Posts

Showing posts from March, 2015

Nuffnang Ads

Tak tertahan air mata...[PESAKIT ICU]

Image
Assalamualaikum sahabat...Sungguh...
Saya sangat sebak..
Tatkala melihat dan mendengar si ibu..
Cuba memanggil, mengingat kembali memori bersama anaknya ke telinga anaknya yang sedang koma kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya...
Saya tidak tahu bagaimana terjadinya kemalangan tersebut..
Tapi hati ibu ini tak tahan, terus menjadi sebak dan berlinang air mata apabila melihat si ibu bersungguh-sungguh bercerita pada si anak yang koma ini untuk meransang anaknya agar sedar..dan lebih sedar..'Adik kena kuat...adik nak balik kan....
Wah...wanginya adik...adik baru lepas mandi ke..adik pakai sabun apa...'
Anaknya yang koma..diam...sepi..Sampai situ sahaja saya dapat dengar dan terus keluar dari bilik rawatan ICU tersebut..
Terpaksa menahan air mata yang berlinang ini semasa menaip pelan pemakanan anaknya di dalam sistem berkomputer...Betapa kuat ibunya...
Tiada kedengaran bunyi sebak...
Mungkin ibunya juga tidak tahan menanggung kesedihan..tetapi dikuatkan hatinya demi tidak …

Bina rumah, bangunan...[RECYCLE ART IDEAS]

Image
Assalamualaikum sahabat...Banyak kalau google tentang recycle art ideas..
Kali ni masa kualiti Papa dan anak-anak syurga..
Papa nak Mama sediakan lasagna jadi Papa pun minta Mama sediakan kotak, gunting, tape, glue,ruler dan marker pen...Oklah Mama dah sediakan..
Beraktiviti la kamu semua ye!Mama masuk dapur untuk masak stok lasagna..
HeheheTaraaaaa....
Mama tak tahu apa yang berlaku...
Tapi anak-anak Mama turun ke dapur dan tak sabar nak tunjukkan hasil rumah yang dibina!
SubhanaAllah..cantik!
Hehe..Mama kurang arif bab-bab construction ni...Kata Zahraa...Hotel ZAM tu...Zahraa, Arman dan Muadz..masyaAllah!hi-five!hehehePapa kata ini sebagai permulaan jer..cewah..
InsyaAllah, akan dibina bangunan yang lebih sempurna seperti yang pernah Papa bina semasa Papa berusia belasan tahun..iaitu arca rumah di Terengganu dulu...InsyaAllah..Thank you Papa..

Main nenek-nenek....[OLD-SKOL GAME]

Image
Assalamualaikum sahabat...Pernah main kan game ni...
'Nenek nenek si bongkok tiga...
Siang mengantuk malam berjaga...
Mencari cucu di mana ada...
Nenek ku kahwin dengan anak raja...'Hahahaha...
Lagu ntah apa2 kan maksudnya...
Tapi permainan sangat best jika bermain bersama anak-anak syurga ini..Sedar atau tidak..
Permainan yang bermodus menutup mata..
Dan si nenek yang menutup mata perlu mendapatkan pegantinya dengan hanya berpandukan deria pendengaran (yang lain berteriak memanggil sini sana supaya si nenek datang kepada mereka) setelah deria penglihatan terhalang...Ermmm...
Tidak pernah terfikir, dengan bermain permainan ini, anak-anak dapat fokus pada deria pendengaran sahaja..it is a skill!a skill that need a child to focus, listen and search for a clue!Dan saya selitkan juga..
Inilah keadaan di mana jika mata kita rosak..
Dan juga pada insan istimewa yang Dia telah pilih untuk menjadi buta di dunia..Yang penting, we all had a great fun!!
Taking turns..
Patience..
And laug…

Science experiment!...[MAKING ROOTS]

Image
Assalamualaikum...Adaptasi dari buku 365 Science Activities, kami ingin melihat bagaimana si lobak merah menghasilkan akarnya...Dengan menggunakan lobak ( yang dibawa pulang dari Indonesia), kami mengikut arahan yang terdapat di dalam buku ini..Dapatkan sebatang lobak merah, potong sedikit di bahagian bawahnya...
Ambil 4 batang toothpick..cucuk pada lobak merah utk membolehkan ia disangkut pada permukaan jar..
Penuhkan 3/4 jar dengan air...
Rendam lobak merah seperti gambar di bawah....Pemerhatian dibuat sehingga hari ke-5...ermmm...sedikit frust kerana tidak membuahkan hasilnya...lobak merah itu lembik dan akhirnya membusuk..Akhirnya eksperimen ini tidak mendatangkan hasil seperti di dalam buku...Ermmm....
Di mana silapnya...
Mungkinkah air terlalu banyak?
Mungkinkah lobaknya bukan dari Malaysia..hehehe
Mungkinkah suhu tidak sesuai...Kita cuba lain kali ye sayang...
Kita cuba dengan potato nanti ye sayang...

I want to be an Astronout....[THE UNIVERSE]

Image
Assalamualaikum sahabat...Diberi kesempatan masa untuk belajar kembali tentang alam semesta dengan anak-anak syurga ini...
Alam semesta dan sains..sains dan Al-Quran..masing-masing adalah berkaitan kerana hanya berkongsi satu Pencipta..Kisah minggu ini dengan temanya The Universe!
Kami mulakan dengan membaca buku ini sebagai storytelling sebelum tidur...
Mengenal pakaian seorang angkasawan...
Mengenal berapakah planet yang ada di dalam alam semesta..( sebenarnya jumlah itu hanya Allah yang tahu.., mungkin jumlah yang NASA khabarkan tidak sama..)...
Mengenal nama-nama planet...Kemudian, kami kukuhkan lagi pengetahuan kami dengan melihat dan mendengar education video dari youtube..
(Alhamdulillah mama godek2 youtube ada jumpa video yang sesuai untuk anak-anak ini iaitu dari makemegenius.com...dan ada satu lagi yang bagus untuk anak-anak kecil iaitu badanamu school)Terus mama download supaya kita boleh revision nanti..hehehTeruja betul anak-anak ini melihat video dan merujuk buku agar m…

Bandung...[KILANG KOPI, TOKO JAMU DAN OUTLET BAJU ANAK-ANAK..]

Image
Assalamualaikum sahabat... Hari last di Bandung..
So far tak ada plan nak ke mana2..
Cuma #suamisyurga saya berhasrat untuk membeli baju anak-anak kami dan juga kopi Bandung..
Kami pun beritahu pada Pak Oman untuk bawa ke tempat or outlet khas untuk baju anak-anak..
Sebelum tu, kami berbincang apa nak diberi pada jiran-jiran dan sahabat terdekat..hehehe Cer teka apakah barang yang kami beli untuk jiran2? Hehehehe..
Kopi Bandung!!
Sedap tau air kopi panas kat sini...
Kopi yang telah digrind halus..
( tapi campur dengan susu pekatla..)
Pak Oman bawa kami ke kilang kopi yang agak glemer kat Bandung ni..
Seronok lerrr suami saya ni ha...
Sempat bergambar dengan taukey kilang dan lawat mesin kopi sebagainya... ini lah kopinya... kedai kopi ni unik kerana sekali dengan kilangnya..dan orang ramai datang beli kopi di kaunter seperti datang beli ubat sebab kopi ni tidak di edarkan di kedai-kedai runcit biasa..ramai sangat orang datang beratur ke sini..tatkala sampai je di kilang ni, bau aroma…

Bandung..[PASAR BARU DAN SAFARI WONDERS]

Image
Assalamualaikum sahabat... Mesti kena datang ke pasar baru ni...
Pasar ni dibuka seawal 9.00 pagi..kali ni hanya saya, ibu mentua dan adik ipar saja yang pergi sebab takut rumit pulak bawa anak kecil ke pasar..lagipun #suamisyurga saya tak berapa gemarkan tempat sesak2 katanya.. Semasa kami sampai, kedai baru dibuka..
Pak Oman sediakan pembantunya untuk bawa kami ke kedai yang harganya lebih murah dan tidak menipu harga..
Alhamdulillah.. Murah benor harga baju, telekung dan kain pasang kat sini..telekung tu yang agak terkejut..
Sy tidaklah memborong untuk menjual tetapi beli buat souvenir adik bradik jela..
Hehehe..
Tak sempat nak amek gambar kedai mana yang sy singgah sebab terkejar masa..bajet time shopping dalam 2 jam jer sebab nak ke Safari Wonders di Bagor pulak.. Ini kedai yang saya beli kain sulam pasang buat adik dan kakak-kakak saya..kedai ni berada pada tingkat 3..
Bayangkanlah pompuan jupe kedai baju tudung telekung dan lain2 macam dengan harga murah dan kalut memilih seb…

Bandung...[KAWAH PUTIH]

Image
Assalamualaikum sahabat...
Hari kedua kami plan nak melawat tempat menarik di sini..
Iaitu Kawah Putih!
Nampak tak kawah putih tu..tempat tinggalan kawasan bekas gunung berapi...
Anak-anak bertanya..'Mama...mana volcano???'...
Oh la sayang..kalau kawasan ini masih aktif mungkin kita x datang sini... Tetapi masih terdapat satu sudut yang masih mengeluarkan asap...panik jugak..hehe..
Yang lain hanyalah seperti tasik yang dipenuhi air putih berisi belerang..
My first photo dengan 4 anak..heheh..'Mommy of 4 munchkins' lah kunun ni..Muadz dengan gaya 'ninja turtle'.. Bau belerang nya sangat kuat, jika anda ada face mask sendiri bolehla bawa semasa melawat kawasan ini..jika tak ada pun, face mask ada dijual di sini..
Papan tanda kawah putih... Muadz memerhati di luar tingkap, kot2 ternampak monyet katanya...hahahaha Di sini ramai warga indonesia yang memberi khidmat mengambil gambar siap ( saiz 4R) dengan harga Rp 10,000/keping (RM2.80/sekeping)..
Cantik jugak gambar…

Bandung...yuhuu...[FAMILY VACAY DAY 1]

Image
Assalamualaikum sahabat..
Alhamdulillah diberi rezeki ke Bandung kali ni bersama keluarga..
Kebetulan maid balik kampung dan juga cuti sekolah selama seminggu..memula ingatkan cuti sekolah anak tak sama dengan sekolah kerajaan, tapi alhamdulillah sama..tiket pun kebetulan dah beli..
Jadi amek peluang ni untuk melancong.. Bandung? Kenapa Bandung..kenapa tak Jakarta...?hiiiii...shopping time!!
Eh, takla..takdela nak shopping sangat awalnya..cuma jika dibandingkan dengan Jakarta, khabarnya Jakarta agak sesak, traffic jam lebih teruk jadi nak ke satu tempat ke tempat yang lain akan memakan masa yang lama dan menambahkan pening kepala...
Berbanding dengan Bandung, cuacanya agak dingin (sejuk2 gitu), lebih tenang, orang-orangnya lebih sopan ( ini dapat info dari seorang Dr dari Jakarta yang kebetulan datang ke Malaysia untuk berkongsi tentang penggunaan produk bagi nutrition support bagi pesakit renal)
Kami memilih penerbangan AirAsia kali ni..awalnya nak cuba Malindo Air, tapi harga lebih…