TiPs BerPantang seLepas BersALin~ Persediaan untuk Berpantang

Salam semua..
Alhamdulillah masih diberi peluang untuk beribadah...huhuhuhu

Okeh..kali ni nak story2 sikit pasal amalan berpantang selepas bersalin..
Kalo ikutkan,saya ni taklah berpantang macam orang lain, balik kampung, ada mak or nenek jaga..sy xde rezeki yang sebegitu since semua dah takde di dunia ni..jadi, kenalah berpantang sendirik..
Untuk orang yang kerja dibandar kan, macam susah jugak nak berpantang..jadi sebenarnya sy ni tak pernah berpantang dari anak pertama..heheh..alhamdulillah badan masih okay, tiada masalah dengan anak atau maknye..so far went soo well..dan sy percaya dah ramai ibu-ibu muda sekarang yang amalkan pantang sendirik hasil dari tanya pengalaman rakan2 sekerja dsb
Sampailah nak masuk anak ke-4 ni, terasa macam nak berpantang mengikut apa yang diamalkan oleh kawan2..
So..stadi punya stadi..adalah beberapa tips sy boleh share dari segi amalan berpantang..apa yang sy tulis ni mengikut logik akal dan hasil stadi sendirik je tau..yang mana sy rasa boleh beri benefit yes..sy akan cuba amalkan..Ini adalah catatan persediaan untuk berpantang kali ini..

1) Mengurut
Oh..ini semestinya...sebab apa..logiknya semasa seseorang wanita itu sakit bersalin, dia akan menggunakan kebanyakkan otot terutamanya di bahagian pangkal rahim dan ke bawah..otot-otot ini banyak digunakan semasa proses kelahiran bayi dari segi regangan dan sebagainya..
Urutan selepas bersalin sememangnya dikatakan dapat mengurangkan stress atau tekanan kepada si ibu..
Jadi,bila dah dekat2 nak bersalin tu, boleh cuba riki2 tukang urut yang boleh datang rumah sebagai back up..
Biasanya urutan selepas bersalin dijalankan selama 3 hari..ada yang tak semestinya mengurut directly on 2nd day tu..ada yang start mngurut 3 hari selepas hari ketujuh..bolehh..asalkan mengurut..
Untuk yang bersalin secara pembedahan pun, actually ada urutan selepas bersalin secara pembedahan. Tok bidan atau tukang urut yang bertauliah diorg akan tahu which area yang boleh touch and not..insyaAllah..so masa proses riki2 tu mestila kena cari tukang urut yang betul2 berpengalaman kay..
Dan urutan sebelum habis pantang dalam hari ke-40 juga dijalankan...kononya sebagai 'pelepas'..
(sy sendiri kurang pasti apa yang dimaksudkan dengan 'pelepas' tu)

2) Amalkan minum air rebusan daun inai dan daun sireh..
Ye, kalo ikutkan daun-daun ini memang banyak manfaat dari segi perubatan..dikatakan dua jenis daun ini dapat mempercepatkan penyembuhan luka dan bagi wajah naik seri.semasa berpantang kan ibu-ibu banyak kehilangan darah dan muka nampak pucat je, jadi air rebusan ni boleh lah naik seri wajah...cumanya, daun sireh bolehla sy cari kat Pasar Borong tapi daun inai mana pulak nak cari...hehehe

3) Sapu minyak Param atau kapur sireh + perahan limau nipis pada perut
Okay, ini amalan berpantang dari seorang teman..sy masih belum pernah cuba, insyaAllah akan cuba amalkan untuk kali ini..
Teman tu dia melahirkan secara pembedahan, jadi tak dapatlah nak memakai bengkung atau barut perut..jadi apa yang diamalkan untuk kempiskan perut dia hanyalah dengan menyapu minyak Param (sy juga belum jumpa di mana nak beli dan bagaiman rupa minyak param ni) dan juga campuran kapur sireh dengan perahan limau nipis di perut setiap hari selepas mandi...
Kalau tengokkan perut dia, memang sangat kempis..pakai kebaya pun tak nampak buncit..so bolehlah amalkan..
Kapur sireh sy dah beli di pasar borong.satu botol dalam RM 0.80 sahaja...

4) Bengkung
Amalan memakai bengkung ni pun memang bagus..dikatakan boleh mengetatkan otot perut dan rahim..dan sebaik-baiknya bengkung dipakai selepas mandi sebelum tiba waktu makan pagi (breakfast)..so at least si ibu boleh kawal pengambilan nasi tu..heheh. dan hendaklah dipakai sepanjang hari...
Cumanya kalo pada hari tu kita ada mengurut, pakai bengkung selepas proses mengurut..

5) Makan nasi panas sahaja dan tidak boleh 'menambah'
Oh..okay..pasal nasi panas sy tak berapa pasti  kenapa..tapi memang apa yang sy amalkan memang nasi yang nak dimakan tu mestilah nasi panas dan bukan nasi goreng panas..sebab nasi goreng boleh menggemukkan semula badan sy kerana kandungan kalorinya lebih tinggi berbanding nasi putih..hikhik
Dan juga apa reason kenapa tidak boleh 'menambah nasi' tu pn sy sangat tak pasti kenapa...

6) Air
Ada pendapat yang mengatakan jika minum air terlalu banyak, luka lambat pulih..so, amalan berpantang yang betul2 orang-orang dulu amalkan adalah minum air tak boleh lebih (unsure amount). Tapi for me, kalo ibu menyusu, air memang perlu dengan banyaknya untuk proses penghasilan susu badan..jadi amalan ini mungkin bercanggah dengan apa yang bakal sy amalkan..insyaAllah jika kita cukup ambil vitamin dan diet yang seimbang (ada sayur iaitu vit K untuk penyembuhan luka) insyaAllah luka cepat sembuh..

7) Lauk semasa berpantang..
Okay..untuk resipi post-natal diet, insyaAllah sy akan share and update day by day..stay tuned with me ya!
Bagi saya tak salah untuk amalkan sayur atau lauk-pauk seperti ayam, telur dan ikan..which i think sangat bagus dari segi kandungan dan kualiti protein...good for wound healing, good for iron status and baby's brain development..
Tapi saya agak hairan kenapa ada amalan berpantang yang hanya allow untuk amek ikan masin dan sayur sawi sahaja...tak boring ker??
Cumanya, let say sebelum anda bersalin, ada memang seorang yang allergi pada seafood esp ikan atau sesetengah ikan, atau anda memang tak boleh makan ayam sebab akan develop itchiness dsb, that only the reasons why u need to omit these food during confinement..
Untuk saya, dari anak pertama sampai anak ketiga memang sy tidak ada spesifik lauk pantang..
Tapi sy memang jenis yang tidak suka campur lauk esp darat dan laut..
Yang biasa sy buat ialah..ikan bilis goreng + halia + black pepper yang diblend halus dan ditumis serta sayur hijau. Black pepper adalah favourite sy..ia antara makanan yang boleh memberikan about 5-10% thermogenic effect kepada badan untuk bakar kalori. Tak salah nak campur dalam makanan semasa berpantang. Then, jangan lupa minum air masak banyak-banyak ye..
Lauk lain...sup ikan merah, ayam masak stim blackpepper dan ada beberapa lagi..
Next entry kita share ye..

Ok, need a nap jap...

Thanks for dropping by here!!


Comments

  1. Heeee... betul-betul tradisional ni.
    Thanx for sharing.

    ReplyDelete
  2. very good info..thank your for sharing

    http://mohkitasihat.blogspot.com/2015/07/suami-luar-biasa-vs-isteri-luar-biasa.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts