STIFIn; 10 Kunci Taklukan Thinking

10 KUNCI TAKLUKAN THINKING

Kalau DIA: 

Kuat pada pemikiran tapi lemah tentang perasaan, bergantung kepada logiknya fakta, tidak peka, berjarak dgn orang, percaya diri tinggi, tegas dan kritis, suka argumen, cenderung berpendirian teguh, suka data, pandai analisa, adil dan suka menetapkan objektif maka dia orangnya THINKING.

 Taklukkan dia dengan 10 Kunci THINKING berikut.

Ingat, kalau mahu hubungan yang harmoni maka fahami dan layanilah dia sesuai dengan Mesin Kecerdasannya.

Kali ini saya kongsikan 10 cara terbaik dalam memahami gaya orang THINKING.

Berikut tips-tipsnya:

1. Orang THINKING lebih menggunakan fikirannya. Jadi jangan selalu sangat bercakap tentang perasaan dengannya, nanti kamu rasa kecil hati.

2. Orang THINKING jenisnya kuat pendirian. Jadi jangan bertikam lidah dengannya, cukup tunjukkan data yang jelas dan tepat.

3. Orang THINKING selalu berfikir tentang sebab dan akibat. Jadi jika terpaksa menafikan sesuatu dengannya, tunjukkan kesan logik dari pendapatmu itu.

4. Orang THINKING menghargai sesuatu yang masuk akal. Jangan bercakap perkara-perkara khalayan, magik, dan semua yang seangkatan dengannya.

5. Orang THINKING adil & fokus pada objektifnya. Keputusannya murni berdasarkan data yang dia ada & jika berlaku 'argument' juga dia akan menggunakan logik akalnya, namun bukan mengambil kira unsur perasaan.

6. Orang THINKING kalau memberi pujian, sesuai keadaan saja, tidak lebih dan tidak kurang. Lakukan juga hal yang sama padanya. Tidak perlu berlebihan.

7. Orang THINKING terlihat tidak peka. Jadi jangan tersinggung kalau dia tidak cepat memahami perasaanmu.

8. Orang THINKING memiliki ketegasan menuntut hak. Jadi jangan terasa pelik. Itu termasuk sebagai keperluan pada fikirannya dan ia dianggap sopan dalam kamusnya.

9. Orang THINKING memandang kritis terhadap segala sesuatu. Semua perkara mahu difikirkannya. Semuanya jika boleh ingin diberikan komen agar sempurna. Jadi faham dan ikutlah saja.

10. Orang THINKING rasa percaya dirinya tinggi. Kamu boleh mengharapkan dia untuk menyiapkan banyak hal (khususnya pekerjaan).

Itulah dia 10 Kunci Taklukan orang THINKING.

Jom segera ketahui apa Mesin Kecerdasan si DIA, jika ternyata THINKING, maka taklukkan DIA dengan 10 Kunci THINKING diatas.

 TERUS PRAKTIKKAN YA!

Diterjemah dan diedit oleh,
Siti Mashitah Sarif (Instinct)

Comments

Popular Posts