Mini Petting Zoo...[LIHAT, SENTUH DAN BERFIKIR]

Assalamualaikum sahabat...

Kebetulan di IOI Galleria Sierra ada open day untuk show room..
Untuk menarik perhatian  ramai ke show room tersebut, mereka adakan satu mini petting zoo dan poney ride..
It's for free!
Alhamdulillah rezeki cuti sekolah untuk anak-anak syurga ini...😉

Malamnya, Mama sudah berjanji dengan anak-anak syurga ini untuk sama-sama ke petting zoo..
Jadi,  bangun pagi je dan paling awal adalah Arman ( seorang yang sukakan haiwan dan alam sekitar-naturalist intelligence?insyaAllah) dan soalan pertama yang ditanya...
'Mama,kita nak pergi petting zoo kan Mama...'

Kakak dan adik-adik masih lagi tidur..
Semangatnya kamu ni Arman..

Terus bangun dan teman Mama siapkan sarapan di dapur..
....
....
....
Seusai sarapan lebih kurang jam 8.30 pagi semuanya bersiap2 untuk ke petting zoo..
Cuaca panas, jadi kita sediakan air secukupnya termasuk air yang mengandungi galian!yeay!

Huh!pergi jalan2 tanpa Papa memang 'gigih' la..
Hamza pastinya dalam seaternye...
Armam dan Kakak di seat masing2, begitu juga Muadz..
.....
Inilah mini petting zoo nye..
Terdapat ular...
Dari saiz yang paling kecil sehingga saiz yang agak besar..
Iguana..yang boleh bertukar warna mengikut persekitaran..( pada masa itu iguana berwarna orange kerana kesan cahaya dan warna khemah)...
Rabbit!
White Sugar Glider! (Okay,ini Zahraa yang bagitau Mama nama binatang ini..oh..!sungguh Mama tak tahu, thank you Kakak!..)
Hedgehock! (Mulanya Mama ingat small porcupine..hahhaha..maklumla xpernah tengok, tapi Zahraa yang betulkan Mama..ops!)
Arman...lebih banyak memerhati begitu juga Muadz..
Tapi..bila masuk dalam kereta...ada pulak soalan..
Sempat mereka melihat ular2 itu menjelir lidah sepantas kilat!
Mama minta perhatikan betul-betul keadaan lidah tersebut yang bercabang!

Yes!Nampak!nampak!
Tapi kenapa...

Semua soalan berbentuk alami akan berbalik kepada kehendak Dia dan kekuasaanNya..
Apa yang boleh kita buat, rujuk apakah fungsi lidahnya yang bercabang dan itu juga adalah kehendakNya..

Hamza...dapat jugak naik poney seround..heheh..first time Hamza naik poney yang dipegang oleh penjaga poney itu..
Surprisingly, dia tak nangis pun!
Tidak dilupa mencuci tangan menggunakan hand sanitizer, bagi mengelakkan jangkitan kuman dari haiwan2 ini...
Jaga kebersihan kan separuh dari iman anak2..!

Comments

Post a Comment

Popular Posts