Saturday, 28 December 2013

ShAriNg Infos~ SeMinAr Skin Ageing

Salam semua..
Hari ni meh nak buat sedikit sharing..Awal bulan haritu sy berkesempatan menghadiri sebuah seminar berkaitan 'skin ageing'...seminar ini merupakan kali pertama yang dianjurkan oleh UKM..
Menarik memang menarik sangat info2 nyer...

Ada banyak speaker..so sy akan catit secara ringkas point2 yang penting~ my key home message la ye..
1. Bermula dengan ceramah dari Bahagian Pengawalan Farmaseutikal, KKM..
-banyak sharing bagaimana sesuatu produk kosmetik itu didaftarkan, atau dibatalkan perlesenannya kerana mengandungi bahan-bahan yang tidak sepatutnya seperti hidroquinone, tretinoin, asid azelaik, merkuri dsb..
-untuk list produk yang telah ditarik balik atau dibatalkan, boleh layari laman website http://bpfk.gov.my
-kat situ memang dah dilistkan semua produk yang dah dibatalkan...
-sy dah print out dan edarkan pada rakan2 sekerja...untuk lebih lanjut sila ke sana ye..takperlu sy nak listkan kat sini..
-antara kesan buruk hidroquinone-memang akan beri impak putih pada kulit, namun sekiranya start develop dark mark pada kulit, ia memang tak boleh dibaiki/ reversible---so careful semasa membuat pembelian
-kemudian untuk merkuri, jika ibu mengandung memakai produk kosmetik yang mengandungi merkuri, kesannya bukan sekadar pada mommy, turut bagi kesan pada otak janin..so better check out!
-bahan se[erti tretinoin dan asid azelaik actually memang ada dijual dikaunter farmasi tetapi penggunaan nya perlulah hanya dengan preskripsi dari peg perubatan sebab ianya hanya perlu diguna dalam jangka masa tertentu sahaja..

2. Sharing kedua dari selebriti terkenal, Dato' Sarimah Ahmad...ala..pelakon yang jelita dalam madu tiga tu...
Dia sangat jelita...seyes sy cakap..
Walaupun umurnya mencecah 70 an sekarang, tetapi kecantikan kulit dan fizikalnya masih kekal..sebab tu beliau dipanggil untuk share apa rahsia awet mudanya..hehehe
-secara ringkasnya..beliau kata dia amalkan pengambilan ulan-ulaman sejak kecil lagi..(ituler stem cell sebenarnya...feveret ulam dia pegaga)
-selain tu, amalan senaman ringkas/regangan setelah bangun tido juga membantu
-oh yes...beliau akan bangun awal pagi paling lewat jam 5 pagi tau!!!arghhhh! nak nanges dengar sebab sy takkan bangun seawal tu..hehe..bukan setakat bangun jer..itu paling lewat dan mandi air sejuk lagi...x main la heater dan sebagainya...
-walaupun beliau takde spesifik masa tidur cthnya jam 10 dah tido, walaupun dia tido lambat, dia tetap akan bangun jam 3-4 pg atau sebelum jam 5..
-selain pada tu, amalan minum air zam-zam, dan supplement lain juga beliau amalkan...

So sape nak awet muda cam beliau, kenala start bangun awal dan mandi air sejuk..beliau juga ada keluarkan produk Primadona..boleh la cuba ye..

3. Sharing dari speaker ketiga ialah senaman-senaman awet muda..
Yang ini sy byk amek video...kalo nak video tu boleh pm sy, nanti sy share thru whatsapp pun boleh...kat sini xdptlah nak upload...sbb lum transfer data lagi..

4. Sharing dari Ust Norhafizah Musa..
Oh..insaf jugaklah..
Main point yang boleh sy katakan ialah..'Niat'..
Untuk awet muda dan kekal cantik..kita sepatutnya betulkan niat..apa niat kita untuk cantik dan awet muda..
-Niat yang betul adalah untuk cantik dan awet muda untuk suami dan orang-orang yang 'halal' dengan kita saja lihat...
-Bukannya cantik untuk dipertontonkan..
-Kalo niat betul, pakailah produk apa pun atau tak pakai produk pun kita akan kelihatan cantik..
-Kalo niat tak betul dari awal...pakailah produk murah ke, mahal ke..xkan nampak cantik sebab bukan dengan izinNya..

