Sharing input...[HYPNOPARENTING, ALPHA LEARNING, HOMESCHOOLING]

Assalamualaikum sahabat....

Ada yang hadir kursus hypnoparenting yang IPN anjurkan?
Jujurnya saya masa tu ada hal lain..memang tidak dapat hadir..
Tapi, Allah sayangkan sy..dihadirkan pada saya seorang hambaAllah yang sudi berkongsi intipati dari kursus tersebut..alhamdulillah..alhamdulillah..

Jadi, sebelum sy terlupa..sy tulis semula intipati dari kursus tersebut disini buat rujukan sahabat..maaf jika ayat tak cantik, hehehe..sy ni tak berapa pandai menulis..

Ini input yg dapat dari seminar hypnoparenting, alpha learning, homeschoolingy utk ibu yang bekerja (macam saya lerrr)

*Ajar anak hafal surah Al-Kahfi (dari ayat 1 hingga ayat 10)
Kesannya..Allah akan campakkan perasaan tidak suka dlm hati anak2 pada orang yang akan rosakkan anak kita. Kata sahabat saya, beruntung orang yang hadir kursus tersebut kerana Pn Lina Karim ada berkongsi pengalaman anaknya Darwisya tentang kesan hafazan ayat dari surah Al-Kahfi ini..

*Anak-anak sekarang telah dirutinkan dengan macam-macam kadang-kadang hanya kerana nak penuhkan ego ibubapa. Saya rasa, ibubapa harus betulkan niat dan fokus pada apa yang diinginkan. Jika disuapkan dengan sesuatu yang akan memberi manfaat pada hari akhirat, itu yang lebih penting..

*Hafalan ayat-ayat Al-Quran akan membuatkan hati anak menjadi terang dan dapat menadah ilmu-ilmu lain dengan lebih mudah

*Every child is born as a dreamer. Dengar semua cerita anak-anak apabila mereka bercerita atau bercakap, dan ibubapa kemudiaannya akan tambah input-input lain sebagai complementary cerita tersebut.. Mereka ini akan alter balik cerita itu berdasarkn info baru yg didengar atau ditambah oleh parents.
Sekiranya perlu, parents boleh betulkan any misconception dengan segera supaya input yang dapat itu adalah betul

*Bekalkan anak-anak dengan skill hidup yang pelbagai dan dinasihato agar tidak hanya bersandar pada ilmu berdasarkan buku teks sahaja..
Contoh skill yang boleh ditekankan adalah...skill public speaking, financial- (contoh waktu kecil anak bangsa cina sudah diajar tentang forex, tax)

*Akhbar zaman sekarang telah menjadi indication tentang apa kekurangan atau masalah yang bakal dihadapi oleh anak-anak kita pada masa hadapan-Contohnya, graduan muflis iaitu mungkin berpunca daripada kurang ilmu financial.

*Hidupkan skill-skill sunnah seperti menunggang kuda (meluruskan vertebra, simetri kerana kuda merupakan haiwan yang bijak dan beremosi. Sekiranya anak dapat menjadi penunggang kuda yanh bijak mengawal emosi kuda, kelak dia akan pandai or dapat mengawal emosi manusia yang mana sangat berguna semasa berdakwah)

*Jauhkn anak dari gadjet seperti tablet atau phone atau tv. Sekiranya perlu, off wifi bila berada hampir dengan anak.-saya tambah sikit, ibubapa pun kena off gadjet bila sampai di rumah, hehe..jangan biarkan anak lihat kita asyik dengan gadget je..peace!

*Jaga apa yang anak hidu, makan dan minum. Kanak-kanak akan menyerap 50% lebih drpd org dewasa dari segi bau..oleh itu jauhkan ridset atau asap rokok yang mempunyai bahan radikel bebas iaitu karsinogen.

