Roadtrip Krabi-Tips Penting

Assalamualaikum sahabat


Ada yang plan nak pergi bercuti ke Krabi?
Dan perlu bawa sekali anak-anak sebab takde orang nak jagakan?
Dan nak lebih adventerous dengan family naik kereta?

Boleh..boleh sangat..
Boleh sangat pergi bercuti dan bawa semua anak-anak kecil..bawa anak berjalan ni berkat sebenarnya. Mudah perjalanan dan lancar saja perjalanan kami dengan anak-anak. Alhamdulillah.
Kali ni kami pergi ke Krabi dan perjalanan bermula dari Selangor. Jumlah jarak keseluruhan dalam 700km++.
Sebenarnya ini adhoc plan kami masa cuti Raya Aidiladha baru-baru ni. Memang adhoc, plan 2 hari sebelum bertolak dan persediaan juga last minit. Pada mulanya saya memang hampir lupa wedding anniversary pada 01.09 yang juga jatuh pada hari raya. Dalam kepala dok fikir nak pergi bercuti sementara masih dalam unpaid leave ni :P Bertuah betul suami yang ingatkan!

Alhamdulillah, lepas bincang dan ambil kata putus, jom naik kereta ke Krabi..kami pun cuba booking hotel melalui www.agoda.com. Sebelum booking hotel, sempat suami tanya2kan kawan-kawan yang pernah buat roadtrip ke Krabi dengan kenderaan sendiri. Tak de lagi kawan-kawan yang roadtrip dengan family dan anak kecil ALONE..yang lain pergi dengan konvoi kenderaan lain. Risau jugak dalam hati kot2 apa-apa jadi nanti susah nak minta tolong. Kereta rosak ke, apa ke..kalau berkonvoi ada kawan-kawan lain boleh tolong. Tapi suami kata redah je, inshaaAllah okay. (padahal muka dia pun nampak cuak!) Ni memang sifat orang Feeling (STIFIn), last minit dan redah je.

Sempat juga kami buat bacaan dari blog-blog lain yang pernah pergi ke Krabi tentang persediaan apa yang perlu. Dari pengalaman kami, ini adalah senarai persediaan penting yang perlu sediakan sebelum ke Krabi dengan roadtrip bersama anak;

1. Mohon Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)
Persediaan paling penting. Dulu kalau masuk sempadan masih boleh pakai geran kenderaan biasa tu. Sekarang dah tak laku. Nanti tak lepas imigresen sempadan. Sejak 1 Jun 2016, JPJ dah tukar geran kenderaan kepada Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC). Mana nak mohon? Pegi JPJ la kawan. Petang sebelum bertolak esoknya baru kami sedar nak kena ada VOC ni. Maka pegilah cari UTC sebab JPJ masih buka lepas office hour sampai jam 9.30 malam kalau di UTC Sentul. Boleh semak dulu masa JPJ di UTC mana yang nak pegi. Mungkin berbeza waktu operasi.


 Sekejap je tunggu, tak lama pun. UTC ni sangat bermanfaat pada rakyat. Terima kasih PM untuk UTC 1Malaysia :P
 Ini borang yang perlu diisi. Perlu salinan fotostate kad pengenalan (IC). Bawalah siap-siap. Kalau tak bawa pun kedai fotostate ada dalam bangunan tu.
Ini dia rupa bentuk Sijil Pemilikan Kenderaan atau VOC ni. 

2. Passport pastikan lebih 6 bulan dari tamat tempoh 
Passport semua orang kena ada ye. Nak selamat pegi lah renew passport tu kalau tarikh tamat hampir sangat, kurang dari 6 bulan. Kalau tak lepas nanti menangis di bucu katil lah jawabnya. ;P Surat beranak anak-anak tak bawa pun tak apa. Hari tu kami bawa tapi tak guna pun. Saja standby apa-apa hal kan.

3. Alatan keselamatan kenderaan (tayar pancit ke, bateri habis ke)
Disebabkan bukan roadtrip berkonvoi, roadtrip bersendirian maka kami sediakan juga alat-alat bantuan kalau-kalau tayar pancit ke kan atau bateri kenderaan habis ke. saya pun tak reti nak sebut semua benda alah ni, bhahaha. Kaum lelaki pandai la sebut. Mencari juga steering lock tp sebab last minit punya pasal, kedai pun dah nak tutup, tak sempat nak beli. Sempat ke ACE Hardware di Cyberjaya untuk beli barang-barang kat bawah ni. Steering lock tak jumpa pulak yang berkenan di hati kat sini. Bertawakal travel tanpa steering lock. Kalau sempat beli, sila la beli steering lock ya. Bawa kenderaan ke negara asing ni kena hati-hati lebih juga. Lagi satu, ada kawan nasihatkan beli Dash Camera untuk pasang pada kenderaan. Penting jika berlaku accident (nauzubillah) dapat tahu siapa salah eh..eh bukan salah, tapi nak tahu punca. p/s Kami tak sempat beli Dash Camera dan Steering Lock.


Jangan lupa pulak plug universal tu- Travel Universal Adaptor. Yang ini ada USB port-mudah nak charge handphone. Saya memang bawa sebab nak masak dalam bilik hotel. Biasa travel memang bawa mini rice cooker untuk masak spaghetti untuk anak-anak. Anak ramai nak pegi kedai makan 3x-4x sehari memang memenatkan, jadi sy pilih untuk sediakan sarapan atau makan malam di bilik sahaja. Lunch mmg kat luar biasanya.

4. Aktifkan Roaming Data Internet (untuk guna Waze nanti)
Penting ye kalau travel roadtrip alone dengan family dan anak-anak sahaja. Internet penting sebab kadang nak cari info, nak guna Waze cari jalan sangat lah penting aktifkan roaming data tu. Dan juga kalau ada emergency nak call out atau call in dari Malaysia. Untuk Celcom, nak aktifkan data roaming tak susah pun.

5. Ubat anak
Dah bawa anak, keselamatan dan kesihatan anak memang jadi keutamaan kan.Arman memang ada asthma. Dan perlu pakai aerochamber bila perlu atau bila kena attack. Yang tu wajib bawa. Ubatan yang lain yang basic seperti ubat demam, ubat batuk, ubat cuci luka, plasters, vicks (baby blossom), minyak untuk elak kembung perut dan antibiotic (topical). Kami bawa juga mosquito repellent. Penting bawa minyak ubat untuk sapu kat perut anak untuk elak anak kembung perut dan meragam.

6. Bekalan makanan dalam kereta
Bawa roti paling mudah dan air kotak untuk anak. Perjalanan yang jauh dan mungkin tetiba anak bangun tidur nak alas perut dulu sebelum sampai ke destinasi tempat makan bolehlah makan roti dulu. Kalau nak bawa biskut pun boleh maka bersepahlah kereta ye. Kalau jenis tahap sabar tinggi nak tengok kereta bersepah, boleh lah bawa bekalan biskut, hihihi. Air kotak kami biasanya beli susu. Tapi hadkan kepada sekotak saja seorang. Tengok jenis budak juga. Ada yang tahan dengan susu ada yang jenis cepat nak buang kalau minum susu. Anak-anak saya alhamdulillah dengan susu okay, tapi bukan minuman berkultur, Tak pasal-pasal nak kena berhenti cari toilet sebab perut tak selesa nanti :) Paling bagus, bawa air kosong je banyak -banyak dalam kereta. Bekalan lain seperti kacang dan juga buah-buahan potong sangat bagus untuk alas perut dalam kereta. Tempat makan sepanjang di Krabi memang takde masalah. Banyak restoran makanan halal. Jadi jangan risau tentang nak cari tempat makan.

7. Buku aktiviti atau toys 
Yang ini untuk elak anak boring lama-lama dalam keta. Ada yang suka beri ipad or game untuk anak main dalam kereta. Terpulang kepada pilihan ibubapa. Kami tak beri ipad tapi beri anak tengok vcd terpilih beberapa ketika sahaja. Yang lain sila tengok keliling dan sepanjang perjalanan. Ada banyak benda nak ditunjuk. Perkampungan, pekan, transport yang special yang takde di Msia contohnya 'tuk tuk'..Perjalanan yang panjang ni sesuai juga buat buku aktiviti dalam kereta. So far tak merungut pulak budak-budak ni.

8. Telekung dan kompas 
Dalam bilik hotel memang takde arah tunjuk kiblat. Kalau tak bawa kompas pun sila lihat arah matahari terbit dan terbenam. Mudah Islam ni. Telekung perlu bawa la sebab bilik hotel memang tak disediakan. Kami download apps Iman.

9. Sunblock dan soothing gel
Sangat penting apply sunblock. Pilih yang tidak beri iritasi pada mata dan waterproof ya. Walaupun apply sunblock, kulit tetap terbakar tapi tidaklah teruk sangat. Cuma Hamza saja sebab memang dia sangat sangat sangat teruja main tengah-tengah laut :P Soothing gel contohnya aloevera gel tu sesuai untuk coolkan balik kulit yang terkena matahari. Lepas mandi laut, mandi semula dan apply soothing gel. Lagipun soothing gel aloevera bantu untuk hydrate dan lembapkan kembali kulit yang terbakar (sunburn) tadi.

10. Tukar duit RM ke TBHT
Kalau boleh tukar di Malaysia. Mudah. Tukar di Thailand nilainya kurang lagi dari tukar di Malaysia. Masa kami pergi nilai currency RM 1 = 7.4 TBHT. Tapi kalau tak sempat tukar, kat sana banyak je Money Changer :)

11. Thailand Insurans dan Dokumen Border (Arrival Card/ Departure Card)
Boleh ambil dan isi di RnR Gurun. Dalam perjalanan saya ternampak board ni di Shell RnR Gurun. Tapi hanya dibuka jam 8.00 pagi sampai jam 5.00 petang sahaja. Kami sampai di RnR Gurun jam 6.10 pagi, maka tak dapatlah ambil kat sini. Kami ambil dokumen ni di ChangLun. Percuma. Kalau tak larat tulis, boleh upah dia tulis RM 2.00 untuk satu kad. Dokumen atau kad putih ni perlu serah di Imigresen and Custom Sadao Thai (di Danok/Sempadan). Pastikan dia cop tempoh lawatan pada kad putih tu. Dia akan ambil arrival kad dan kad departure kita simpan dan serah semula masa kita keluar dari Thai nanti.


Lain-lain persediaan seperti selipar. Takperlu bawa sneakers atau kasut mahal kalau nak ke pulau. Tapi kalau korang nak buat photoshoot bagai, sila la bawa banyak :P
Pakaian mandi anak, gogglebeg kalis air (untuk bawa masa island hoping), sunglasss, beach hat dan beach toys bawalah secukup dan seadanya.

Itu dulu untuk part I- Persediaan untuk ke Krabi roadtrip bersama anak-anak..
Layan dulu vlog kami di sini. Ada 6 episod kesemuanya.
Episod 1...

Lots of love!


Comments

Popular Posts