Bandung...yuhuu...[FAMILY VACAY DAY 1]

Assalamualaikum sahabat..

Alhamdulillah diberi rezeki ke Bandung kali ni bersama keluarga..
Kebetulan maid balik kampung dan juga cuti sekolah selama seminggu..memula ingatkan cuti sekolah anak tak sama dengan sekolah kerajaan, tapi alhamdulillah sama..tiket pun kebetulan dah beli..

Jadi amek peluang ni untuk melancong..
Bandung? Kenapa Bandung..kenapa tak Jakarta...?hiiiii...shopping time!!

Eh, takla..takdela nak shopping sangat awalnya..cuma jika dibandingkan dengan Jakarta, khabarnya Jakarta agak sesak, traffic jam lebih teruk jadi nak ke satu tempat ke tempat yang lain akan memakan masa yang lama dan menambahkan pening kepala...

Berbanding dengan Bandung, cuacanya agak dingin (sejuk2 gitu), lebih tenang, orang-orangnya lebih sopan ( ini dapat info dari seorang Dr dari Jakarta yang kebetulan datang ke Malaysia untuk berkongsi tentang penggunaan produk bagi nutrition support bagi pesakit renal)

Kami memilih penerbangan AirAsia kali ni..awalnya nak cuba Malindo Air, tapi harga lebih mahal..(hehe..pergi total 8 orang termasuk mak mentua dan adik ipar..)

Lain-lain persediaan sebelum ke Bandung yang kami buat antaranya;

-tukar matawang RM ke Rupiah di Malaysia (kerana harga jual beli lebih berbaloi2). Biasanya RM280= Rupiah 1 Juta!Berasa diri ini kayo la sekejap ye..pegang duit berjuta-juta!hehehehehe

-listkan tempat-tempat yang ingin dilawati..contohnya di Bandung, antara tempat menarik adalah Kawah Putih, Tangkuban Perahu...jika pergi bersama pakej (agen perlancongan) mungkin tak perlu listkan tempat..kali ni kami pergi sendiri2, tanpa agen sebab tak mahu terikat dengan masa..

-kalau nak shopping, banyak sangat outlet..jadi pilih2la..
Antaranya, The Summit, Pashion Outlet, Grandie Outlet, The Heritage Outlet, Jetset Outlet..
Di sini banyak baju2 original seperti Burberry, baju kanak-kanak Gap, Guess dan lain-lain jenama..harga memang lebih muraaaahhh dari di butik..
Dan..mungkin kalau datang ke sini..nak beli telekung atau kain pasang, jangan lupa mintak pak supir bawa ke Pasar Baru...sure rambang mataaaaaaaa

Oh ye, sebelum datang juga kalau dapat kontek nama pak supir dari awal, nanti lebih senang..diorang akan tunggu di airport dan sedia berkhidmat sebagai driver sepanjang percutian anda...

Semasa kami di sini, Pak Oman (pak supir) sentiasa standby di parkir hotel..ke mana saja kami nak pergi, Pak Oman akan bawa..heheh..betul2 rasa relax!

Kami sewa kereta bersama supir dengan harga lebih kurang 1 juta Rupiah/day (RM280/day)-untuk kereta jenis lebih kurang model Starex yang boleh muat 16 orang penumpang...so, gunakanlah mobil dan supirnya sebaik mungkin..hehehhehe

Jika bawa anak kecil..kalau masih nak gunakan stroller agak susah jugak di sini..tak banyak ramp dan bagi saya kurang friendly stroller/wheelchair..
Lebih baik gunakan carrier (bergantung kepada berat anak)...

Zahraa penuhi masa lapang (sementara menunggu boarding time) dengan menyelesaikan game word puzzle- bagus jugak game ni..
Alhamdulillah dah sampai, cuaca juga baik..

Ini lah airpot Bandara Husein Sastranegara Bandung..kecil comel je airportnya..

Hamza dan Muadz sedang bermain-main sementara Papa mengisi borang untuk pelepasan di bahagian Imigresen-alhamdulillah tidaklah begitu rumit prosesnya..

Vitamin Water- air pertama yang saya minum di sini..hehehehe

Setelah Pak Supir ambil kami di airport, Pak Supir bawa kami ke gedung ini sementara menunggu mobil nya di servis.. lagipun, ketika kami sampai dalam jam 7.40 pagi waktu Indonesia, masih belum check-in hotel, jadi jalan-jalan dulu di factory outlet ini..

Inilah Jus Alpukat!
Iaitu jus avocado yang dicampur dengan susu..minum ni je pun dah kenyang...datang sini mesti rasa minuman ini..sangat sangat sangat murah berbanding di Malaysia..harga di sini hanyalah RM 2.70 jika dibandingkan di Malaysia dalam RM 12.00/ gelas (yang saya pernah beli la..)

Lama juga menunggu mobil Pak Supir siap..
Sempat anak-anak syurga ini melihat 'tut' di sebatang pokok...

Geramnya tengok hiasan beca dan basikal yang super comel ini..
Ramai penjaja yang akan datang kepada anda di mana anda berada..
Melalui pembacaan di blog, jadinya saya tak berani nak membeli dari mereka ini kerana katanya sekali kita beli pada seorang penjaja, maka akan datang lebih ramai penjaja yang approach anda..hehehe
Jadi saya tengok jela..hahahahah

Yes! Mobil Pak Supir telah siap...
Dan kami dibawa berehat ke hotel yang telah ditempah lebih awal..
Inilah hotelnya...Ivory Hotel by Ayola 

Amboi Arman..tunjuk sign 'good' pulak ye..
Seronok betul la anak-anak syurga ini travelling...
Inilah biliknya..kami menempah Family Room..anak dah ramai dan dah besar...

Biliknya sangat luas, selesa dan facilities sangat baru..
Katil tu sangat best!

Setelah rehat..sempat anak-anak syurga ini tidur sekejap, dan dalam jam 3.30 petang Pak Supir bawakan kami ke kedai makan..
Inilah hidangan pertama kami di Bandung!
pheeeewwww...kebanyakkan makanan nya pedas-pedassss..
Sambal tu sangat sedap!!!
Setelah selesai makan-makan..Pak Supir mula bawa kami bersiar-siar di sekitar pekan Bandung dan juga ke tempat-tempat shopping yang popular..
Rumah ABG di atas menyediakan baju-baju souvenir Bandung..
Kedai-kedai di sini biasanya tutup jam 9.00 malam...
Ok..bersambung esok ya!

Comments

  1. wei syoknya...bila la dapat pi ni..
    jus alpukat kat wong solo bangi murah sikit la dr 12 rengget tu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts