STIFIn; Apa kata mereka yang telah test?


1. Kisah Thinking Ekstrovert

Saya orang yang banyak berfikir dan sentiasa berfikir.. Kerja, saya nak perfect.. Nak kemas, nak detail.. Nak seperti yg di plan.. Kadang bila saya tak puas hati dengan kerja orang, saya sanggup buat semula sorang-sorang. (Di luar pengetahuan dia lah asbab nak jaga hati) haha, jenuh kan..

Itu baru perihal kerja. Tak cerita lagi bab liku-liku hidup. Disebabkan saya suka berfikir, apa saja yang berlaku di persekitaran, saya kan fikir. Ingat masa sekolah dulu macam-macam perkara saya stress. Saya tak cerita kat orang masalah saya. Apa yang saya buat, saya tulis dalam buku berkajang-kajang setiap hari dan 3 tahun saya pendam segalanya! Ya Allah...bukan senang nak bangkit semula.. Nak lupakan semuanya.

Bila saya dah kahwin, awal-awal tu masih lagi peel lama..kalau ada tak puas hati apa-apa, menulis surat bagi kat suami. Rasa tak reti kalau nak bercakap. Kalau ada masalah apa-apa, kat tempat kerja ke, masalah kawan-kawan ke, saya banyak diam.. Fikir, terus fikir dan fikir lagi..Kadang sampai tahap tu, saya stress sangat saya lost control. Banyak kali dah saya pengsan. Saya cakap kat suami, saya ni rasa macam gila.. Dan sampai satu tahap, saya tak kenal diri saya!

Sampai kan suami saya cakap, "boleh tak kalau tak fikir? asyik fikir je..itu yg stress. Sampai sakit. Abang juga susah hati."

"Saya nak buat macam mana,otak saya ni asyik fikir je..tak nak berhenti." (dalam hati, stress lagi) 😥😥

Alhamdulillah, bulan 9 tahun lepas Allah rezekikan saya buat test STIFIn bersama suami dan anak2 juga. Dari ujian cap jari STIFIn, mmg terbukti saya THINKING EKSTROVERT!

THINKING = mesin kecerdasan otak
EKSTROVERT = lapisan luaran otak yang mendorong

Masa tahu keputusan tu, semua kisah-kisah lama keluar. Rasa imbau peristiwa lalu. Termenung saya. Patut la aku selalu fikir je..sampai sakit-sakit. Sampai pengsan-pengsan. Walaupun suami cakap jangan fikir, i can't stop thinking. Saya tak boleh ubah, sebab ianya genetik. Saya kena terima sebab itu lah jiwa saya, diri saya.. Dominan otak saya.

Cuma, solusinya.. Apa yang perlu saya buat untuk handle emosi saya? (Orang thinking emosinya sangat rapuh, feeling 20% sahaja)

Alhamdulillah, dari test STIFIn, suami saya adalah FEELING INTROVERT. Dia menakluk saya. (Teori sirkulasi STIFIn, FEELING menakluk THINKING). kenapa? Dia yang melengkapkan emosi saya. Sebab feeling kekuatan dia pada emosi (100%).

Lepas saya dan suami belajar pasal STFIn, alhamdulillah, banyak yang membantu. Kita mudah cari solusi akan semua masalah bila kita kenal diri kita. kalau saya stress, selalunya saya kan diam (sebab berfikir) dan kadangkala saya lost. Dan suami tak dapat nak suruh saya berhenti berfikir, sebab dia tahu saya THINKING. Apa yang dia buat, cari jalan untuk saya bercakap juga, berkongsi dengan dia. Pergi bawa saya makan kat luar ke, jalan-jalan ke, makan ais krim ke,.. Apa-apa jela. Asalkan saya cerita. Sebab ekstrovert perlukan orang utk berkongsi.. Dia tak akan ok hanya sekadar menulis sorang-sorang atau pergi spa untuk tenangkan hati.

FEELING kekuatan dia pada emosi kan, dengar kata-katanya yang positif sebenarnya dah cukup untuk mengubati orang THINKING. Cari jalan penyelesaian sama-sama. (Thinking mmg akan lost bila otaknya dah penat~ saturated) Suami yg banyak guide saya apa yg perlu saya buat..  Kadang masalah tu tak besar pun, tapi dah sifat orang thinking ni suka fikir kan.. Yang kecik pun jadi besar.

