untuk menghadiri kursus ini..

Hari pertama dikelolakan oleh Pn Nisah Haron, merupakan seorang penulis buku berbentuk perkongsian kembara, artikel dan juga penulis buku kanak-kanak..
Anda pernah membeli dan membaca buku 'Kawan Baru Hanani'? Dialah penulisnya..

Pengisian dan perkongsian pengalaman beliau dalam bidang penulisan amat mengkagumkan..

Saya berpeluang membeli sebuah buku hasil penulisan beliau iaitu 'Kembara Sastera'..
Buku ini menceritakan pengalaman beliau mengembara ke beberapa buah negara penuh dengan gambar-gambar pengembaraannya..sangat menarik dan terasa seolah-olah saya sedang mengembara bersama beliau...
Sebagai kenangan, saya mohon autograf beliau dan saya hadiahkan buku tersebut pada suamisyurga saya...

Minda sudah mula penuh dengan ilham-ilham topik yang ingin dibukukan hehehheh (hidup perlu ada cita-cita kan, kikikiki)

Alhamdulillah, banyak ilmu berkaitan penulisan yang saya perolehi dari kursus ini...

....
....
Hari kedua..
Sangat memenatkan kerana belajar tentang tatabahasa dan teknik penterjamahan adalah sesuatu yang baru bagi saya..
Terasa terlalu banyak kesalahan tatabahasa saya selama ini..hentam je kan selama ni, asal sedap bunyinya..
Dah belajar ilmu ni, perlula praktikkan..
Jangan terkejut, penulisan saya selepas ini lebih formal bunyinya, tidak seperti entri-entri yang lepas...(kikikikiki)

Phewwwww..
Banyak tatabahasa yang baharu..
Yang biasa digunakan di dalam surat menyurat di peringkat kementerian juga masih menggunakan tatabahasa yang lama..
Contohnya...
Catit-sudah tidak digunakan kerana ianya perkataan yang lama, dan yang betul adalah 'Catat'

Latihan dan kuiz di akhir kursus menyentuh tentang unsur lewah(very new for me), penggunaan imbuhan dan banyak lagiiii..

Oh! Saya sebenarnya ingin berterima kasih kepada penganjur kerana menjemput penatar Cik Nurul Hidayah dari unit penterjemahan..kerana..semangatnya di dalam menerangkan sesuatu, kesungguhannya, susun atur ayatnya yang jelas dan ilmu yang betul-betul bagi saya sangat dasyat dalam bidang bahasa..
Saya terfikir, adakah dia seorang yang menghafaz kamus-kamus seperti kamus dewan, kamus tatabahasa, kamus english..

Salute dik!

Perjuangan baru bermula...





Comments

  1. waah menariknya.. betul.. dlm apa jua yg kita nak buat.. kena ada teknik n skill yg betul.. xleh main hentam je kan..

    lepas ni akak bleh tulis novel =D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts