Roadtrip Krabi-Elephant Trecking dan Makan!

Assalamualaikum sahabat,

Hari kedua di bumi Krabi ni. Pagi-pagi kasi chance anak main kolam hotel dulu. Pulau sudah, swimming pool pun sudah. Maka, mari kita ronda-rondi pekan Krabi.

Turun ke lobi hotel, ternampak Pusat Informasi berkaitan tempat menarik di sekitar Krabi. Meneliti beberapa offer, tertarik pada Elephant Safari! Van akan datang pick up di lobi hotel dalam jam 12 tengah hari. Jam sekarang masih awal, baru jam 9.30 pagi. Jadi, kita jalan-jalan area AoNang Beach lihat apa aktiviti masyarakat setempat.

Sebelum ke sampai ke Krabi, memang ada terbaca blog yang menulis tentang 'pancake' Thai yang mesti dicuba jika di sini. Rezeki kami jumpa satu kiosk di tepi jalan jual 'pancake' Thai tersebut. Apa lagi?Memang rasa nak cuba! Pancake ni ala-ala roti canai, tp dia punye marjerin mak aiii memang banyak..lebih dari satu sudu makan. Memang kalori tinggi 'pancake' ni. Antara best seller adalah 'banana nuttella pancake'. Cara dia buat boleh refer vlog kami di bawah. Amaran! Pancake ni memang high calorie content ya, dengan marjerinnya, dengan pisangnya, dengan nutellanya! Hihihi. Makan semasa masih panas mmg sedap dan rangup!


Rupa 'pancake' Thailand, aduhhhh nampak pun dah manis kan...

Dah habis makan pancake, kami ronda-ronda lihat gelagat orang tempatan, heheh..lihat pemandangan di sepanjang Pantai Noppharat Thara. Kemudian balik ke hotel untuk tunggu van datang ambil. Next destination, Elephant Safari!

Satu gajah dapat naik dalam 2-3 orang. Jadi kami ambil 2 ekor gajah untuk trecking ke hutan. Lama juga elephant trecking ni dalam sejam, sampai tertido kids. Duduk atas gajah seolah-olah dibuai-buai, dengan suasana tenang hutan, bunyi serangga dan unggas hutan memang boleh buatkan rasa mengantuk..hihihi. Pesanan, spray sikit mosquito repellent ya atau sticker mosquito repellent tu. Dalam hutan, tentunya ada nyamuk, hihi. Gajah-gajah ni makan 300kg sehari. Nampaklah banyak daun-daun pokok nanas yang dimakan. Dan orang tempatan memang kreatif. Macam-macam ukiran dapat dibuat dari gading gajah. Tapi minta maaf, kami tak beli sebab was-was boleh tak dipakai semasa solat.




Dah habis gajah, jom makan. Dah lapo ni. Mencari halal restoran, terjumpa Sakeereen Halal Food. Antara makanan yang kami cuba, tentunya tomyam, somtam. Suami pesan ayam bakar. Standard anak-anak order nasi putih dan telur goreng, hihihi. Tomyam kat sini memang mahal dalam 200 BHT untuk satu mangkuk. Tapi portion sizenya besar, boleh makan 2-3 orang.




Dah kenyang, kami sambung jalan-jalan ke pekan. Niatnya nak pegi cari nigtmarket. Nak lihat macam mana rupanya nightmarket di Thailand ni. Hanya guna waze, ditunjukkan kami ke area pekan. Tapi memandangkan masih awal, kami hanya pusing-pusing pekan. Ternampak satu restoran, Kopi Kita. Bunyinya macam Malaysia. Teruja kami nak singgah. Rupanya ownernya tetap orang Thailand. Yang penting kami nak cuba aiskrim durian kedai ni. Tengok iklan memang best, macam sedap. Bila rasaaaaaa.....sedap!sedap!sedap! Memang puas hati sangat-sangat sebab durian pun besar, siap dah buang biji. Arman pesan aiskrim mangga! Pun tidak mengecewakan..recommended guys!

Ok, dah panjang ni. Layan vlog dulu, nanti saya sambung..next ronda-ronda naik bot ya!


Lots of love,


Comments

Popular Posts