Monday, 29 September 2014

Main masak-masak.....Princess Zahraa

Salam readers...
Story pasal Zahraa, dia ni suka juga masuk ke dapur..tengok2 apa Mama buat..
Zahraa tak ada any feeding problem, dia makan je semua dan dia suka makan cupcakes, puding2, kuih2 melayu esp seri muka dan kuih lapis ( Mama tak pandai buatla sayang, nanti Mama belajar)..pendek kata semuala dia suka makan
Dan dia juga akan mengoffer diri untuk bantu Mama...
Mama pun rasa dengan melibatkan anak2 untuk menyediakan makanan sama2 adalah salah satu terapi bagi anak2 yang susah nak makan...Just get them involved..aktiviti penyediaan makanan bersama2 akan dapat bantu juga budak2 ni kenal pelbagai lagi jenis makanan kan, di samping kita dapat spend masa yang berkualiti dengan diorg...
Ni antara gambar2 Zahraa masa dia tolong Mama di dapur..
a) buat biskut dari roti gardenia
b) buat popiah
c) kacau telur utk puding, heh

PeNaNgan GrILLed ChiCKEn dAn IcE bLenDed CaRaMEL

Salam semua...
Macam mana sambutan Eidul Adha kali ini..
Yang penting, kalo ianya meriah, biarlah selari dengan ibadah kita ye...insyaAllah..
Ni sebab raya, cuti pulak Umai Kopitiam...
Dok pulak teringat makanan kat bawah ni...ni jelah dua benda paling sy suka sekali kat sini..
Memang kena penangan la...

 
Mai cuba sendiri la ye...
 
Thanks for reading! 



Farm in the City~ Petting Zoo; Anak2 teruja!

Salam readers...

Cuti sekolah baru berlalu kan..
Ke mana bawa anak-anak kali ni..??Saya ni tidaklah ke mana..annual cuti tinggal kurang dari 15 hari lagi..so kena jimat cuti..Papa pun sedikit busy lately..
Jadi Mama pun kena la amek cuti 1 hari..tapi walaupun 1 hari bercuti, Mama kena buat pilihan yang bijak tempat dituju!:D
Okay, dipendekkan cerita, ada sebuah petting zoo berhampiran je dengan rumah saya..kira kurang dari 5km lebih kurang..dah lama beroperasi cuma baru kali ni berkesempatan ke sana..
7 kanak-kanak riang...
 
Yuran masuk...RM25 untuk kanak-kanak dan RM30 untuk dewasa..kalau ada kad Popular Bookstore tu dapat la murah sikit...kanak-kanak jadi RM23 dan dewasa RM28...dan free untuk kanak-kanak yang tingginya kurang dari 90cm...
Adoi...kebetulan sepupu2 budak2 ni ada (anak abang), memang hmmmmmmmm...
Dan.....hari tu...hanya Mama dengan 7 orang kanak-kanak dibawah umur 12 tahun....mula-mula ingatkan susah untuk dikawal...tapi alhamdulillah, niat nak bagi budak2 seronok untuk dapat pengalaman baru, semua okay jer...
Konsepnya...kids sangat close dengan binatang2 di zoo ni..kecil je cuma sangat menarik bagi kanak-kanak yang pertama kali feed the animals..
Antara binatang2 yang ada..
Kura-kura...dan ada yang giant, dan pelbagai jenis kura-kura..kanak2 boleh ambil sayur dari 'uncle vege' (hihi, ni gelaran Arman sebut) dan feed kura-kura...boleh touch cengkerang kura-kura (keras gile kot)-Mama pun pertama kali sentuh cengkerang kura-kura ni...



 Hentian pertama: The Giant Tortoise!


Anak-anak berpeluang menyentuh binatang2 ni..puas hati diorang dapat lihat binatang ini dengan dekat...
 
Lepas tu ada la sekor dua buaya, ular.. tapi hanya boleh tengok dari cermin kaca..(bahaya kalau kanak2 yang feed, kan...)
Dan pertama kali jugak budak2 ni tengok ayam serama, hehe..ayam yang kakinya pendek tu, banyak je dalam kawasan 'mini zoo' ni..(rooster diorang pernah tengok dah rasanya sebelum ni..)
Oh, sebelum tu...boleh beri makan itik, burung dan jenis2 burung dalam tu termasuk burung merak yang cantik, cuma burung merak tak kembangkan sayapnya je..


 Sayang merak ni tak kembangkan sayapnya..
 Kalau ikutkan, budak2 ni nak taburkan dedak yang diberikan oleh seorang uncle ni, tapi dia dah pesan, 'no throw' mungkin taknak makanan tu bersepah, pastu burung2 ni pun akan terbang sana-sini kan..dan yang penting nak bagi peluang diorang feed dengan cara yang betul...
 Zahra in action..hehehe..
 Comel je ayam ni!
Berani juga si kecik Muadz ni...

White Swan yang sangat cantik!
Kemudian agak lama di sini....memberi makan ikan dalam kolam...banyak betul ikan dia..'Mama, fish ni hungry sangat ni, berebut2, sian kan....' hahahaah...memang asyik dok ulang amek makanan fish dan tabur dalam kolam (ada gak yang terus tuang sebekas makanan tu)..oh, makanan binatang2 ni dah termasuk dengan yuran masuk..so just ambik jela banyak mana kita nak bagi...