Alhamdulillah.. Saya lebih tenang sekarang. Bila saya tahu saya THINKING, perfectionist dan detail tu tak salah. Tapi detail sangat dan nak semuanya sempurna sampaikan jadi stress dan merosakkan diri itu yang salah. Saya terima diri saya seadanya. Dan saya bersyukur.

Bukankan Allah telah menjadikan kita semua hebat? Carilah kehebatan itu.

Anda akan temuinya bila anda mencarinya. InsyaAllah.😊

Facebook: Siti Aminah Mohd subri (Thinking Ekstrovert)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

2. Kisah ibu Intuiting Introvert

Anak saya tak minat sukan.
Walaupun masa kecil aktif berlari sana sini tapi bila sekolah rendah satu jenis sukan pun tak mahu terlibat.

"Abang.. kenapa abang tak join main bola waktu sukan kat sekolah?" Saya bertanya sewaktu Faiq darjah 5-6.
"Tak mau la umi.... nanti baju kotor, lepas tu kena tukar baju. Leceh la"
Haisssshhhhhh macam tu pulak... tak paham umi...
Itu cerita 2 tahun lepas.

Semalam
"Umi... abang Faiq dapat anugerah pemain harapan badminton"
"Wahhhh tahniah! Abang Faiq kan orang Sensing, otot kuat, sesuai sportsman.

Alhamdulillah sekarang Faiq dapat keyakinan potensi untuk bersukan. Selepas kami kenal pasti Faiq berkarakter sensing pada disember tahun lalu. Sensing berciri otot kuat sesuai menjadi ahli sukan.
At least anak sudah ada keyakinan dengan apa yang dia boleh buat.

Dan dia sudah sangat suka badminton.

Kenapa kita kena kenalpasti karakter anak?

#parenting
#stifin

Umi yang intuiting,
chepahcutecakes

Nota:
Terima kasih coach dan cikgu Khalifah Model School - Secondary. Mungkin anugerah tu kecil tapi cukup besar untuk menaikkan semangat pelajar macam Faiq.

Tag: Ticer Cahaya Petunjuk
Facebook: ChePah Che Pah (Intuiting Introvert)

------------------------------------------------------------------------------------------------------

3. Kisah Intuiting Introvert 

Saya telah habiskan 40 tahun mencari potensi diri.
Penat oiii
Saya mahu jimatkan masa anak-anak saya kenal diri seawal mungkin.
Senang sikit nak fokus terus pada potensi.
Mak dah langgar banyak dinding oiii
Mak mahu anak jalan teruuuuuuussss
Insya Allah

Kenal tak potensi anak sendiri?
Kenal tak bakat anak sendiri?

Facebook: Chepah 30 Jul 2017 (Intuiting Introvert)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

4. Kisah Intuiting Introvert 

BARU KE KENAL DIRIKU

Semasa sekolah rendah, saya mengesan bakat melukis sendiri... (sendiri pulak yang kesan hihi).
Lukisan pertama di tampal di dinding sekolah bertema Merdeka.

Masuk sekolah menengah selalu jadi tukang buat poster secara manual melukis dan tulis dengan tangan menu dan jadual makan Dewan makan, jadual kelas dan sebagainya. Suka sangat tulis khat, masuk pertandingan khat yang rata-rata dimonopoli pelajar tingkatan 4-5, saya masih di tingkatan 3 dapat tempat ke-3 seronoknya bukan main.

Lepas SRP, Alhamdulillah dapat keputusan cemerlang, terpilih masuk kelas Sains. Masa tu dilema sangat sangat sangat... sebab rasa tak minat sains, mahu tukar aliran sastera/perdagangan. Jumpa pengetua, permohonan tak diluluskan.... huhuhu. Duduklah saya di kelas sains 2 tahun 'merana' tak faham add math, fizik, kimia.... huhuhu

Kawan sebelah meja rilek je selesaikan masalah add math... aduhhh tak tercapai akalku... fail aje subjek ni... kawan belakang pulak asyik tengok tv McGyver... selamba je selesaikan masalah fizik... adehhh tolong.... saya tak faham.... tak faham.... nape susahnya belajar ni.....

