Bandung..[PASAR BARU DAN SAFARI WONDERS]

Assalamualaikum sahabat...
Mesti kena datang ke pasar baru ni...
Pasar ni dibuka seawal 9.00 pagi..kali ni hanya saya, ibu mentua dan adik ipar saja yang pergi sebab takut rumit pulak bawa anak kecil ke pasar..lagipun #suamisyurga saya tak berapa gemarkan tempat sesak2 katanya..
Semasa kami sampai, kedai baru dibuka..
Pak Oman sediakan pembantunya untuk bawa kami ke kedai yang harganya lebih murah dan tidak menipu harga..
Alhamdulillah..
Murah benor harga baju, telekung dan kain pasang kat sini..telekung tu yang agak terkejut..
Sy tidaklah memborong untuk menjual tetapi beli buat souvenir adik bradik jela..
Hehehe..
Tak sempat nak amek gambar kedai mana yang sy singgah sebab terkejar masa..bajet time shopping dalam 2 jam jer sebab nak ke Safari Wonders di Bagor pulak..
Ini kedai yang saya beli kain sulam pasang buat adik dan kakak-kakak saya..kedai ni berada pada tingkat 3..

Bayangkanlah pompuan jupe kedai baju tudung telekung dan lain2 macam dengan harga murah dan kalut memilih sebab bajet masa..hahaha..sangat tak fun kan bershopping sambil kejar masa...
Tp ada baiknya...
Kalau tak makin banyak membeli jawabnya...hahahhaha
Selesai membeli belah barang2 di Pasar Baru ini, terus kami pulang ke hotel untuk saya siapkan anak2 pulak..
Thank you en #suamisyurga sebab tolong mandikan anak2..hehe..Mama cuma bantu siapkan beg diaper dan bekalan susu jer..
Kami bertolak dari hotel menuju ke Bagor dalam jam 12.00 tengahari...target untuk sampai di Safari Wonders dalam jam 3.00 petang, jika tidak mungkin tidak sempat..
Bagi hari biasa, Safari Wonders beroperasi sehingga jam 6.00 petang sahaja, tetapi pada hari minggu (Sabtu dan Ahad) akan ada Safari Night yang dibuka sehingga jam 11.00 malam..
Dalam mengejar masa, dengan keadaan perut lapar akhirnya Pak Oman singgah di sebuah restoran Bakso atas permintaan kami semua..saja-saja nak merasa makan mee bakso yang asli di sini..beberapa syarat juga telah kami pesan pada Pak Supir iaitu antaranya asalkan kedainya bersih dan muslim...pandai Pak Supir ni bawa kami ke kedai makan yang memangnya lebih bersih..
Inilah kedai mee bakso untuk makan tengahari kami pada hari ini...
Ini mee bakso special yang dipesan oleh suami saya..oh ya! kopi panas kat sebelah tu sangat sedap..kami berdua dah ketagih dah, hehehe
Dalam perjalanan, kami melalui kawasan ini yang dinamakan Gerindra..kawasan tanaman teh..
Terdapat sebuah masjid berkubah putih yang juga menjadi antara tempat tarikan pelancong..tapi kami tidak berkesempatan untuk singgah kerana mengejar masa ke Safari Wonders...

Safari Wonders!!!!
Oh my!!
Sy dan suami sangat kagum dengan kebersihan..keluasan..boleh kata memang sangat standard..layan gambar-gambar di bawah..
Memang sangat best..
Dan pastikan ianya menjadi antara tempat yang ingin dituju jika anda datang ke sini..
Dah nampak arca ini pada simpang jalan..Alhamdulillah..dah sampai!


Kami singgah untuk membeli carrot untuk di feed kepada haiwan2 di dalam zoo nanti...comel-comel carrotnye..rasa cam nak gigit makan jer! 


Beli tiket di kaunter dahulu... 


Dan hanya masuk dengan kenderaan anda!!
Can feed animals from your window!
Haiwan2 sangat dekat dengan anda..hati-hati semasa memberi makan, takut tergigit dek tangan kecil anak ini... 

Ini adalah Llama..aduii sampai kepala masuk ke dalam tingkap!! 
Siap dengan air dari air terjun, seolah-olah anda betul-betul berada di dalam hutan! 
Ini adalah camel..lapar camel ni...hehehe 
Hensem kan camel ni..heheh..haiwan-haiwan di sini juga sangat bersih..dan boleh dikatakan kurang berbau dari di zoo-zoo yang pernah saya lawati di Malaysia.. 
Wooo..wo......relax jer kitorang masuk ke dalam kawasan raja rimba ini...
kawasan ini gated dan hanya dibuka apabila ada kenderaan pelancong yang akan masuk..
dan amaran telah diberitahu agar tidak membuka tingkap kereta...
hehehheheh
ngeri jugak masa melewati kawasan ini.... 
Gerun melihat sang harimau berkeliaran..melihat badannya yang gagah berlari tu..seolah-olah mencari mangsa tak seperti sang singa yang hanya duduk...
kami semua mengunci tingkap dan suami saya sedikit berani membuka sedikit tingkap di bahagian atas hanya untuk mengambil gambar dengan lebih jelas kerana mobil pak supir ni tinted nya gelap..
sang harimau sangat dekat dengan kami......memang best!betul-betul rasa berada di dalam hutan! 
Banyak lagi haiwan lain yang dapat kami lihat pada jarak yang dekat..
kami berkejar masa untuk menyaksikan pertunjukaan dolphin pulak..tak sangka ada banyak tempat untuk pertunjukan, semasa kenderaan kami melewati banyak tempat lain seperti safari water theme park pun ada pertunjukan gajah dan ada lagi pertunjukan dari haiwan lain..ini bermakna tempat pertunjukan tidak hanya ada satu tempat sahaja yang khas mungkin kerana kawasan ini sangat luas...
gambar di atas menunjukkan show dari dolphin..
kagum dengan susunatur, host yang kemas dan professional betul-betul buat kami berasa bukan berada di Indonesia, seolah-olah berada di negara luar pulak..hehehe 
Hamza pun sronok! 
Ada juga kawasan ini..tapi rasanya buka pada night safari hujung minggu sahaja.. saat habis show dari dolphin tu, kawasan safari wonders Bagor ni dah nak tutup..
Alhamdulillah sempat round untuk lihat semua animals di sini..hanya tidak sempat untuk main di theme park, water theme park dan mungkin melihat haiwan reptilian..
InsyaAllah ada rezeki boleh dating lagi khas ke sini kerana masa nak exit ada pulak nampak satu hotel khas di safari wonders bagi sesiapa yang merancang untuk bermalam di sini.. 
Disebabkan kelewatan, Pak Oman (pak supir) tidak sempat untuk mengambil semula lesen memandu nya yang ditinggalkan di kaunter pendaftaran sebelum kenderaan kami masuk ke kawasan safari wonders kerana kaunter telah pun tutup...
Tapi Pak Oman sering bawa tetamu ke sini jadi katanya dia bias amek nanti..Alhamdulillah...

Comments

Popular Posts