PeRsEdiaaN unTuk BerpAntang~ Part 2

Salam semua..
Setelah analisis apa yang kawan-kawan suggestkan dan buat sedikit survey..sy pun start buat preparation apa yang patut la..

1. Set Berpantang
Banyak kan set berpantang sekarang ni...bagi sy, nampak macam sama, tapi tak sama tau..Follow ur heart..suka yang mana..setiap yang ada dalam set tu ada kelebihan tersendiri. Cumanya, ada yang tidak lengkap dengan penerangan cara penggunaan (yang mana sangatlah penting okkay!)
Me, sy dah lama meng'usha' set berpantang dari B'hidan. Time jalan2 di Alamanda tempoh hari, kebetulan jatuh pada tarikh yang sangat cantik, so, booth B'hidan ni buatla promosi..tarikh haritu 11/12/13..(cantik kan..?)
So, bos booth tu bagi diskaun harga set dari RP RM 350.00 keeeee......RM 123.00 sahaja uolsss!!
Terkejut tak dengan harga yang runtuh merundum ni..
Niat asal hanya nak cari pilis, konon nak beli secara loose item saja la, bukan 1 set. Lagipun, pengalaman yang lepas, kalau beli 1 set, takpernah nak abiskan pil2 jamu dalam tu or air minum akar kayu yang memang terpaksa bayar untuk harga 1 set kan..
So, bila ada offer, belum decide lagi nak beli, still memikir apa kah benda yang terkandung dalam 1 set...kalau beli walau pun murah tapi tak makan still lagi membazir..
So..inilah apa yang ada dalam set..

 
Dapat sekali dengan box yang cantik tu..nanti sy snap pic dia kay..
Bila review apa yang ada, sy cukup berkenan sebab apa...
i) takde pil2 jamu yang berkapsul tu yang mana sy cukup x minat nak makan pil jamu...yang ada untuk menggantikan jamu dalam bentuk pil ialah Kacip Fatimah Emulsion (dalam bentuk liquid) which I prefer...ramuan dalam tu ada serapat, manjakani, kacip fatimah, gula, madu, xantham gum, air suling dan perasa strawberi..ermm..menarik kan..
ii) ada 7 produk semuanya...termasuklah..

-Gamat Jelly with Dates Extracts : I believe yang ni untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka dan kandungan kurma bagus untuk meransang penghasilan susu badan si ibu..
-Kacip Fatimah Emulsion-as i mention kat atas nuuuu
-Pilis Paste-untuk kurangkan sakit kepala dan pening
-Body Peeling Scrub- dia macam mandi lulur la..
-Tangas Herbs and Feminine Wash
-Body Contouring Lotion- ini yang disapu sebelum proses berbengkung
-Herbal Drink- untuk aktifkan kelenjar susu dan tingkatkan kecergasan

2. Mandian Herba
Cuma for me, sy nakkan lagi 1 benda iaitu mandian herba...so, untuk mandian herba, sy pilih TYT Mandian herba..murah jer..RM 6.90 di Manjaku baby center...lepas membeli ada jalan2 di satu kedai herba, jauh beza harganya, kedai tu jual RM 15.00 benda yang sama...
Inilah mandian herba TYT tu..sy beli 2 kotak terus...dari review, alhamdulillah ramai yang berpuas hati, senang nak uruskan...
 
Ini kandungan yang terdapat dalam mandian herba bersalin TYT
 
  3. Minyak ubat/telon untuk bayi kembung
Owh..bercakap pasal minyak untuk baby, dulu pengalaman memang guna minyak Yu Yi Cap Limau tu..tapi since minyak tu ada kontroversi dari segi halal dan haram, sy decide untuk tukar..lagipun, pengalaman memakai minyak tu, dia agak 'kuat' la untuk kulit baby, itu pendapat sy..
So, masa anak ke-2 lagi, Arman, sy diperkenalkan dengan minyak kayu putih ni..
 
Bau aromanya sangat best, tidak terlalu kuat dan lembut jugak untuk kulit baby, insyaAllah..alhamdulillah anak ke-2 dan ke-3 sy guna minyak ni..cuma kali ni, susah nak jumpa, dapat jumpa 1 je kat kedai herba..minyak ni memang dari Indonesia..so, sy back up jugak dengan minyak dari TYT yang ini..
 
Dapat RM 7.90 di kedai Manjaku baby centre tu..tapi ada tempat yang dapat RM 7 pun..

So, itu sahaja untuk Part 2 ye...hehehe
Stay tuned!

Comments

Popular Posts