Seronok lagi rasanya design muka depan Majalah sekolah, melukis potret pelakon, menulis sijil-sijil kelas dengan kaligrafi, lepak di central market tengok orang melukis, duduk termenung menulis surat dan cerpen dari selesaikan add math dan fizik.... huhuhu

Alhamdulillah dengan izin Allah dan usaha berjaya juga harungi SPM dengan agregrate yang boleh tahan layak la masuk Universiti. Dilema berterusan lagi... nak ambik course apa pula?

Pada usia 42 tahun barulah saya discover saya ini sebenarnya orang INTUITING. Sukakan kreativiti, pemahaman melalui ilustrasi, suka membayangkan, sangat suka ilmu dan lain-lain. Otak dominan otak kanan atas. Sebab tu kurang atau lambat nak faham nombor... patut la selalu fail add maths... hihi.

Alhamdulillah saya temui diri saya yang selalu saya tertanya-tanya... sekarang masa untuk fokus kelebihan diri. Design design design... cake designer! Insya Allah inilah jalannya.. dan saya gembira fokus pada kelebihan anugerah Allah ini.

Dan saya juga bersyukur sebab saya sudah tahu karakter dominan anak-anak saya. Boleh terus fokus kepada kelebihan masing-masing untuk pelajaran dan kerjaya mereka nanti. Tak perlu lagi lalui dilema macam umi... hihi

Intuiting
Sensing
Feeling
Instinct
Thinking

Anda kategori mana?

Facebook : Chepah Che Pah (Intuiting Introvert)

----------------------------------------------------------------------------------------------------

5. Kisah Feeling Ekstrovert 

Pemimpin yang dipilih masyarakat

SEMINGGU TIDAK SELERA MAKAN

"Saya selaku pengerusi taman dengan ini mengumumkan perletakan jawatan saya, cukuplah, bagilah peluang kepada orang lain pula. Bagilah peluang untuk saya berehat pula." kata Haji Deen berseloroh sewaktu sesi pemilihan jawatankuasa baru Persatuan Penduduk.

Beliau menutup ucapan kemudian disudahi dengan tepukan para hadirin.

"Baiklah, kita teruskan acara kita dengan agenda seterusnya iaitu melantik jawatankuasa yang baru." ucap Ustaz Zaki selaku pengerusi majlis.

"Kita mulakan dengan jawatan Pengerusi Taman, ada sebarang cadangan?" sambung Ustaz Zaki.

Para hadirin diam sambil berpandangan ke arah satu sama lain. Terdengar sedikit suara-suara kecil.

"Saya cadangkan saudara Najib Mohamad!" cadang Dr Adi memecah kesunyian.

"Sokong..sokong..sokong.." balas para hadirin sambil mengangkat tangan.

Ayah Jeeb terpinga-pinga.

"Tuan pengerusi, saya rasa saya tak layak pegang jawatan ni. Mungkin boleh cari yang sedikit berusia.." rayu Ayah Jeeb dari tempat duduk paling belakang.

"Cadangan ditutup!" entah suara datang dari mana.

*********

Sewaktu jamuan penutup, seseorang menyapa Ayah Jeeb yang nampak sugul sahaja.

"Ingat satu benda ni, kalau kita tak minta untuk dilantik tetapi orang tetap lantik, itu bermakna Allah yang lantik kita" nasihat beliau sambil menepuk-nepuk bahu Ayah Jeeb.

Ayah Jeeb pandang Dr Adi dari celah para hadirin, Dr Adi senyum sambil menyebut, "InsyaAllah Najib boleh.."

Lirik senyuman beliau Ayah Jeeb ingat sampai bila-bila.

**********

"Papa nak ke mana tu?" tanya Arman, putera sulung Ayah Jeeb. Beliau sedang menyiapkan kerja rumah bersama ibunya.

"Papa ada mesyuarat taman." jawab Ayah Jeeb.

Ayah Jeeb duduk di kerusi sambil pandang ke dalam mata putera Ayah Jeeb. Matanya kelihatan jernih masih suci.

"Arman, kita boleh pilih untuk jadi orang biasa-biasa. Tapi ada kalanya kita diberi pilihan untuk jadi orang luar biasa." ujar Ayah Jeeb.

