Wednesday, 28 January 2015

Magnifying Glass...[EXPLORE SCIENCE OF AN ANT]

Assalamualaikum...
Teruja benor diorg dapat lihat semut sedang bawa makanan dengan menggunakan magnifying glass-kanta pembesar
Yang penting...
Tahu teknik menggunakan alat untuk eksplorasi sains serangga..
Tahu sudut manakah yang perlu selaraskan kanta supaya dapat pembesaran imej sebanyak 2x, 3x atau 5x lebih besar...
Mereka dapat melihat..
Berapakah kaki seekor semut ada...!
...
Pastinya..satu magnifying glass ini perlu ada dalam beg explorer supaya membolehkan untuk little scientist ini terus teruja mempelajari ilmu alam dan sains..
Thanks for reading..
 
Thanks for reading!

Sit and Listen..[CREATE YOUR OWN STORY]

Assalamualaikum..
Buku besar ni...saya xdapat nak recall beli di mana..tetapi apa yg menarik tentang buku ini adalah hanya mengandungi gambar2 sahaja tanpa perkataan..gambar2 dengan tentunya warna yang menarik dan besar..
Ada hanya 1 gambar yang boleh menceritakan banyak perkara..
Ada juga gambar mengikut turutan..(lebih mudah untuk anak-anak mereka jalan cerita mengikut turutan gambar)
Percaya tak..buku besar ni sy beli dengan harga RM5.00 sahaja setiap satu..murah kan..
Terdetik idea untuk let the kids create story masing-masing..
Boleh uji vocabulary mereka...
Boleh juga uji kefahaman tentang visual yang mereka lihat (kanak-kanak akan biasanya nampak sesuatu visual tu lebih mendalam dan details..)
Dan biarkan mereka berimaginasi tentang cerita tersebut dimana secara tidak langsung akan dapat meningkatkan jumlah vocabulary mereka..
Anak-anak syurga sy belajar mengambil giliran untuk bercerita...
Dimulakan dengan kakak Zahraa...
Arman seterusnya..walaupun sedikit berbeza apa yang Arman nampak pada gambar tersebut, tapi ia tetap kreatif!
Si bulat Hamza juga tak sabar, hehe
Giliran Muadz...mulanya Muadz hanya diam...sama seperti sebelum2 ni..tapi cuba jugak buat ayat penuh...
'Cat is sleeping and books jatuh!'
Yeay!lepas tu diam......hanya tunjuk gambar saja..it is okay Muadz..kita cuba lagi ye..
Thanks for reading...
Keep sharing..
May Allah blessed you...
 
Thanks for reading!
 

Play time..-[BERMAIN DENGAN BLOK KAYU]

Assalamualaikum..
Kids have lots and lots of imaginations...
So biarlah mereka terus bermain dan bermain..
Aktiviti selepas Quran time adalah bermain (normally utk Arman dan Muadz, Kakak Zahraa siapkan homework if ada dulu then baru join in)..
Mari kita main blok kayu dan masa untuk membina..
Kenapa blok kayu...
Boleh juga guna blok plastik or lego..fungsi yang sama..
Cuma blok kayu..dia tak dapat nak stack to each other..oleh itu, ia perlukan lebih imagination untuk jadikan bangunan yg tinggi or bridge yg bersambung..
Juga..dapat mengajar anak-anak untuk bersabar..bersabar, bina perlahan-lahan dan lebih berhati-hati kerana jika binaan tidak kukuh, maka seluruh binaan akan runtuh...
Mulanya anak2 kurang sabar sebab asyik jatuh je arca yg dibina..dimulakan dengan binaan tapak kawasan rumah masing-masing..kemudian adik membina jambatan manakala si abang membina terowong laluan kereta...
Aktiviti bermain selama 15-20minit ditutup dengan lagu untuk masa mengemas mainan!
'Everybody tidy up..tidy up..tidy up..
Everybody tidy up..
Just like I do!'
[Follow Rhythm: London bridge is falling down]
Thanks for reading!
May Allah blessed and ease everything you do..
 
Thanks for reading!
 

