Science experiment!...[MAKING ROOTS]

Assalamualaikum...

Adaptasi dari buku 365 Science Activities, kami ingin melihat bagaimana si lobak merah menghasilkan akarnya...

Dengan menggunakan lobak ( yang dibawa pulang dari Indonesia), kami mengikut arahan yang terdapat di dalam buku ini..

Dapatkan sebatang lobak merah, potong sedikit di bahagian bawahnya...
Ambil 4 batang toothpick..cucuk pada lobak merah utk membolehkan ia disangkut pada permukaan jar..
Penuhkan 3/4 jar dengan air...
Rendam lobak merah seperti gambar di bawah....

Pemerhatian dibuat sehingga hari ke-5...ermmm...sedikit frust kerana tidak membuahkan hasilnya...lobak merah itu lembik dan akhirnya membusuk..

Akhirnya eksperimen ini tidak mendatangkan hasil seperti di dalam buku...

Ermmm....
Di mana silapnya...
Mungkinkah air terlalu banyak?
Mungkinkah lobaknya bukan dari Malaysia..hehehe
Mungkinkah suhu tidak sesuai...

Kita cuba lain kali ye sayang...
Kita cuba dengan potato nanti ye sayang...

Comments

Popular Posts