Arman terpinga-pinga.

"Pilihlah untuk jadi orang yang luar biasa sebab orang yang luar biasa banyak memberi manfaat kepada orang lain." sambung Ayah Jeeb.

"Suatu hari nanti Arman akan faham." kata Ayah Jeeb lagi.

Arman angguk-angguk.

Ibunya diam sahaja. Entah setuju entah tidak.


Facebook: Najib Mohamad (Ayah Jeeb) (Feeling Ekstrovert)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

6. Kisah Instinct dan Feeling Introvert 

LANGKAH PERTAMA

Alhamdulilah.

Plan orang Feeling yang ad hoc dan orang Insting nak suka cepat2 juga😊

Syukur ..langkah pertama kami mahu kongsikan ilmu yang dipelajari untuk dimanfaatkan bersama diizinkan Allah jua.

Allah....mmg terharu rasanya.

Kami memang niat mahu latih diri dan serah pada Dia saja siapa2 yang sudi hadir mendengar 'celoteh' kami. Harapannya mahu berkongsi kepada lebih ramai orang dan kongsikan pengalaman kami sendiri.

 Kami jemput teman2 dan jiran2 terdekat dahulu. Syukur juga Dato Dr Baha #DrSTIFIn, presiden STIFIn Malaysia  turut sudi hadir ke lokasi yang dijanji, bersama mesin untuk test cap jari para peserta.

Asalnya kami tak pasti juga berapa ramai yg mahu tunggu sampai ke petang. Kami sempat beri pengenalan serba ringkas bermula jam 10 hingga tengahari. Selepas rehat tengahari, makan dan solat Zohor.. kami sambung lagi sesi santai2 aja.

Tengok2 yg tinggal hanya geng2 sekolah.haha. Kawan2 yg satu asrama sejak tingkatan 1. Bayangkan.. kami2 ni memang agak rapat..dan kenal sangat masing2 punya perangai. Tambahan pula suami saya dan suami sahabat ni  pun satu sekolah juga. (Allah ..bocor rahsia😑).

Tak sangka semlm en suami sudi dengar  preview yang isteri dia sendiri yg beri..hihi🙈

Mmg santai dan ceria sesi semalam..contoh2 diberi pun ada yang dari zaman sekolah punya..mmg gelak sajerr dengan diorg ni.. igtkan masing2 punya cerita.

Allah..yg lagi terharu. Sy pernah beritahu sahabat sorang ni. Pertama kali saya ke preview (taklimat pengenalan) STIFIn..dalam pada 'blur2' baru nak hadam tu, saya ada la berangan...mcm membayangkan (pengaruh darah B yang suka berangan/imaginatif tu.hehe). Saya terbayang, kalau satu hari dapat dengar preview mcm ni sama2 kawan2 sekolah. Seronok ni, mesti pakat gelak sesama sendiri bila tau kenapa masing2 perangai begitu dan begini..

Tidak sangka, semalam angan2 tu betul2 jadi. Subhanallah. Kata naluri (instinct) jadi kenyataan 😊...dan rupa2nya diri sendiri pula jadi speaker..hihi.. luar biasa aturanNya.

Perasaan yang tak tahu nak diberitahu macammana.. bila dapat bantu orang lain untuk  faham diri, pasangan dan anak- anak. Walaupun baru di peringkat awal lagi. Banyak juga soalan yg ditanya2 ..lagi2 ada 3 orang Thinking semalam yang kuat berfikir..hihi. Kami cuba jawab dengan ilmu dan pengalaman yang ada.. dan sedar lagi banyak kita belajar lagi banyak yang kita boleh teroka.

Yg seronok juga semalam..apabila kami kongsi contoh2 Profession yang sesuai dengan jenis2 personaliti yang dah di'test'.. wah.. masyaAllah syukur.. ramai juga yang dah ditakdirkan sudah pun berada di karpet merah sendiri.. mmg tepuk tgn kami semlm.hehe..

Semoga dengan sedikit ilmu yang Allah beri ilham dan pinjamkan ini dapat kita bantu dan pandu anak2 pula menuju karpet merah mereka. Kita berusaha, selebihnya kembali kepada kehendakNya juga.