So, mari kita sama-sama betulkan niat kita ye mommy2 semua...untuk Suami, dan hanya untuk mereka yang 'halal' dengan kita sahaja..

5. Sharing dari pakar kulit, Dr Zalmy dari HKL..
Dr Zalmy ni kalau nak tau, dia seorang pakar kulit..kulit wajahnya memang sangat flawless..xde jeragat, jerawat atau masalah kulit..nama pun pakar kulit kan..
Sy pun salah seorang pesakit dia, heheh..tgh tahun ritu buat skin biopsy dengannya..
So sharing dari dia..
Ermmm...byk term2 medical gakla...
Point yang sy can share..we cannot stop ageing, atau reverse ageing..tapi kita boleh slow the ageing process..ataupun dipanggil ageing gracefully...cewah!
Macammana nak ageing gracefully..????
-kurangkan makanan berkarbohidrat..lebihkan makanan tinggi serat/fiber seperti sayur-sayuran dan buah-buahan
-minum air masak secukupnya untuk kelembapan kulit..
-senaman secara regular sebab dengan melakukan senaman akan keluarkan satu oil yang akan memberi kesan glowing pada kulit
-tidur dalam gelap..no dim light etc sebab nak allow DNA yang rosak akibat UV light semasa siang direpair semasa kita tidur...
-elakkan UV light esp di antara waktu 11 am hingga 4 pm..kerana UV light ketika tu sangat bahaya pada kulit
-apply SPF at least yang SPF 30 tu..actually skin protector tu patutnya di apply seawal umur 20 an lagi..

Okaylah..itu je yang sy ingat so far..actually sy ada catit tapi apa yang sy tulis ni setakat apa yang ada di minda sy ketika ini..anak tengah tidur, so bolehlah update blog..x sempat nak cari notebook hehehe.

Ok, hope beri manfaat pada semua..


Thursday, 26 December 2013

KiDs activiTy~ Wall Painting

Salam all..
Mungkin ada di antara kita yang tercari-cari apa lagi nak buat dengan anak-anak kita ye masa hujung minggu ke..hari cuti umum ker kan..or masa cuti skolah kan..atau pun kalau untuk mommy yang bekerja, time malam after solat tu kan..
Okay..meh saya share apa yang sy buat..tak la banyak...
Ini antara aktivitinya..wall painting!..hehe
Jimat tau...uols beli kertas mahjong..dan mula2 mommy lukis la apa yang anak2 suka..'in the garden', ' in the sea'..or apa2 la...lukis bersama anak-anak..





Then, lekatkan dekat dinding umah..kalau boleh pilih area yang ada tiles, senang nak cuci nanti..
kalo area yang dinding bercat, takut terconteng pulak kat dinding tu..
Macam kat ruma sy, kat kitchen je lah tempatnya..
Dah lekat...bagilah sorang satu paint brush..then start la painting!!
He..kenapa wall painting..?kenapa tak colour je dalam colouring book...?
Alaa...dah boring la kaler dalam buku..
Lagipun...salah satu cara untuk melatih kanak-kanak memegang pensil/pen atau paint brush dengan betul serta melatih otot halus tangan adalah dengan berdiri dan conteng ke dinding...sebab tu kadang2 kita tengok ramai kanak-kanak bermula dengan dengan pensil dan mula conteng kat semua dinding rumah...itu sebenarnya cara yang betul untuk melatih otot halus tangan mereka..
Okay uols!lets practice ya!

 

Monday, 23 December 2013

MoM & KidS QualiTy Time!!~ Natural Face Masker

Salam semua...
Ye..time rajin macam ginilah...mula la nak update banyak2..
Sebenaqnya memang byk pun benda nak share kan..mampu ngan tak mampu nak menaip kat Keyboard ni je la..tu dok paksa Mr Suami beli PC kat umah..cewah..

Ni nak share pasal apa aktivity yang boleh buat ngan anak-anak kat umah..sy ni kualiti masa ngan anak-anak opkoss la time malam lepas maghrib...jenuh jugak dok pikir apa nak buat...

Ni dapat idea dari salah satu buku yang beli masa kat Big Bad Wolf tu...
'Natural Face Masker'

Buku ni tajuk dia '100 Ways to Stay Young'
Untuk mak-mak sebenaqnya, heheh, tapi asal boleh apply sama-sama ngan anak, bolehlah kan..
Bahan-bahan untuk buat..sangat senang, pastu bila check, tak membahayakan langsung pun untuk kulit baby..

1 cawan Natural Yogurt (jangan guna yang ada flavour lak!kang semut mai jenuh pulak muka kena gigit, hehe)
1/2 cawan Oat
*Just mix 2 bahan-bahan ni sahaja...then sapu kat muka...

Owh..senang kan bahan-bahan..soothhhhhingggg gitu! Lagi-lagi yogurt tu baru bawa keluar dari peti sejuk..hehe

Budak-budak enjoy sangat!


Boleh try okkay!
Love kids so muchhhhh!



PeRsEdiaaN unTuk BerpAntang~ Part 2

Salam semua..
Setelah analisis apa yang kawan-kawan suggestkan dan buat sedikit survey..sy pun start buat preparation apa yang patut la..

1. Set Berpantang
Banyak kan set berpantang sekarang ni...bagi sy, nampak macam sama, tapi tak sama tau..Follow ur heart..suka yang mana..setiap yang ada dalam set tu ada kelebihan tersendiri. Cumanya, ada yang tidak lengkap dengan penerangan cara penggunaan (yang mana sangatlah penting okkay!)
Me, sy dah lama meng'usha' set berpantang dari B'hidan. Time jalan2 di Alamanda tempoh hari, kebetulan jatuh pada tarikh yang sangat cantik, so, booth B'hidan ni buatla promosi..tarikh haritu 11/12/13..(cantik kan..?)
So, bos booth tu bagi diskaun harga set dari RP RM 350.00 keeeee......RM 123.00 sahaja uolsss!!
Terkejut tak dengan harga yang runtuh merundum ni..
Niat asal hanya nak cari pilis, konon nak beli secara loose item saja la, bukan 1 set. Lagipun, pengalaman yang lepas, kalau beli 1 set, takpernah nak abiskan pil2 jamu dalam tu or air minum akar kayu yang memang terpaksa bayar untuk harga 1 set kan..
So, bila ada offer, belum decide lagi nak beli, still memikir apa kah benda yang terkandung dalam 1 set...kalau beli walau pun murah tapi tak makan still lagi membazir..
So..inilah apa yang ada dalam set..

 
Dapat sekali dengan box yang cantik tu..nanti sy snap pic dia kay..
Bila review apa yang ada, sy cukup berkenan sebab apa...
i) takde pil2 jamu yang berkapsul tu yang mana sy cukup x minat nak makan pil jamu...yang ada untuk menggantikan jamu dalam bentuk pil ialah Kacip Fatimah Emulsion (dalam bentuk liquid) which I prefer...ramuan dalam tu ada serapat, manjakani, kacip fatimah, gula, madu, xantham gum, air suling dan perasa strawberi..ermm..menarik kan..
ii) ada 7 produk semuanya...termasuklah..

-Gamat Jelly with Dates Extracts : I believe yang ni untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka dan kandungan kurma bagus untuk meransang penghasilan susu badan si ibu..
-Kacip Fatimah Emulsion-as i mention kat atas nuuuu
-Pilis Paste-untuk kurangkan sakit kepala dan pening
-Body Peeling Scrub- dia macam mandi lulur la..
-Tangas Herbs and Feminine Wash
-Body Contouring Lotion- ini yang disapu sebelum proses berbengkung
-Herbal Drink- untuk aktifkan kelenjar susu dan tingkatkan kecergasan

2. Mandian Herba
Cuma for me, sy nakkan lagi 1 benda iaitu mandian herba...so, untuk mandian herba, sy pilih TYT Mandian herba..murah jer..RM 6.90 di Manjaku baby center...lepas membeli ada jalan2 di satu kedai herba, jauh beza harganya, kedai tu jual RM 15.00 benda yang sama...
Inilah mandian herba TYT tu..sy beli 2 kotak terus...dari review, alhamdulillah ramai yang berpuas hati, senang nak uruskan...
 