Dan next ada rabbit dan 'longkang fishing'...agaknya banyak benor orang datang dan feed rabbit2 ni sampai diorang pun tak larat nak makan sayur tu...
Dan ikan dalam longkang untuk aktiviti 'longkang fishing' ni sangatlah laju dan cepat elak bila kita nak tangkap...budak2 berpengalaman pegang fish net dan try untuk catch ikan2 tu...tapi sampai frust la susah jugak nak dapat...



Bersungguh-sungguh nak dapatkan sekor ikan...

Cubaan kakak pun tak menjadi sayang...
Oh ayam belanda!
Next stop, kami dapat lihat little poney dan ada aktiviti poney ride, RM7 per ride..ada jugak fox dan meerkat..
Kemudian beberapa jenis burung kakak tua dan budak2 ni sangat teruja dapat pegang little chick...sangat2 sampai tak nak balik (sebab kat situ tempat last singgah) dan yela, mana diorang pernah dan mungkin takde peluang nak pegang 'live' anak ayam ni kan..oklah anak...pegangla, dah 2 jam lebih pun kat sini :D

Muadz tengah tahan geli tangan...seronok dia anak ayam tu tak lari...:D
Zahraa dengan konfidennya...tapi bagitau Mama, geli!
Arman pun nak!

Dalam kawasan ini ada jugak tempat makan, jual minuman ringan..dan pesanan saya kalau nak datang, mungkin bawa tisu basah untuk lap tangan budak2 ni cepat2 (highly recommend kalau ada yang allergy or sangat sensitif) dan bawa air kosong..mungkin jugak sedikit snack kan..(saya tak bawa pun sebab sempat balik rumah)

Dan ada juga kedai souvenir..

Alhamdulillah, seronok tengok anak2 seronok..Arman, macam biasa, tak pernah puas kalau bab nature walk ni, memang taknak balik..
Sebabnya tak pergi bagi makan kura-kura giant tu...heheheh
Bolehlah datang ke tempat ni dengan anak-anak...

Thanks for reading!


Monday, 8 September 2014

Tatap wajah anak sebelum tidur......

Salam readers...
Antara aktiviti sy sebelum sy lelapkan mata ialah menatap wajah-wajah kesayangan sy sebelum tidur...
Sangat tenang perasaan tu bila menatap wajah2 mereka...
Yelah..sebagai ibu kadang2..kita tak dapat lari sifat tidak sabar...lalu kita tinggikan suara pada anak2 kecil yang belum pun matang fikirannya kan...YaAllah...ampunkanlah aku...sesungguhnya aku insan dan ibu yang lemah...kurniakanlah padaku kesabaran yang tinggi dalam mendidik anak-anakku wahai Tuhan yang Maha Mengasihi lagi Maha Penyayang...
Nilah wajah2 anak2 syurga sy...

Sunday, 7 September 2014

Bagaimana nak galakkan anak makan sayur?