Itulah antara perkongsian kami yang manis di hari semalam.. alhamdulilah kami seronok dan teruja dgn preview pertama.. tak sabar rasanya mahu terus berkongsi lagi dan lagi. doa2kan kami dapat bantu lebih ramai lagi temui diri dan fahami insan2 sekeliling yang disayangi😍

Terima kasih sahabat2 yang sudi bertandang dan mendengarkan.. Farizan Abu Bakar Zaihan Zulkarnain Nur Amirah Abd Latiff  Luqman Hakeem Khairul Nizam Roslan Jefri Saber Najib Mohamad semoga kita dan keluarga sama2 menuju SuksesMulia. Dunia Akhirat insyaAllah

#SurirumahInsting
#CertifiedSTIFInTrainer
#SuksesMulia
#PreviewPertama

Facebook: Siti Mashitah Sarif (Instinct)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

7. Kisah Feeling Ekstrovert dan Intuiting Ekstrovert

Kisah Sahabat Feeling (F) yg memberi semangat kpd sahabat Intuiting (I) yang berani redah dan optimis.

Dua2nya otak kanan yg berani ambil risiko dan visinya ke hadapan.

Seorang pemberi semangat. Seorang Pemberi idea hebat.

I sokong F. Kena sangat lah tu..

Ayah Jeeb berpersonaliti Feeling
Sahabatnya berpersonaliti Intuiting (suka low profile.hehe)

Al kisahnya....

*******

Ayah Jeeb terkenang zaman awal-awal dahulu Ayah Jeeb menongkah arus memilih jalan niaga dengan meninggalkan universiti pada semester ke-2 program ijazah Kejuruteraan Mekanikal selepas tamat program diploma. Pada masa tu Ayah Jeeb menumpang di flat rakan Ayah Jeeb yang sudah pun bekerja sebagai technician. Sama-sama belajar di sekolah menengah dan menuntut di universiti yang sama.

*********

"Aku tengok ko ni dah macam zombie tahu tak kerja bagai nak gila siang malam." Sapa Ayah Jeeb suatu hari semasa kami sedang rehat makan megi.

Dia diam.

"Aku rasa kita tak boleh macam ni doe, kita kena berniaga, kita kena bukak syarikat!" Sambung Ayah Jeeb dengan semangat.

Dia pandang Ayah Jeeb.

"Kita pergi kursus. Ko pergi kursus elektrikal aku ambik kursus kimpalan" cadang Ayah Jeeb.

"Okay!" Jawab dia ringkas.

Mulai dari hari itu kami mula mencari kursus dalam bidang masing-masing dan menanam azam untuk membuka sebuah syarikat suatu hari nanti.

***********

Itu cerita 12 tahun yang lepas.

***********

Hari ini Ayah Jeeb didatangi oleh seorang anak muda, kenalan melalui satu seminar pembikinan video. Dia datang untuk tumpang shooting gambar untuk promosi poster bisnesnya. Dan Ayah Jeeb amat terkesan setelah dia mengatakan umurnya 22 tahun: sama dengan umur ketika Ayah Jeeb berbual niaga dengan rakan niaga Ayah Jeeb 12 tahun dahulu.

***********

*Start early, you have nothing to loose. Itu Ayah Jeeb pegang erat.


Facebook : Najib Mohamad (Ayah Jeeb) (Feeling Ekstrovert)

------------------------------------------------------------------------------------------------------

8. Kisah Sensing Ektrovert

'ko ni kalau makan apa pon licin!'
'tengok orang tuh..kalau makan ayam or ikan mesti bersih and licin!'
'sayang kalau tak makan...beli guna duit ni..'
'ko tak nak habiskan makanan tuh ke..membazir tau..kan beli guna duit'

Pernah tak dengar ayat klishe macam tuh? Saya selalu dengar...dari orang lain..plus saya pun selalu guna ayat tu...😅

Orang Sensing nih kan RAJIN so bab makan memang laju..lagilah kalau dia memang teringin giler nak makan something tuh..sanggup oii berabis duit beli makanan? 🤐🤐

