Nuffnang Ads

STIFIn; 10 Kunci Taklukan Feeling

10 KUNCI TAKLUKAN FEELING

Kalau DIA: 

Lebih suka menggunakan perasaan, hangat dan ramah, pencari keharmonian, ingin selalu memimpin, pandai empati, menghindari argumen, mudah dendam, emosional, kurang tegas, cenderung subjektif, maka dia orangnya FEELING. Taklukkan dia dgn 10 Kunci FEELING.

Ingat ya, kalau mahu hubungan kamu harmoni maka perlakukanlah dia sesuai dengan Mesin Kecerdasannya.

Sekarang saya huraikan 10 cara terbaik kamu dalam memahami dan berhadapan dengan orang FEELING.

Berikut tips-tipsnya...

1. Orang FEELING lebih menggunakan perasaan. Maka nyatakan perasaan kamu. Hargai perasaannya.

2. Orang FEELING mencari keharmonian. Jangan lakukan atau katakan apa-apa yang boleh merosakkan hubungan.

3. Orang FEELING selalu ingin memimpin, walaupun ketika itu dia tidak sedang dalam posisi itu. Maklum2 saja ya.

4. Orang FEELING mempertimbangkan sesuatu berdasar kasih sayang. Jadi buatlah dia sayang pada kamu.

5. Orang FEELING mengambil keputusan dengan mempertimbangkan akibatnya pada orang lain. Manfaatkan itu.

6. Orang FEELING hangat dan ramah pada setiap orang. Maka Anda juga harus bersikap hangat dan ramah padanya.

7. Orang FEELING pandai berempati, jadi ramai sahabatnya. Maka tunjukkan empati ketika dia menyampaikan curahan hatinya padamu.

8. Orang FEELING tidak suka bertegang urat. Jadi jangan memulakan pertengkaran dengannya. Jangan main2  dengan 'api' ya.

9. Orang FEELING mudah sakit hati dan pendendam. Jadi jangan sekali-kali kamu sakiti hatinya.

10. Orang FEELING kurang tegas menuntut hak. Jangan harap dia menyatakan haknya. Kamu yang harus sedar sendiri dan memahami apa mahunya.

Ya itulah dia 10 Kunci FEELING.

 Jom segera temukan apa Mesin Kecerdasan si DIA, jika ternyata dia orang FEELING, maka taklukkan DIA dengan 10 Kunci FEELING di atas.

TERUS PRAKTIKKAN YA!

Diterjemah dan diedit,
Siti Mashitah Sarif (Instinct)

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Keburukan (Pro & Cons) Hantar Anak ke Sekolah Agama / Tahfiz...

Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Andorra

Roadtrip ke Krabi bersama anak tanpa konvoi- 11 Tips dan Persediaan Penting [Part I]