Salam readers...
Harini just nak berkongsi satu cerita...
Saya dapat satu kes obesiti kanak-kanak..budak ni berumur 6 tahun berbangsa India..
Seperti biasa tugas sy menilai apakah corak pemakanan yang biasa diamalkan oleh pesakit sy di rumah mahupun di tadika..
Budak ni sangat petah bercakap, tembam!Geram jugak tgk kepetahan dia bercakap ni..he..gigi dia putih bersih dan tersusun cantik..tidak nampak tanda2 kerosakan gigi tandanya dia menjaga kebersihan mulut dan mungkin kurang makan makanan atau minuman yg manis2...
Walau bagaimanapun, sesi temubual antara sy dan ibunya tetap diteruskan, disusuli dengan temubual bersama pesakit sy ni...
Masalah yang sy dapat kesan...pesakit ni tidak makan sayur dan kononnya dia tidak sukakan sayur..
Dia makan terlalu laju dan suka makan di fast food restaurant 3-4x seminggu...
Hmmmmm
Hmmmmm
Hmmmmm
Sy pun tanya pada pesakit sy ni...
'Adik....adik....have you tried any sayur?....How it taste?', hehe..dengan membuat muka sedih...
Lepas tu..dia jawap sambil geleng kepala...
'No...i don't want...'...simple je jawapnya..sambil sengih2...
Sy pun balas senyuman dia tu...dan mula tengok jam di tangan...meal tghri akan sampai tak lama lagi..jadi ada peluang utk sy pujuk dia makan sayur...
Sementara tunggu meal sampai, sy pun mula la bercerita pasal sayur...
Hmmm...nak bercerita pasal sayur dengan budak2 yang belum matang fikirannya, tetapi boleh menerima apa yang kita ceritakan pada mereka mengikut akal logik mereka, jadi kita kena gunakan beberapa teknik kan...
Antaranya reverse psikologi....
Tp sy tak gunakan cara tu utk langkah awal..
Saya hanya menggunakan cerita2 positif sahaja..
Heheh...
Antaranya...
-'sayur ni....sebenarnya...veryyyyyy nice...very tasty....
And...see your teeth, u have veryyy nice and clean teeth..why don't u use them to chew sayurrrr...try it on!!then u'll know how strong ur teeth are!
Actually macam2 kita boleh buat cerita dengan budak2 ni..tp kena ikut keadaan dan persekitaran..
Kadang2 boleh gunakan karakter2 kartun kesukaan anak2 untuk katakan mereka sangat kuat kerana makan sayur...
Dan perlu diingatkan...penggunaan intonasi suara yang betul amatlah penting untuk jadikan cerita kita ni menarik dan mendapat perhatian kanak2 ini untuk terus dengar cerita kita...hehehe
Dan bersedialah untuk kita menjawap apa saja soalan anak2 berkenaan sayur yang kita ceritakan tadi...
Dan....yes..reverse psikologi biasanya akan lebih terkesan pada kanak2 ni..
Cthnya apabila kita tunjukkan gambar gigi rosak atau gambar kanak2 lain yang sedang baring sakit..yang tidak dpt bermain dan katakan inilah akibatnya jika kita x makan sayur, sebab tu mereka sakit, then mereka takde energy to fight sakit, mereka cepaaaattt tired...jadi, mereka akan lebih cepat terkesan kerana kanak2 di usia begini keseronokan mereka adalah pada saat mereka dapat bermain..jadi, bermain bg mereka amatlah penting..(ini berkesan pada anak sy, he)
Dan...masa yang ditunggu2 utk sy lihat apa kesannya penceritaan sy tadi pada anak kecil ini telah tiba dengan tibanya makanan tengahari kerana di akhir cerita td, sy tyakan 'nak cuba tak makan sayur ni...nanti adik jadi lebih strong tau..cepaaaatttt balik...cepaaaaat dapat main ngan kawan2....lepas tu jadi sihaaaaatttt sangat!'
Dengan muka yang sangat teruja...budak ni terus mengangguk2 kepalanya...
Sy pun suspen jugak..ntah sayur apa la yg sampai jap lagi..takut menunya sayur2 macam petola ke..labu air ke..susah jugak nak mintak budak cuba...lainla kalau sayur berdaun..
Biasanya saya akan mintak ibu mulakan dengan mencuba sayur jenis bayam..sebab sayur ni sangat lembut dan mudah dikunyah dan biasanya rasanya tidakla sepahit sayur sawi kan..
Oh!..makanan dah sampai...dan sayurnya adalah......sayur SAWI!!terdetik juga hati kecil sy ni....ermmm boleh ke tak anak kecil ni nak mencuba sayur sawi ni untuk percubaan pertama kali merasa makanan bernama sayur!!!
Hehehe...
Anak kecil ni mula makan..dan sy hanya memerhati dengan tersenyum...sy juga dapat melihat ibunya senyum sambil menggeleng kepala seolah-olah sudah tahu anaknya tak akan makan sayur ni...
Betul...a
Pada mulanya dia hanya makan kuah, ikan dan nasi sahaja...
Tiba2...dia kata..'this one?'sambil menunjuk pada daun sayur..
Terus saya mengangguk kepala dan berkata 'yes!yes!...try to eat....errr...this one!'...sambil sy menunjuk sehelai daun sawi dan anak kecil ni perlahan-lahan mengangkat daun sawi itu...dan melihat depan dan belakang sayur tu dengan muka yang tak berapa konfiden...aduhai anak kecil, buat sy tergelak kecil jugak, hihi..
Lepas tu perlahan-lahan dia masukkan ke dalam mulut dan kunyah perlahan lahan...
Saya dan ibu anak kecil ni hanya memerhati sahaja...
Terus saya tya bila nampak dia dh habis mengunyah...
'Nice right!???'
.......
.......
Dan anak kecil ni terus mengangguk2 kepala katanya...'ermmmm nice sayur!!'...
Terus dia mengambil dan memakan sayur di dalam tray makanan tu sehingga hanya tggal batang2 sayur saja...
Allahuakbar..terasa puas hati sangat hari ni..ibunya dengan seronoknya berkata...oh my god!doc...for the first time he ate sayur!he never wants to try at home...i cooked everything!
Hihi...mmg sy pun tumpang gembira...lepas tu sy just jawap...'erm...kids ni tula, mereka ni cara pujuk kena banyak story2 sikit..sebab mereka ni berimaginasi..'
'Ooo...itula...dulu susah mau suruh makan..'
kebetulan anak ini sebenarnya tiada feeding problem yang lain seperti susah makan pada awalnya, cuma dia xsuka makan sayur saja..
Tetapi sekiranya anak anda ada masalah susah nak makan makanan lain, pendekatan adalah sedikit berbeza...
Kesimpulannya...anak2 ini especially kanak2 lelaki, dia akan percaya akan apa yang kamu katakan atau ceritakan kepada mereka sekiranya dia rasa percaya pada kamu...bagaimana nak dptkan kepercayaan tu.......?
Tentunya...buatla diri kita dekat dengan mereka, berceritalah dengan mereka baik2...insyaAllah...
Sy sayangkan keja sy...