But we do have some principal bab makan..
1.harga mesti murah/berpatutan (dikejar harta kalau dlm STIFIn..ni mmg utk org Sensing..dan sy akui..)
2.harga dengan brg worth it (harga mahal brg kecil/sikit..tolak tepi..😄😄)
3.kalau teringin mmg mati2 akan cari 🙈
4.makan ikan or ayam mesti licin..sampai lah ke tulang..BERSIH tulang tuh baru lah puas hati...😜😜😜
5.geram tengok org lain makan tak habis..sbb rasa syg and memikirkan duit..kan beli guna duit..habiskanlah..hahahha
6.menikmati makanan..bila makan mesti feeling gituu..
7.suka makanan pelik dan baru (ni lg kuat pd sy sbb faktor darah B..darah org Intuiting) sbb org Sensing suka exploring..but if she/he dah found yg dia suka..contoh nya Kedai Ayam Penyet Bandar Penawar..so dia akan ke situ jelah kalau nak makan ayam penyet..hahahaha (promote kedai sekali nih..🤗)
8.nak beli makanan pon kdg2 berkira..hahaha org Sensing mmg byk faktor yg difikirkannya..😜😜

Maaf ya gambar dibawah amat sadis..😆😆😆😆😆
disebabkan lama tak makan iwak lele..aduhaiii...pekena arini...sedap sungguh..ALHAMDULILAH...rezeki Allah bg tau.. Sekian


Facebook: Nurafidah Jasman (Sensing Ektrovert)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

9. Kisah ibu Intuiting Introvert

Peluk kejap je

"Umi... pinjam telefon jap, Aby nak check Surah An-Naziaat. Ada lagi sikit nak hafal."
Kata Aby pagi ni tatkala masuk kereta untuk perjalanan pulang ke kampung.

Uishhhh musykil juga ni... selalu hafazan nak buat kat sekolah je.... kenapa ya pagi ni mood baik.

Ohhh teringat subuh tadi..... lepas Aby solat subuh, umi panggil Aby baring sebelah umi. Umi peluk je anak ni.... sambil sembang sikit-sikit.

Malam tadi, Aby gaduh dengan abang dan akak dalam kereta. Umi diam aje. Sampai rumah sambung lagi tantrum disepahkan pulak rumah. Menangis kuat-kuat. Menangis sampai tertidur.

Pagi ni nak cover balik 'luka' semalam, umi pun peluk la Aby. Sekejap je pun peluk Aby, tapi kesannya mood pagi ni baik sungguh Alhamdulillah, mudah sekali minta tolong anak. Macam- macam tolong abah pagi ni, isi air dalam botol, kemas kereta, kutip sampah tanpa di suruh dan siap nak buat hafazan sendiri lagi

"Nanti minta maaf dengan abang dan cakap terima kasih", kata umi.
"Aik, nape pulak?"
"Semalam gaduh, buat sepah, abang Faiq yang tolong kemas..."
"Minta Maaf dan Terima kasih" ujar si adik sambil sengih-sengih.

Ada jenis anak-anak memang tak boleh ditegur secara terus. Kalau semalam umi marah dengan bad mood Aby dan suruh dia minta maaf, sampai sudah takkan dia buat. Umi bagi masa, bagi dia habiskan mood dia.

Pagi ni dah kasi satu peluk, cakap sambil-sambil suruh minta maaf, Alhamdulillah lebih mudah.

Peluk kejap je...
Ibu ayah dah peluk anak hari ni?

Nota:
Aby 9 tahun, karakter Intuiting Introvert.

#STIFiN
#AbyIntuiting
#memahamikarakteranak


Facebook: ChePah Che Pah (Intuiting Introvert)

---------------------------------------------------------------------------------------------------

10. Kisah Intuiting Introvert 

5 Gaya Menghafal yg hampa sendiri akan kata "ehh macam akuuu ja tu...!" 😂😂😂
.
.
.
.
.
.
.
.
Hampa mesti pernah punya lah tgk mcm2 gaya org menghafal nak2 time dekat exam masa belajar dulu kan...? Tak semestinya Sejarah, Geo, Bio etc.. Hafal Surah pun mesti pakai teknik yg sama.. cuba baca ni, hmpa hat mana satu..? 😂
.
.
FEELING : org jenis ni dia tak main terus hafal, dia mesti cari "punca" satu cerita tu terjadi.. cth, mesti tau watak,tokoh atau sejarah sesuatu cerita..serta makna tiap satu ayat. Depa ni suka belajar guna audio. Pastu suka gerakkan bibir. Pernah ada kawan tak yg bila dia membaca/menghafal kan, mesti dia nk ckp kuat2.. ? smpai org lain pun tau dia study apa.. 😅 kalau yg kes x study, time solat, mesti dgr "psstt sss psst" kumat kamit mulut dia recite doa.. hehe.. ni semua bg dia focus & kusyuk.

