I want to be an Astronout....[THE UNIVERSE]

Assalamualaikum sahabat...

Diberi kesempatan masa untuk belajar kembali tentang alam semesta dengan anak-anak syurga ini...
Alam semesta dan sains..sains dan Al-Quran..masing-masing adalah berkaitan kerana hanya berkongsi satu Pencipta..

Kisah minggu ini dengan temanya The Universe!
Kami mulakan dengan membaca buku ini sebagai storytelling sebelum tidur...
Mengenal pakaian seorang angkasawan...
Mengenal berapakah planet yang ada di dalam alam semesta..( sebenarnya jumlah itu hanya Allah yang tahu.., mungkin jumlah yang NASA khabarkan tidak sama..)...
Mengenal nama-nama planet...

Kemudian, kami kukuhkan lagi pengetahuan kami dengan melihat dan mendengar education video dari youtube..
(Alhamdulillah mama godek2 youtube ada jumpa video yang sesuai untuk anak-anak ini iaitu dari makemegenius.com...dan ada satu lagi yang bagus untuk anak-anak kecil iaitu badanamu school)

Terus mama download supaya kita boleh revision nanti..heheh

Teruja betul anak-anak ini melihat video dan merujuk buku agar maklumat yang diterima adalah selari...

Sampaila adik Muadz tertido..hehe..harap2 dapatlah dia mimpi berada di alam semesta...

Ok anak-anak!!
Kamu sedang teruja!
Mari kita teruskan keterujaan kamu dengan beraktiviti!
Tapi untuk malam ini, kita rehatlah dulu...
Kita akan mulakan projek solar system kita esoknya ye...

Esoknya...
Haruslah tidak sabar...
Kami mulakan dengan melukis gambar2 planet mengikut saiz dan warnanya..

Dimulakan dengan sang Matahari..kami letakkan sebuah pinggan kertas di tengah2...
Kemudian kami lukis orbit yang membolehkan planet2 ini berpusing mengelilingi sang Matahari..matahari adalah sebuah bintang paling besar dan sangat panas..

Planet paling hampir dengan matahari adalah Mercury...
Tiada makhluk yang tinggal di sana..kerana terlalu panas..

Diikuti dengan planet Venus..iaitu planet yang kedua terbesar...

Planet Bumi /Earth adalah planet yang ketiga dari matahari...cahaya matahari sampai ke bumi dalam masa 8-9 minit..Planet Bumi ini dipenuhi dengan air..dan juga gunung ganang..manusia tinggal di Bumi...sedikit keistimewaan bagi Bumi adalah Bulan yang mengelilingi Bumi dalam setiap 28-29 hari...

Planet ke-4 adalah planet Mars (Marikh)...
Juga dikenali sebagai planet merah kerana warnanya yang merah...

Orbit ke-5 diduduki oleh planet Jupiter atau dalam bahasa dikenali sebagai Musytari!Iaitu planet yang terbesar...
Terdapat Red Spot pada planet Jupiter ini...ada yang katakan ia sebagai Storm..ada juga yang katakan ianya adalah kelompok awan-awan...

Planet ke-6 adalah Saturn atau pun dalam bahasa adalah Zuhal..iaitu satu-satunya planet yang mempunyai Ring...sungguh unik planet ini berbanding planet-planet lain dan lebih mudah dikenali oleh 'ring' nya...

Planet ke-7 adalah Uranus...dan yang ke-8 atau paling jauh dari Matahari adalah Neptune...Neptune adalah planet yang lebih sejuk kerana jaraknya dari matahari adalah jauh...

Setelah melukis dan mewarnakan planet-planet ini, kami kemudian menggunting dan melekatkan planet-planet ini pada orbitnya...
(Belum sempat letak nama planet lagi)

Kemudian, kami sedia untuk tampal di dinding!!!
Oh ya!
Let us put some glitter effects on our space!
Sebagai mewakili stars!

Mama tuangkan glue dan tuangkan glitter...
Mixed them, kemudian dengan gunakan paintbrush, kami mula beri kesan glitter pada angkasa kami...

Arman tetiba tutup lampu...
Ok Mama..Ok Mama...kita tengok dia glitter tak..
Heheheh...
Aah..ada juga kesan glitter...kami gunakan glitter bewarna gold!!

Nanti kita sambung glitter dan letak nama planet, now time for lunch..
See you sooooooonnnn!!

Comments

Popular Posts