Ini kandungan yang terdapat dalam mandian herba bersalin TYT
 
  3. Minyak ubat/telon untuk bayi kembung
Owh..bercakap pasal minyak untuk baby, dulu pengalaman memang guna minyak Yu Yi Cap Limau tu..tapi since minyak tu ada kontroversi dari segi halal dan haram, sy decide untuk tukar..lagipun, pengalaman memakai minyak tu, dia agak 'kuat' la untuk kulit baby, itu pendapat sy..
So, masa anak ke-2 lagi, Arman, sy diperkenalkan dengan minyak kayu putih ni..
 
Bau aromanya sangat best, tidak terlalu kuat dan lembut jugak untuk kulit baby, insyaAllah..alhamdulillah anak ke-2 dan ke-3 sy guna minyak ni..cuma kali ni, susah nak jumpa, dapat jumpa 1 je kat kedai herba..minyak ni memang dari Indonesia..so, sy back up jugak dengan minyak dari TYT yang ini..
 
Dapat RM 7.90 di kedai Manjaku baby centre tu..tapi ada tempat yang dapat RM 7 pun..

So, itu sahaja untuk Part 2 ye...hehehe
Stay tuned!

Tuesday, 17 December 2013

TiPs BerPantang seLepas BersALin~ Persediaan untuk Berpantang

Salam semua..
Alhamdulillah masih diberi peluang untuk beribadah...huhuhuhu

Okeh..kali ni nak story2 sikit pasal amalan berpantang selepas bersalin..
Kalo ikutkan,saya ni taklah berpantang macam orang lain, balik kampung, ada mak or nenek jaga..sy xde rezeki yang sebegitu since semua dah takde di dunia ni..jadi, kenalah berpantang sendirik..
Untuk orang yang kerja dibandar kan, macam susah jugak nak berpantang..jadi sebenarnya sy ni tak pernah berpantang dari anak pertama..heheh..alhamdulillah badan masih okay, tiada masalah dengan anak atau maknye..so far went soo well..dan sy percaya dah ramai ibu-ibu muda sekarang yang amalkan pantang sendirik hasil dari tanya pengalaman rakan2 sekerja dsb
Sampailah nak masuk anak ke-4 ni, terasa macam nak berpantang mengikut apa yang diamalkan oleh kawan2..
So..stadi punya stadi..adalah beberapa tips sy boleh share dari segi amalan berpantang..apa yang sy tulis ni mengikut logik akal dan hasil stadi sendirik je tau..yang mana sy rasa boleh beri benefit yes..sy akan cuba amalkan..Ini adalah catatan persediaan untuk berpantang kali ini..

1) Mengurut
Oh..ini semestinya...sebab apa..logiknya semasa seseorang wanita itu sakit bersalin, dia akan menggunakan kebanyakkan otot terutamanya di bahagian pangkal rahim dan ke bawah..otot-otot ini banyak digunakan semasa proses kelahiran bayi dari segi regangan dan sebagainya..
Urutan selepas bersalin sememangnya dikatakan dapat mengurangkan stress atau tekanan kepada si ibu..
Jadi,bila dah dekat2 nak bersalin tu, boleh cuba riki2 tukang urut yang boleh datang rumah sebagai back up..
Biasanya urutan selepas bersalin dijalankan selama 3 hari..ada yang tak semestinya mengurut directly on 2nd day tu..ada yang start mngurut 3 hari selepas hari ketujuh..bolehh..asalkan mengurut..
Untuk yang bersalin secara pembedahan pun, actually ada urutan selepas bersalin secara pembedahan. Tok bidan atau tukang urut yang bertauliah diorg akan tahu which area yang boleh touch and not..insyaAllah..so masa proses riki2 tu mestila kena cari tukang urut yang betul2 berpengalaman kay..
Dan urutan sebelum habis pantang dalam hari ke-40 juga dijalankan...kononya sebagai 'pelepas'..
(sy sendiri kurang pasti apa yang dimaksudkan dengan 'pelepas' tu)