Wednesday, 21 January 2015

Ajarkan Sunnah-Tidur Cara Rasulullah

Assalamualaikum..
Dua tiga kali bila bukak radio IKIM semasa pulang dari kerja kebetulan dengar siaran ulangan dari Ustazah Norhafizah Musa..bercakap mengenai amalan tidur dan sunnah...
Kata-kata paling terngiang-ngiang adalah..'ajar anak kita tidur dengan cara yang betul dan benar mengikut ala Rasulullah dan bukannya mengikut cara penghuni neraka'...
Macam mana cara tidur penghuni neraka?
Iaitu dengan cara meniarap...Astagfirullah..
Terus terfikir...
Ye sy cuba masukkan makanan sunnah dalam makanan seharian tapi sy lupa tentang sunnah cara tidur nabi..subhanAllah..rupanya Allah cuba ingatkan saya sesuatu melalui ceramah ulangan dari ustazah...sunnah yang begitu senang untuk dipraktikkan..
Tidak memerlukan usaha keras pun untuk sy cuba didik anak2 syurga saya ni...
Alhamdulillah...
Malam pertama tidur dengan cara ala Nabi Muhammad anak anak syurga saya...
Perlu nampaknya sy ingatkan mereka selama mungkin 40 malam untuk mereka istiqamah dalam amalan sunnah ni..
Jom bersunnah!
Thanks for reading!
May Allah blessed you..

Macam mana nak bagi follower ramai..??

Assalamualaikum..

Tudiaa soklan..
Ok, jawapannya...sy sendiri pun tak tahu ye...
Bermimpi nak dapat follower yang lebih ramai..(harap mimpi jadi kenyataan!)
Tapi cemna nak buat...
Cemana..
Ada idea??

Ok jom google sama-sama ye..

May Allah ease everything you do..

Sakit je makan bubur....hmmmmm

Assalamualaikum...
Perasan tak..asal sakit je nak makan bubur..asal demam je nak makan bubur..
Agak2 nyela kenapa bubur..kenapa bukan nasi ayam la..nasi beriani la..
Sy sendiri pun suka makan bubur kalau badan rasa tak sihat..
Kenapa?
Sebab malas nak kunyah banyak makanan dalam mulut..
Kalau makan nasi, silap-silap makan nasi dan kuah sup je..so mana peginye protein..sayur-sayuran..
Sebab tu sy suka makan bubur..
Sebab dalam bubur kita boleh padatkan jumlah kalori dan padatkan dengan sumber lain seperti daging cincang/flake ikan/ayam cincang dan sayur-sayuran akan jadi lembut..boleh semua masuk sekali dalam bubur..
Dan boleh juga ditambah dengan santan sedikit untuk beri lebih tenaga kepada si pesakit tadi..
Kanak-kanak pun boleh nikmati bubur ni...
Dan satu lagi..pesakit akan lebih relax bila makan, kerana takperlu guna tenaga lebih untuk mengunyah makanan..hehe
Cumanya..perlu beringat, bubur takperlu terlalu banyak air, kerana boleh kurangkan nilai nutrisinya..dan boleh buatkan si pesakit berasa cepat kenyang..
Ni bubur cara saya..
Campuran nasi...sumber karbohidrat
Campuran sayur..sy suka pakai celeri kerana kandungan minerals nya..
Campuran habbatussauda yang dikisar..kan habbatussauda itu penawar segala penyakit..
Campuran barli..high in fiber..
Protein? Udang pun boleh...ikan pun boleh..ayam cincang pun boleh...
Dan tentunya minyak zaitun...
Ok..selamat mencuba bubur 'demam' sy..
Thanks for reading!
May Allah protects you..

Hobi baru....berbasikal!