INTUITING: haa yg ni sy la ni.. memahami jalan cerita secara mendalam dan melukis imej pada hujung2 buku or nota. Siap ada anak panah atas, anak panah bawah, bulat.. kesudahannya, nota jd belemoih.. haha tp dia sorg ja paham nota diaa... hahah.. kalau suruh dia bacaaaa jaa utk ingt, mmg fail. Sbb kuat berangan! Baca 15kali pun dia x fhm apa dia baca.. 😅

THINKING- org gaya ni, mmg serious & particular. Depa kata org mcm ni, pandaiii.. 🤓 selalunya dia menanda menggunakan hightlighter satu warna shj pada awal & akhir ayat serta nombor ayat. Depa ni sukaaaa sgt number.. focus depa lamaa.. and tak boleh ada org buat bising.. nnti focus lari.. so 🤐

SENSING- org sensing pulak, sgt particular dgn brg stationary dia.. pencil case kena ada mcm2 warna pen, wajib ada gunting nnti mudah nk menggunting, kena ada pembaris fleksible utk lukis graf.. n byk lg.. depa ni suka menanda nota menggunakan pen tiga warna pada awal dan akhir ayat. Depa byk menggunakan pergerakan otot tubuh semasa belajar . Pernah tgk org hafal jalan pi balik pi balik dak..? Haa.. cara tu la dia menyerap hafalan. Memory dia kuat, dia boleh serap ilmu mcm span. Baca ja ulang2 muka surat yg sama, then latih tubi yg kerap.. dia dah excel. 👏🏻👏🏻👏🏻

INSTINCT - yg ni paling best, pandaii ooo org mcm ni.. dia boleh guna mana-mana teknik di atas  tapi mesti di kawasan yang tenang dan ada bunyi air sbb dia mmg sukakan ketenangan.

Semuanya pakai DOMINAN otak. Tak ada sapa yg salah and tak ada sapa yg betul. Just that kena tahu teknik apa yg digunakan bg memudahkan seseorang tu menghafal.. especially anak-anak yg bersekolah & belajar.. kita as Parents mesti nk bantu dia.. sbb sah sah dia x pandai nk express mcm mana cara dia belajar..

Senang je.. #stifinkanaje anak-anak supaya ibu bapa lebih memahami cara belajar anak yg betul. Lega & bangga kan kalau kejayaan anak tu dtgnya dari KITA? 😊

Sampai sini dulu, nnti sy share lg.. ada banyaaak lg character2 depa ni tau.. 😁😁😁

#bedahotakgunajari
#bukansebarangbedah
#stifinpersonaliti


Facebook: Siti Noradzuanie (Intuiting Introvert)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

11. Kisah Sensing ditulis oleh Intuiting Introvert

KAKI GEDIK! 
.
.
.
Yg ni kes individu yg kaki gedik-gedik... hampa pernah ada kenalan yg bila dia duk diam2 buat kerja sendiri atau bercakap, kaki dia mesti gedik-gedik...? Tak pun gerak ke kanan ke kiri.. 😂 sedangkan yg bercakap tu kita, dia dengar je... haha.. bila ditanya kenapa ni kaki gedik-gedik, nak p toilet ka..? Dia jawap "eh tak laa.. ntah tak tau kenapa.. 😅" ahahah

Ni org SENSING.. ( dominan otak kiri bahagian bawah) org sensing ni sentiasa gerakkan otot2nya.. dia rajin & teratur.. akan ada saja aktiviti dia nak buat.. org jenis ni bagus utk bersukan sbb libatkan otot.. yg penting org Sensing ni kebanyakannya tergolong dalam geng org KURUS.. hihi.. 😍

Siapa pernah jumpa org mcm ni, or diri sendiri mcm ni..? Nak tau lebih,  senang je #stifinkanaje diri or pasangan or anak2 sendiri utk lebih memahami personaliti masing-masing..

