Friday, 31 October 2014

Sekolah Rendah Agama....untuk anakku Zahraa...

Salam readers...

Tahu tak apa beza sekolah rendah agama dan sekolah rendah agama integrasi...??
Ha, meh nak cerita ni..
Ni antara hasil yang sy dapat masa sesi hunting sekolah anak...
Biasanya sekolah rendah agama (SRA) ni adalah sekolah yang mana anak-anak kita sekolah pada sesi paginya di sekolah rendah kebangsaan..then sesi petang untuk KAFA..jadi biasanya sekolah ni akan start pada jam 2.30 petang macam tula..

Tapi ada jugak sekolah rendah kebangsaan pun ada sesi KAFA pada sebelah petang..cumanya lepas kelas sesi tengahari tu, mak ayah kenalah pegi amek semula untuk balik bersiap2 atau transit anak ke mana-mana tadika berdekatan kan...ataupun anak-anak tu uruskan sendiri (tukar baju, makan sendiri disekolah)...
Oh, yang ni, honestly sy kurang setuju..huuuu..rasanya hati mak sy ni belum bersedia untuk biar anak uruskan sendiri (baru tujuh tahun, dan anak perempuan lak tu kan...)..at least kena ada orang tua yang tengokkan..

Okay, bagi sekolah rendah agama integrasi pulak..dia adalah sekolah agama sebenarnya, mainly focus ilmu agama dan hafazan dan diorg still kena ikut sistem KBSR/KSSR samas seperti sekolah rendah kebangsaan...
Dan itu bermakna, anak-anak yang belajar di sekolah rendah integrasi mereka masih boleh menduduki apa-apa exam yang sekolah rendah kebangsaan ada...jadi mungkin parents tak perlu risau, nanti lepas sekolah agama nak masuk sekolah menengah mana kalau tak de exam ke atau nak kena tukar sekolah ke bila nak amek upsr cthnya kan...so, senyumlah....

Dan nak share, sekolah rendah agama integrasi mana yang saya dah jumpa untuk Zahraa...
Sekolah Rendah Islam Pintar Darul Fuqaha...(SRIP) di Sg Merab, Bangi..
Boleh ke link ni untuk lihat lebih lanjut..

http://www.darulfuqaha.net/index.php/2013-11-18-14-35-26/srip-tahfiz-fuqaha
Alhamdulillah, bila dah jumpa dengan ustazah di sana, dah lihat suasana dan juga berkesempatan jumpa dengan kanak-kanak yang belajar dalam kelas masa tu, mereka sangat gembira nampak bersekolah kat sana...seronok tengok diorang happy..dan sy pun mengharapkan Zahraa akan merasa benda yang sama, insyaAllah..

Dan sesuatu yang juga saya tak sangka, diorang ada offer untuk tadika ambilan dari 5 tahun..memandangkan Arman tahun depan 5 tahun, alhamdulillah, Allah telah memudahkan urusan sy..sekaligus sy dah jumpa tadika untuk Arman...

Alhamdulillah...



Sekolah Rendah Agama.....?

Salam readers...

Hihihi, jangan terkejut na tengok tajuk tu...
Kalau ikutkan Zahraa kami plan awalnya nak hantar ke sekolah rendah area putrajaya. Dah daftar dah pun, dan dah dapat tempat.
Tapi nak bgtau, hati mak ni rasa seolah-olah kurang tenang, tak tahula nak explain macam mana..hanya Allah sahaja yang tahu..
Sy ni basicly tak berapa faham sangat sistem pendidikan negara kita ni. Cuma sy rasa macam, kurang sistematik, sekejap ada peperiksaan, sekejap tak de..Masih dalam ujikaji (maafkan sy kalau info ni kurang tepat sebab pendidikan sekolah rendah bukan bidang sy)
Ekoran dengan perasaan kurang tenang sy ni jugak, bertemu pulak dengan beberapa orang dari bidang pendidikan ni..sy tanyakan juga pendapat mereka..
'rasa-rasa kalau nak hantar anak ke sekolah agama okay ke..'
Then, terkejut juga sy ingatkan dia nak sokong sistem pendidikan kita ni, tapi nampaknya dia pun sarankan untuk sy hantarkan anak sy cari ilmu akhirat dulu (maksudnya, hantarla pegi sekolah agama..)
Tiba-tiba, dalam kereta, ada ceramah dari ustaz (sambil dengar radio ikim), ada ustaz tu sebut..' hantar anak ke sekolah agama, insyaAllah rezeki Allah ada di mana-mana..' seolah-olah membantu sy dalam membuat keputusan dalam nak hantar Zahraa ke aliran mana..
'Uish...mungkin kebetulan' (bisik hati kecil sy pada mulanya)