Assalamualaikum,

Sebenarnya bukan hobby mommy ye..maknye ni kalau boleh nak mengemas rumah saja pun dah cukup..
#suamisyurgasaya tetiba ajak pi beli basikal di Dengkil..katanya kedai basikal kat Dengkil tu antara paling MURAH di Malaysia..(dalam hati, ye ke PALING MURAH??) konfius pulak..tapi tetap percaya pada #suamisyurgasaya
Dah lama #suamisyurgasaya nak baiki basikal Zahraa untuk dipas kan kepada Arman (kesian kan anak ke-2 mesti dapat bekas2 dari yang sulong). Basikal Zahraa sebenarnya masih cantik tapi sebab Zahraa dah tinggi dan dah masuk 7 tahun, kami nak ajar dia naik basikal 2 wheel saja..yang besar sikit la..
So bawa jugakla basikal Zahraa (untuk dipas kan pada Arman) dan juga basikal Arman (untuk dipaskan kepada Muadz)..
Ni kedai basikal yang kat Dengkil tu..lepas simpang tiga lepas masjid Dengkil Nampak sebelah kiri..
KEDAI SEW LEONG
Baiki 2 basikal-just touch up mana2 tempat supaya boleh function okay dan Nampak baru--> RM 20 untuk 2 buah basikal

Kemudian kami pilih satu basikal baru untuk Zahraa.berkenan kat basikal lipat ni..harga RM 300 (harga letak dalam RM350)

Zahraa bergaya dengan basikal dan helmet baru. Terus main lepas balik dari sekolah
 
Dan basikal untuk mommy --> sebenarnya yang ni papa punye, mama tumpang je la (adoi, nak tak nak kena naik jugak la kan..) RM 1450 (harga letak dalam RM2160)

Dan basikal mountain bike (ye kot) untuk papa..RM 1200 (harga letak dalam RM1488)
Dah beli basikal mesti kena siap dengan helmet..helmet pun kat sini ada beberapa choice jugak la..harga pun berpatutan..nak yang mahal pun ada, yang murah pun ada..
Sekali beli selonggok..(untuk kesihatan, insyaAllah)
Nape pilih mountain bike jugak??
Sebabnya nak pasang carrier tu..nak letak si bambam Hamza..
 
Muadz pun muat atas carrier ni..
Arman kat belakang tu dah excited sangat dapat main basikal (dulunya kakak punye)
 
Okay..now dah ada basikal dan papa dah azam nak jadikan rutin weekend pagi Sabtu dan Ahad, aktiviti berbasikal di Putrajaya (sebab ada space yang luas untuk berbasikal)

Amalkan hidup yang sihat!
Thanks for reading..May Allah ease everything you do..

Sunday, 18 January 2015

Best Sangat ke Big Bad Wolf? Berbaloi ke?

Assalamualaikum W.B.T,

Memang berbaloi...sangat..tapi perlu pre-plan apa yang ingin dibeli atau difokus kat sana..mungkin kita sendiri tak pasti nak beli apa kan kat sana..
Biasanya kalau saya ke sana, memang saya akan belikan buku untuk anak-anak syurga saya je..untuk saya??Memang 1% je saya beli ataupun tak beli langsung, heheheh..

Kenapa saya kata berbaloi?
Harga sangat murah terutamanya buku-buku hard cover..boleh dapat minimum RM3-RM12 untuk buku cerita...buku sains ensiklopedia pun sangat banyak untuk rujukan dan thesaurus bagi anak-anak..

Tapi kunjungan saya ke BBW2014 baru-baru ini, saya rasa yang palinggggg berharga adalah buku ini...
Pop-up book sebenarnya..
Di BBW2014 sy dapatkan dengan harga RM12 sahaja..
One day saya berjalan di IOI City Mall yang baru bukak tu, kedai buku Borders ada jual..dan terkejut saya tengok harga dia...RM 69.90..
Wah...memang saya rasa ianya satu pembelian yang sangat berbaloi..
Bagi yang belum pernah pergi, hmmm..mungkin tunggu BBW2015 pulak kan..
Biasanya kalau dah pergi, akan pergi berkali-kali...

Thanks for reading! May Allah ease everything you do...

Homeschool Resource..