*Beri anak hidu wangian alami. Contohnya aroma ros dapat tingkatkan kerohanian, perpermint dapat hilangkan rasa mengantuk (guna waktu anak malas belajar), aroma orange untuk fokus dan bagus bagi pada kanak-kanak autism.

*Wangian letak pada cuping telinga anak-anak. Sebenarnya waktu ambil wuduk, kita melakukan auriculotherapy (kalau tengok bentuk telinga, sama mcm bentuk janin pada 40 weeks, iaitu cuping telinga sebagai kepala baby. Banyakkan urutan pada cuping sebenarnya akan beri stimulation/ransangan pada bahagian otak)

*Elakkan beri anak-anak gula/ gula2 dalam kuantiti yang banyak. Walaupun kumpulan makanan dari karbohidrat bagus kerana ia dapat bekalkan tenaga, tetapi gula ringkas adalah tidak bagus kerana mempunyai kalori semata, tiada nutrien lain...

*Mulalah ajar anak bila-bila masa pun kerana ianya masih belum terlambat
Usah rasa sia-sia walaupun hanya dapat mengajar sejam sahaja. Ini kerana kadang-kadang sejam itu lebih berkualiti daripada seharian masa yang mereka habiskan di sekolah. Bagi anak-anak, masa kita bersama mereka adalah sangat penting berbanding apa yang ada.

*Pn Lina menerangkan tentang pygmalion effect iaitu apabila anak berasa boleh buat (atas dasar kesedaran sendiri) and galatea effect iaitu apabila anak berasa boleh lakukan ( atas dorongan orang sekeliling yang percaya akan anak boleh lakukan).
Kedua-dua approach di atas tetap akan menghasilkn 100% target. Oleh itu, pentingnya kita untuk beri motivasi pada anak bahawa mereka boleh lakukan. Kesan galatea juga sebenarnya lahir daripada teori pygmalion yang berterusan. Jom terus beri galakan kepada anak-anak syurga kita...

*Hypnoparenting adalah kaedah mendidik anak dengan menggunakan minda separuh sedar mereka iaitu juga dikenali sebagai pola asuhan tanpa paksaan. Anak-anak akan menurut kata seolah dipukau seperti ketika mereka separa sedar ( dalam keadaan mengantuk atau sebelum tidur)

*Sebenarnya semua ibu bapa ada ilmu tentang hypnosis contohnua pujuk anak yang baru jatuh untuk diberi hadiah  aiskrim jika berhenti menangis...hehe

*Hypnosis berkesan pada waktu anak berada dalam mood alpha (tenang) contohnya tidur sebelum nyenyak dan waktu terlalu asyik bermain...(waktu ini mood sangat tenang dan gembira)

*Perlu dekati anak-anak pada waktu ini dan beri kata positif (elakkan guna perkataan 'jangan', kerana subconsious mind akan cepat menyerap perkara yang negatif).

*Syarat utama ialah ibu bapa perlu tenang sebab tarikan energy ibu bapa kuat pada anak-anak
Ibubapa perlu guna intonasi yang betul dan lembut dan beritahu secara jelas tentang apa harapan dan perubahan yang kita harapkan untuk anak kita..

*Tidur dalam kelas merupakan pembelajaran terbaik😅
.hehehehe..Oh anak-anak Mama, dulu Mama selalu tidur dalam kelas hokey...!

*Terdapa 4 fasa di dalam mendidik anak-anak iaitu di antara umur 0-7 tahun; Perlu didik anak-anak dengan kasih sayang
Pada umur 8-12 tahun; perlu mula disiplin dengan tunjuk ajar
Pada umur 13-21 tahun; mendidik anak seperti rakan baik dan perlu beri banyak nasihat
Umur lebih dari 21 tahun; boleh berikan kebebasan tetapi perlu pastikan mereka agar selalu meminta pendapat dari ibu bapa...

Wallahu..
Semoga bermanfaat hendaknya..insyaAllah..

*terima kasih kepada rakan adik yang sudi berkongsi..

Comments

Popular Posts