Ada satu petang, semasa suami sy datang ambil sy di stesen ERL, sy pun luahkan perasan tidak tenang sy ni...masyaAllah, dia juga sependapat (terima kasih #suamisyurgasaya)..
Mula la sy plan cuti...dan bermula la sesi hunting (hihihi) sekolah agama..
Antara ciri-ciri yang diambil kira.....
->jarak dari rumah dan kemudahan untuk hantar dan ambil anak dari sekolah supaya anak tidakla lambat (saat 7 tujuh adalah masa untuk disiplinkan anak, jadi as mak kena tepat pada masa, hehehe)
->fasiliti..??ini bukanla ciri yang sy tengok sebab sy faham, sekolah agama jika nak dibandingkan dengan sekolah kerajaan fasiliti memang kurang baik, tapi memandangkan hati mak tekad inginkan anak belajar ilmu agama dan hafazan, so yang ni pejam mata...
 ->mungkin jika jumpa, sekolah yang akan offer/ada sesi akademik dan sesi hafazan..lebih baik bagi saya..

Anak-anak mama, insyaAllah mama yakin, akademik akan boleh dipelajari bila-bila masa...saat ni, mama ingin hati anak-anak mama yang bersih dan suci ini dipenuhi dengan ilmu Al-Quran dan As-Sunnah...itu lebih membahagiakan...

Thanks for reading...

Wednesday, 22 October 2014

Seminar Persediaan Anak-anak ke Darjah Satu

Salam readers..

Glad to announce, buat pertama kalinya Seminar Persediaan Anak-anak ke Darjah Satu akan diadakan di Senawang..
Seminar ini adalah hasil kerjasama dengan Impian Terapi Center di mana penceramahnya adalah seorang ahli psikologi kesihatan..
Beliau akan menyampaikan tentang apakah teknik-teknik belajar yang berkesan, latihan daya tumpuan serta pengurusan tingkahlaku...
Penting bagi kita ibu bapa untuk kesan dan lihat perkembangn anak-anak kita kan...
Penceramah kedua akan menyampaikan tentang apakah amalan pemakanan yang dapat membantu anak-anak anda memberi tumpuan di dalam kelas...

Sebagai ibu bapa, penting kan untuk mula mengesan serta membimbing anak-anak sejak mereka mula memasuki ke alam persekolahan, tak perlu menunggu masa hampir dengan peperiksaan sahaja...

Jom beramai-ramai ke seminar yang berfaedah ini..berikut saya sertakan flyers program tersebut...

Wednesday, 15 October 2014

rAyA Korban buaT apA?

Salam readers...
Salam Aidiladha buat semua...semoga sama2 menghayati erti pengorbanan yang sebenar, insyaAllah..
Ha..soklan kat atas tu buat kami ni ha...
Dah beberapa tahun kami hanya sambut di rumah sendiri je..
Rutin biasa, pagi raya kami akan ke Masjid Putra Perdana untuk solat hari raya..kemudian..bawa budak2 ni tengok lembu korban...memang diorang dah ingat kalau dengar takbir raya ke, atau beritahu tentang raya, mesti diorang akan cakap lembu kena sembelih...
Lembu sebelum disembelih..time ni Arman dah jalan2 sorang pi explore brapa ekor lembu ada..
Sabar menunggu turn korban..hehe
Semangat bawa buku cerita pasal haiwan2 disyurga sebab ada kisah lembu disembelih semasa raya korban
Si tecik2 bolat2 Hamza pun sanggup berpanas nak tengok korban..grrrrrrrrrrrrammmmm!
Lembu dah start kena lapah daging..
Ok fine..balik rumah main pulak berlakon pakat jadi lembu kena ikat dan sorang tukang sembelih...
Ni menu raya haji kami..nasi dagang gulai ayam (en.suami kata ni nasi dagang utara, hehehe sebab kalau tganu gulai ikang!-takpela en.suami, ni cubaan pertama tau..lama2 saya terror la masak nasi dagang..heh)

Thanks for reading!
 



Sunday, 12 October 2014

The Atmosphere...Cantikkknyee art mural kat dinding!!!

