Bandung...[KAWAH PUTIH]

Assalamualaikum sahabat...

Hari kedua kami plan nak melawat tempat menarik di sini..
Iaitu Kawah Putih!
Nampak tak kawah putih tu..tempat tinggalan kawasan bekas gunung berapi...
 
Anak-anak bertanya..'Mama...mana volcano???'...
Oh la sayang..kalau kawasan ini masih aktif mungkin kita x datang sini...
Tetapi masih terdapat satu sudut yang masih mengeluarkan asap...panik jugak..hehe..
Yang lain hanyalah seperti tasik yang dipenuhi air putih berisi belerang..
My first photo dengan 4 anak..heheh..'Mommy of 4 munchkins' lah kunun ni..Muadz dengan gaya 'ninja turtle'..
 
Bau belerang nya sangat kuat, jika anda ada face mask sendiri bolehla bawa semasa melawat kawasan ini..jika tak ada pun, face mask ada dijual di sini..
Papan tanda kawah putih...
 
Muadz memerhati di luar tingkap, kot2 ternampak monyet katanya...hahahaha
Di sini ramai warga indonesia yang memberi khidmat mengambil gambar siap ( saiz 4R) dengan harga Rp 10,000/keping (RM2.80/sekeping)..
Cantik jugak gambarnya..tapi kami hanya pakai kamera hp je..hehehehe
Perjalanan dari hotel kami ke kawasan Kawah Putih ini mengambil masa lebih kurang 2 jam sehala...
Kawasan menuju ke kawasan ini akan melalui bukit ala2 Cameron Highland sebab ada juga kawasan menjual dan memetik strawberri...
 Siap kena lalu tol..ni lah rupa tol di Indonesia...
Kawasan ini juga lebih sejuk..so sediakan lah baju anak2 yang lebih tebal...
Dalam perjalanan pulang kami singgah untuk makan tengahari di kedai ini..
Damainya kawasan ini dengan berlatarbelakangkan bukit dan kawasan tanaman strawberi..tambahan pulak restoran ini konsepnya ala2 bali dengan dipasang muzik alunan ala2 bali...series damai sangat rasa...
Ini makanan yang kami order..
Sedap satay dan nasinya yang dimasak dengan telur rebus dan ala2 rempah..
Sambalnya dan air teh herba tu memang complementary boleh katakan di setiap kedai makan yang kami berhenti ada disediakan secara percuma..
Anak-anak sedang memerhati labah-labah dan spider web di atas atap tempat makan ini... 
Perjalanan pulang Pak Supir bawa kami ke jalan Cibaduyut yang terkenal dengan barangan kulit..kasut kulit besar adalah antara arca/ symbol barangan kulit di sini..
Terdapat banyak kasut kulit, jaket kulit dan sebagainya dengan harga yang berpatutan...tapi saya tidakla membeli kerana tidak berapa minat dengan barangan kulit (kecuali handbag), hanya suka-suka melihat.. 

Comments

Popular Posts