2) Amalkan minum air rebusan daun inai dan daun sireh..
Ye, kalo ikutkan daun-daun ini memang banyak manfaat dari segi perubatan..dikatakan dua jenis daun ini dapat mempercepatkan penyembuhan luka dan bagi wajah naik seri.semasa berpantang kan ibu-ibu banyak kehilangan darah dan muka nampak pucat je, jadi air rebusan ni boleh lah naik seri wajah...cumanya, daun sireh bolehla sy cari kat Pasar Borong tapi daun inai mana pulak nak cari...hehehe

3) Sapu minyak Param atau kapur sireh + perahan limau nipis pada perut
Okay, ini amalan berpantang dari seorang teman..sy masih belum pernah cuba, insyaAllah akan cuba amalkan untuk kali ini..
Teman tu dia melahirkan secara pembedahan, jadi tak dapatlah nak memakai bengkung atau barut perut..jadi apa yang diamalkan untuk kempiskan perut dia hanyalah dengan menyapu minyak Param (sy juga belum jumpa di mana nak beli dan bagaiman rupa minyak param ni) dan juga campuran kapur sireh dengan perahan limau nipis di perut setiap hari selepas mandi...
Kalau tengokkan perut dia, memang sangat kempis..pakai kebaya pun tak nampak buncit..so bolehlah amalkan..
Kapur sireh sy dah beli di pasar borong.satu botol dalam RM 0.80 sahaja...

4) Bengkung
Amalan memakai bengkung ni pun memang bagus..dikatakan boleh mengetatkan otot perut dan rahim..dan sebaik-baiknya bengkung dipakai selepas mandi sebelum tiba waktu makan pagi (breakfast)..so at least si ibu boleh kawal pengambilan nasi tu..heheh. dan hendaklah dipakai sepanjang hari...
Cumanya kalo pada hari tu kita ada mengurut, pakai bengkung selepas proses mengurut..

5) Makan nasi panas sahaja dan tidak boleh 'menambah'
Oh..okay..pasal nasi panas sy tak berapa pasti  kenapa..tapi memang apa yang sy amalkan memang nasi yang nak dimakan tu mestilah nasi panas dan bukan nasi goreng panas..sebab nasi goreng boleh menggemukkan semula badan sy kerana kandungan kalorinya lebih tinggi berbanding nasi putih..hikhik
Dan juga apa reason kenapa tidak boleh 'menambah nasi' tu pn sy sangat tak pasti kenapa...

6) Air
Ada pendapat yang mengatakan jika minum air terlalu banyak, luka lambat pulih..so, amalan berpantang yang betul2 orang-orang dulu amalkan adalah minum air tak boleh lebih (unsure amount). Tapi for me, kalo ibu menyusu, air memang perlu dengan banyaknya untuk proses penghasilan susu badan..jadi amalan ini mungkin bercanggah dengan apa yang bakal sy amalkan..insyaAllah jika kita cukup ambil vitamin dan diet yang seimbang (ada sayur iaitu vit K untuk penyembuhan luka) insyaAllah luka cepat sembuh..

7) Lauk semasa berpantang..
Okay..untuk resipi post-natal diet, insyaAllah sy akan share and update day by day..stay tuned with me ya!
Bagi saya tak salah untuk amalkan sayur atau lauk-pauk seperti ayam, telur dan ikan..which i think sangat bagus dari segi kandungan dan kualiti protein...good for wound healing, good for iron status and baby's brain development..
Tapi saya agak hairan kenapa ada amalan berpantang yang hanya allow untuk amek ikan masin dan sayur sawi sahaja...tak boring ker??
Cumanya, let say sebelum anda bersalin, ada memang seorang yang allergi pada seafood esp ikan atau sesetengah ikan, atau anda memang tak boleh makan ayam sebab akan develop itchiness dsb, that only the reasons why u need to omit these food during confinement..
Untuk saya, dari anak pertama sampai anak ketiga memang sy tidak ada spesifik lauk pantang..
Tapi sy memang jenis yang tidak suka campur lauk esp darat dan laut..
Yang biasa sy buat ialah..ikan bilis goreng + halia + black pepper yang diblend halus dan ditumis serta sayur hijau. Black pepper adalah favourite sy..ia antara makanan yang boleh memberikan about 5-10% thermogenic effect kepada badan untuk bakar kalori. Tak salah nak campur dalam makanan semasa berpantang. Then, jangan lupa minum air masak banyak-banyak ye..
Lauk lain...sup ikan merah, ayam masak stim blackpepper dan ada beberapa lagi..
Next entry kita share ye..