Assalamualaikum..
Seronok kan mengajar anak sendiri kat rumah..sy pun sama..he..
Mungkin ada yang ingin buat homeschool kat anak..tak kisahla kalau ibu tu bekerja atau tidak bekerja..sedar tak sedar selama ni pun dah homeschool kan #anakanaksyurga sy walaupun sibuk bekerja cuma xde masa yg dikhaskan je, so tak berapa konsisten..mengajar anak mengaji juga dikira sebagai homeschool dan anda adalah homeschooler! kan, betulkan sy sekiranya sy salah..:)
 
Bagi saya pengurusan masa sangat penting untuk kita realisasikan homeschool ini. Mungkin perlu kita khaskan masa untuk homeschool..contohnya 30 minit setiap hari ke..(yang ni sy akan cuba untuk #azam2015 tidak termasuk masa mengajar anak mengaji, insyaAllah..)

Nak homeschool tapi tak tau nak guna resource / bahan apa..?
Kali ini saya hanya akan memfokuskan kepada beberapa panduan dari resource-resource di bawah ini.
 
1. Allah Loves Me. Buku ini siap dengan kurikulum yang biasa prasekolah islamik apply. Jika tak salah maklumat, Little Caliphs juga menggunakan silibus yang sama dari buku ini..mommy tak perlu risau kerana ianya dilengkapi dengan activity sheet yang menarik untuk anak-anak mengenal Pencipta, mengenal Nabi, Kitab dan sebagainya..sy dapatkan buku ini dari instagram @byummwaliyya

2. There is order! Begitu juga dengan buku ini yang menceritakan tentang bagaimana order yang telah dicipta secara unik oleh Yang Maha Pencipta..buku ini juga saya dapatkan dari sahabat @byummwaliyya
3. I wonder why..(set buku ni saya pun tak ada dirumah, tapi pinjam pada kakak yang dah ada buku set ni)
4. Untuk sains eksperimen, saya pilih buku di bawah ini. Buku ini hanya berharga RM20 dan kebetulan saya dapat grab masa Big Bad Wolf 2013.
5. Untuk mental arithmetic (M.A), saya attend kelas anjuran Islamic Parenting Network (IPN) dan sy guna juga buku set dari IQMA sebagai panduan.
6. Untuk aktiviti art&craft, saya nak cuba berpandukan kisah-kisah Nabi dan juga dari Juz 'Amma.
 
 
Antara buku-buku lain...
Semua resource ni sebagai panduan sahaja..terpulang bagaimana cara kita sampaikan pada anak2...kena lebih prepared dan kreatif!
Banyak lagi sebenarnya bahan2 buku2 yang boleh dijadikan panduan...ni antara yang sy guna..

Anak-anak sebenarnya belajar setiap masa dan tidak semestinya dengan hanya menggunakan buku..buku hanya sebagai panduan..contohnya semasa travel, roadschooling boleh jugak dibuat semasa melihat keindahan ciptaan Tuhan..keunikan bentuk gunung, awan, dan pelbagai lagi..
Sy harap sy dapat mendidik anak sy dengan lebih lagi ilmu akhirat dan akademik..hanya sy mampu berdoa diberikan nikmat 'masa' itu..ameen..
 
Thanks for reading..may Allah ease everything you do today..tomorrow and hereafter..

 

Interview?Darjah satu?

Assalamualaikum...
Interview untuk masuk darjah satu?
Wah..zaman sekarang kot ye..
Masa sy call ustazah yg incharge SRIP ni..katanya cam interview, tapi dari pemerhatian sy hari yg sy perlu bawa Zahraa ke SRIP Darul Fuqaha ni dia tidak la macam interview SPA ke, interview nak masuk kerja ke..hehehe
Ianya lebih kepada datang dan ada beberapa ujian (on paper) ke atas beberapa subjek..ada maths, english dan bahasa rasanya...buat dalam bilik kelas ramai2 cuma adala cikgu/ustaz..
Dan diuji bacaan iqra'/ Quran dan juga tahap hafazan..
Hehehe..maknye panik..
Tidaklah stress dan Zahraa kata 'senang' je...
Sebelum balik, ustaz ada bertanya..'Zahraa nanti Pn nak sambung bacaan Quran dia atau mula dari surah al-Baqarah?..'
Dan 'hafazan pulak macam mana..?'
Hmmm...
Bacaan Quran Mama mintak ustaz sambung je dr mana yg Zahraa sedang baca...hafazan pula Mama kata boleh la ustaz mula dari awal, sebab Mama xpasti macam mana teknik hafazan seorang huffaz lakukan..
So, jgn la risau kalau ada yg kata kena interview..ianya hanya macam test yg simple utk lihat sedikit kebolehan akademik sja..
Salam...
Thanks for reading!
Thanks for reading!

