Friday, 31 October 2014

Sekolah Rendah Agama....untuk anakku Zahraa...

Salam readers...

Tahu tak apa beza sekolah rendah agama dan sekolah rendah agama integrasi...??
Ha, meh nak cerita ni..
Ni antara hasil yang sy dapat masa sesi hunting sekolah anak...
Biasanya sekolah rendah agama (SRA) ni adalah sekolah yang mana anak-anak kita sekolah pada sesi paginya di sekolah rendah kebangsaan..then sesi petang untuk KAFA..jadi biasanya sekolah ni akan start pada jam 2.30 petang macam tula..

Tapi ada jugak sekolah rendah kebangsaan pun ada sesi KAFA pada sebelah petang..cumanya lepas kelas sesi tengahari tu, mak ayah kenalah pegi amek semula untuk balik bersiap2 atau transit anak ke mana-mana tadika berdekatan kan...ataupun anak-anak tu uruskan sendiri (tukar baju, makan sendiri disekolah)...
Oh, yang ni, honestly sy kurang setuju..huuuu..rasanya hati mak sy ni belum bersedia untuk biar anak uruskan sendiri (baru tujuh tahun, dan anak perempuan lak tu kan...)..at least kena ada orang tua yang tengokkan..

Okay, bagi sekolah rendah agama integrasi pulak..dia adalah sekolah agama sebenarnya, mainly focus ilmu agama dan hafazan dan diorg still kena ikut sistem KBSR/KSSR samas seperti sekolah rendah kebangsaan...
Dan itu bermakna, anak-anak yang belajar di sekolah rendah integrasi mereka masih boleh menduduki apa-apa exam yang sekolah rendah kebangsaan ada...jadi mungkin parents tak perlu risau, nanti lepas sekolah agama nak masuk sekolah menengah mana kalau tak de exam ke atau nak kena tukar sekolah ke bila nak amek upsr cthnya kan...so, senyumlah....

Dan nak share, sekolah rendah agama integrasi mana yang saya dah jumpa untuk Zahraa...
Sekolah Rendah Islam Pintar Darul Fuqaha...(SRIP) di Sg Merab, Bangi..
Boleh ke link ni untuk lihat lebih lanjut..

http://www.darulfuqaha.net/index.php/2013-11-18-14-35-26/srip-tahfiz-fuqaha
Alhamdulillah, bila dah jumpa dengan ustazah di sana, dah lihat suasana dan juga berkesempatan jumpa dengan kanak-kanak yang belajar dalam kelas masa tu, mereka sangat gembira nampak bersekolah kat sana...seronok tengok diorang happy..dan sy pun mengharapkan Zahraa akan merasa benda yang sama, insyaAllah..

Dan sesuatu yang juga saya tak sangka, diorang ada offer untuk tadika ambilan dari 5 tahun..memandangkan Arman tahun depan 5 tahun, alhamdulillah, Allah telah memudahkan urusan sy..sekaligus sy dah jumpa tadika untuk Arman...

Alhamdulillah...



No comments:

Post a Comment