Salam readers...
Entri ni mungkin sesuai pada sape2 yang suka pada seni art ke lukisam dinding ntah panggilan mural kalau tak salah...
Seriusss ni...gambar2 yang bakal saya upload dan share kat bawah ni mesti korang pun akan kagum..heee
Tempat ni kat The Atmosphere, Bandar Putra Permai Seri Kembangan...kami kalau hujung minggu, suka bawa anak2 makan roti canai kegemaran diorang ni kat area2 situ...so, akan selalu nampak ramai orang yang masuk ke kawasan mall yang tak bukak2 lagi tu..rupa2nya ada sesuatu yang sangat2 menarik..
Sy sgt kagum!anak2 pun suka melihat lukisan mural 3-D...ini secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap pemikiran kreatif jugak ni, sebab bila nak ambil gambar, perlu ada posisi yang betul utk membolehkan gambar2 tu nampak 3-D...
Alrite...jom layan..konon-konon bukak pintu ada dunia tales yang lain..hehe..comei sgt!
Opsss!!!catch Zahraa...buku-buku tu nak jatuh!!!!
Heheh..jom pegang belon sama2...
Pull him down, Arman!!!
Jom naik bespa...hehe..time ni Arman merajuk sebab janji nak naik train...xsabar la tu..
Owh, ada tempat dating la pulak...
Zahraa... man in the glass!
Yang ni mama tak faham sangat...ape2 la..
Watch out!that's the train..
Hello mama!
Arghhhhh!
Hello Mr Rabbit!
Robot..robot...
Ultraman in the town!
Huge ladder snake game..
Help!help!house on fire!
Tree house!
La..la..la..la...
Let's climb up!
Wow!amazing..watch out kids..uols on the rail track!
Small house of Mr Dwarf...
Meet the mermaid..
Jom jalan2...hehe
Urrrr....scary!
 





Saturday, 4 October 2014

Homeactivity-Water Play fun ideas!

Salam readers...
 
Yes!budak2 sangatlah teruja untuk main air betul tak...memandangkan swimming class dah lama mama w/hold kan dulu sebab kekangan masa, jadi mama ngan papa belikan swimming pool yang baru..kali ni papa mengambil kira tahap keluasan pool ni..hahaha, mungkin sebab akan main lebih ramai..(mungkin juga papa yang nak join kan!)
Bestnyer main air di hujung minggu.......yang ni bukan kata 10-15 minit..mmg akan jadi sangat sangat sangat lama...bila dah kesejukaaaaannnn barula nak masuk rumah
Bila pool dah besar, airnya juga kenala banyak kan...adoiiiii...nasib baik air di Selangor tak perlu kena bayar untuk 20 meter padu pertama..terima kasih ye kerajaan Negeri..hehehe
 
Water play ni sebenarnya bagus untuk kanak-kanak..banyak benda diorang boleh explore dan belajar..contohnya belajar konsep timbul dan tenggelam (float/sink), penuh dan kosong (full/empty) dan banyak lagi sebenarnya..kalau ada fish net pun okay, main2 tangkap ikan..(walaupun guna ikan mainan, pun boleh sebab mereka akan fokus mata di dalam air yang mana bukan mudah untuk kanak-kanak). Kemahiran fizikal dan gross motor pun dapat dikuatkan dengan aktiviti melompat dalam air, berenang, splashing, squeezing (yang ini boleh guna sponge dan belajar tentang absorption then squeeze..). Eye-hand coordination aktiviti boleh guna botol, minta anak2 masukkan air ke dalam botol tu...haaa...bukan senang tau..nak fokus dan bagi air masuk betul2...heheheh
 
Biasanya anak2 saya akan main bot-bot, hehe..mula2 Mama nye rajin sikit buat bot guna pelapik periuk panas..tapi nampaknya diorang lagi suka bot origami kertas...
Mama tak berapa nak ingatla origami tu, dulu masa kecik2 main hujan memang dok buat bot ni je, tapi dah laaaaammmmmaaaaa sangat kot tak buat..lupa dah..
Tapi try jugak recall2, bolehla anak oi..
Dah main bot-bot ni, tak sangka pulak tiba-tiba diorang buat 'wave' dengan menolak tepi pool..jadi bot akan sink..
Macam2 versi..ada yang bercerita pasal bot Nabi Nuh..ada yang kata Nabi Yunus dah terjun dalam laut..ada jugak yang kata Mama dan Papa Elsa Frozen hahahahaah...
Dan aktiviti ni Mama dan rutinkan jadi sebulan sekali je..belajar jimat air ye anak2, membazir tu amalan syaitan, heheh
Okay, pendek kata, water play is fun! Create your own fun activities mommies!
 
Thanks for reading!