Friday, 2 January 2015

2015.............Nak cakap pasal azam?!

Assalamualaikum..
Selamat tahun baru untuk semua..!

Walau bagaimanapun, tahun 2014 telah berlalu dengan 1001 dugaan dan cabaran untuk kita kan sebagai rakyat Malaysia..
Semoga dengan musibah, ujian atau apa sahaja yang berlaku pada tahun 2014 dapat lebih mematangkan pemikiran serta tindakan kita untuk tahun-tahun yang akan datang...

Biasanya masuk je tahun baru, orang akan bercakap pasal azam kan..heheh..
Memandangkan tahun 2015, anak sulong saya akan mula bersekolah dan memasuki darjah satu (ya Allah, cepatnya masa berlalu...rasa macam Zahraa baru berumur 4-5 tahun...)...jadi tahu-tahula...
mungkin akan lebih banyak cabaran untuk saya dari segi pengurusan masa menghantar, mengambil anak-anak dari tadika dan seklah rendah..dan juga jadual aktiviti sebelah malam..
Selain tu...bagaimana pulak dengan aktiviti hujung minggu? Nak bagi stay kat rumah sahaja tanpa aktiviti??
Saya rasa sy akan mencari enrichment class untuk hujung minggu dan focus sy sekarang adalah sukan-sukan sunnah seperti memanah, berenang..option lain mungkin sukan seni mempertahankan diri..tapi, apapun, sy akan biarkan bulan Januari ni untuk anak-anak dan sy sesuaikan diri dengan jadual persekolahan yang baru...

Azam??
Tentunya aktiviti di rumah pada waktu lepas persekolahan..
Biasanya masa yang sy ada adalah pada jam 6.00 petang ke atas..
Jadinya kalau nak beraktiviti pun rancangnya seperti aktiviti-aktiviti sensory play, aktiviti untuk meningkatkan fine motor atau apa-apa aktiviti bagi meransang otak kanan berbanding otak kiri memandangkan di sekolah anak-anak ini dah banyak guna otak kiri (mungkin..)

Untuk persediaan sy bagi mencapai azam sy...
1. Planner- dah ada. Ini sangat membantu sy untuk rancang apa yang sy nak buat..tapi, ni hanya plan, masa kejadian sy rasa penting juga kalau sy involvekan anak-anak untuk memilih apa aktiviti yang mereka prefer nak buat kan..

2. Resource book-hmm...sy kena brainstorm apa yang sy nak focus..
For now untuk Hamza dan Muadz-->pengenalan huruf-huruf hijaiyah..Muadz dah masuk Iqra` 1-akan teruskan aktiviti Quran Time setiap malam (Ya Allah, bantulah aku untuk beristiqamah dalam mendidik anak-anakku)
Untuk Arman-->sy akan fokuskan pada pengenalan siapa Pencipta, Nabi, Kitab ..dan resource untuk aktiviti sy gunakan buku 'Allah Loves Me'. Arman juga sukakan eksperimen, jadi aktiviti yang akan dibuat mungkin sy akan gunakan resource book ini sebagai panduan..'Science Experiments'
Untuk Zahraa--> malam mungkin masa untuk bertasmi' atau fokuskan pada Mental Maths..insyaAllah..Sains Zahraa akan bersama Arman untuk beraktiviti...

Ok..banyak dah tu azam...heheheh..

Doakan sy dapat istiqamah dalam beraktiviti...kalau ada yang tahu di mana ada kelas memanah yang berdekatan dengan seri kembangan boleh bagitahu sy ye..

Thanks for reading!