Ppsst.. org SENSING ni kuat mengunyah tau.. kunyah lah makanan apa pun, janji otot pipi dia ada aktiviti.. 😂😂😂

#bedahotakgunajari
#bukansebarangotak
#stifinpersonaliti


Facebook: Siti Noradzuanie (Intuiting Introvert)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

12. Kisah ibu Intuiting Introvert dengan anak Sensing

Goyang, goyang, goyang

"Faiq..... stop stop jangan la goyang kaki tu.... umi rimas la..", tegur umi pada si anak yang suka goyang kaki, sambil tangan tahan kaki Faiq supaya berhenti.

Rimas betul rasanya goyang kaki, pusing pen. Awat la hang tak boleh diam. Itu dulu semasa saya tidak faham fungsi otak dan kaitan pergerakan.

Sekarang saya sudah faham Faiq orang Sensing, kekuatan otak kiri bawah. Kecerdasan pada pancaindera, SENSE, gerakan untuk activate otak. Kalau dah rasa annoying tengok anak asyik goyang kaki, atau orang lain terganggu, suruh la anak buat aktiviti lain. Bangun jalan ke... bagi kertas lukis ke... supaya gerakan disalurkan ke lain.

Itu la cara rangsang otak anak yang begini. Tak boleh la nak marah. Kalau dia tak dpt rasa pancaindera dia..(masa gerak tu kan rasa..oh kaki boleh tendang, tangan boleh sentuh, mulut boleh rasa, ect).. baru dia puas dan rasa ter'stimulate' otaknya.

Kalau ada anak begini bagi la ruang untuk dia bergerak. Ruang luas, kurang perabot. Di rumah boleh beli trampoline, lompat la puas-puas. Bawa buku, kertas, pensel, warna jika bawa anak keluar, mak nak meeting ke ngaji ke, anak ada aktiviti gerakan tangan nak buat.

Sekarang Faiq dah form 2, kalau nak goyang, hang pi main badminton kat luar. Saya pesan juga, Kalau kat sekolah, selepas setiap subjek Faiq mesti bangun move around, keluar kelas lompat-lompat sikit sebelum cikgu sambung next subjek. Baru otak boleh activate dan refresh untuk sambung subjek lain pulak.

Nota:
* Teknik ni sesuai untuk anak sensing, anak lain, lain pula caranya... nanti kita cerita lain kali.

* Ni tengah taip status ni, Faiq tengah duduk sebelah ni.... dok goyang kaki tuh.

#stifin
#Faiqsensing

Kredit to Tshie Siti Mashitah Sarif


Facebook: Chepah Che Pah

------------------------------------------------------------------------------------------------------

13. Kisah Ibu Thinking dengan Anak Intuiting Introvert 

 "Kita lebih mudah mengajar Al-Quran pada anak apabila kita memahami karakter dan personaliti mereka."

Arif, 5tahun
INTUITING INTROVERT

Untuk arif, saya banyak bercerita. Asbabun nuzul, jalan cerita surah atau terjemahan ayat. Contohnya, kisah tentera bergajah Abrahah untuk surah Al-Fil dan kisah 7 pemuda penghuni gua untuk surah Al-Kahfi.

Sebab anak intuiting kelebihannya pada visualize. Imaginasi mereka hebat. Sehinggakan mereka mampu menterjemahkan dalam bentuk lukisan. 'Big picture' inilah akan membantu mereka untuk mudah mengingat.

Antara buku yang saya gunakan untuk bercerita dengan arif.

1. Al-Quran pertamaku juz amma

- ada diceritakan asbabun nuzul surah
- disertakan pengajaran ayat
- kisah berkaitan surah

2. Kisah terbaik Al-Quran pertamaku

- kisah pilihan dari Al-Quran
- disertakan rujukan ayat-ayat Al-Quran berkaitan kisah
.

Setiap anak adalah unik.
Punya gaya dan cara tersendiri untuk belajar ilmu Al-Quran.

Tugas kita bantu mereka.

#jomteststifin
#programintrostifin
#7okt2017
#balingkedah

Facebook: Siti Aminah Mohd Subri

Comments

Popular Posts