Nuffnang Ads

Jatuh Basikal...[INILAH PENGALAMAN HIDUP]

Assalamualaikum sahabat maya semua...

Jatuh basikal?
Normal kan...perkara biasa apabila kita baru mengenal dan mengasah kemahiran berbasikal...
Anak kecil ni..akan cepat berputus asa kalau tidak terus diberi semangat...
Alahai anak...
Mama dan Papa bercerita bagaimana pengalaman Mama dan Papa ketika mula belajar menaiki basikal..
Dulu2..Mama tidak pernah merasa basikal 4 tayar..kerana tidak mampu..
Terus belajar basikal 2 tayar pada umur 7 atau 8 tahun..
Jatuh?
Selalu Mama jatuh..
Luka?
Banyak parut juga dilutut ni..
Tapi..kita tidak boleh berputus asa..
Orang yang putus asa, dia seolah-olah tidak percaya akan pertolongan dari Allah..
Allah protect kita, selalu la baca bismillah sebelum melakukan apa-apa duhai anak..

Mama rasa bersalah juga sebab tidak pakaikan knee pad pada awalnya...huuu..kita belajar dari kesilapan kali ni.. next time kita akan lebih bersedia insyaAllah..

Bila kakak Zahraa jatuh basikal dan ada sedikit luka, Arman dah mula rasa down untuk cuba basikal 2 tayar...it's ok, biarla Arman selesa dengan basikal 4 tayar, amekla sedikit masa lagi dan kita akan cuba pula basikal 2 tayar untuk lain hari..Arman mesti cuba..!!

Sekarang ni Mama tengah cari story macam mana nak beri semangat untuk Arman untuk mencuba basikal 2 tayar...hehe...

Jom Zahraa..bangun dan sama2 beri semangat pada Arman!

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Keburukan (Pro & Cons) Hantar Anak ke Sekolah Agama / Tahfiz...

Jamu kunyit oooooo jamu!

Nak bersalin di Hospital Pakar An Nur Bangi? Jom tengok budget...