Ok, need a nap jap...

Thanks for dropping by here!!


Sunday, 15 December 2013

BiG Bad Wolf~Book Sales!

Salam semua...selamat bercuti minggu...
Fuhh!fuhhh!...berhabukk la jugak blog I ni ye...
I admit la ye..mommy macam I ni huuuu....bila dah masuk 36 weeks tersangatlah malazz nak duduk depan lappy jer..
Nway..loads to update..
Cuma today nak story mory pasal Book Fair kegilaan ramai...Serigala Besar dan Jahat! ohohohoo..
X best langsung bila dimelayukan...heheh..Big Bad Wolf Book Sales!

Tis time apa yg I dengar diorg buat besar jugak, 24 hrs dari 6th-15th Dec 2013...
Bayangkan...24 hrs uolsss
So...I plan la with hubby kali ni nak bawa anak2 merasa what is book fair dan kununnya nak train diorg untuk sukakan pesta buku2 ni..
We choose odd hrs..malam before budak2 ni dipaksa tidur jam 8.30 malam..dah bagitahu yang 'kita akan pergi ke book fair yang besar..so, u need 'energy' and can choose whatever u wants'...mendengarkan perkataan 'whatever u wants' menyebabkan kedua-dua anak I, Zahraa dan Arman sangatlah bersemangat untuk bangun malam tu..so, diorg tidur jam 8.30 mlm dan bangun dengan sendirinya jam 12.30 mlm...
(Padahal papa waktu tu belum pun sampai rumah dari majlis ilmu di Bukit Jalil)
So, once bukak mata, they ask..'mama, kat sana ada tak buku itu...buku ini..bla..bla..bla..'
Hahahaha..semangat betul!
So, siap2..papa balik jam 1.00 pm then kami pun bertolak around 2 am with 2 kids...
Sampai kat parking, MasyaAllah..rakyat Msia ni suka betul book fair..don't they sleep??haiiyaaaa....parking pun banyak keta...

Since kami nak fokuskan buku development dan aktiviti kanak-kanak..so terus jer pergi ke children area..bahagian belakang tau...biasanya di belakang young adults books..

So, inilah hasilnya!
Murah sangat ker Big Bad Wolf ni....????

Yeeee...murah beb!...buku hard cover, uols boleh dapat less than RM10.00...bukan setakat hard cover, siap coloured pages lagik tau!

Antara tips I boleh share kalo uols nak pegi next time...
i) Choose area mana...kalo nak children..terus jer gi cari area tu...don't waste time untuk belek2 kat area lain, kalau tak uols takde masa nanti nak choose the best book
ii) Jangan lupa bawa beg troli, beg roda, atau apa2 yang boleh uols bw buku tu tanpa berat..walaupun uols boleh mintak kotak untuk letak buku2, tapi berattt nanti..hehe..
iii) Kalau nak bw budak2..samada diorg stay on stroller atau bw masa odd hrs..siang macam tak berapa sesuai, orang ramai, panasssss...
iv) Oh, ye..sila bawa minuman ye....heheh
v) Once nampak buku yang uols minat, amek dulu..jangan pikir lagi, takut kang bila patah balik dah takde...heheh, sebab nanti uols boleh sorting buku2 mana je yang korg nak beli kat sorting area (disediakan jugak)...
Sekian...heh
We were there from 2.30 am till Subuh la...6.10 am...tupun, ada lagi yang rasa tak sempat nak pilih..uwawawaaa..

 at 2 am pun ramai ye orangg...(muka budak bersemangat!)
 Pilih sendiri buku apa yang suka, tapi mama kena double tapisan yang mana sesuai to age, heheh
 Antara yang dipilih...
 Tertidur dalam perjalanan pulang....6.30 am...



Sukaaaa sangat buku2 ni...!!!Boleh beri idea apa aktiviti nak buat dengan kids at home!