STIFIn; 10 Kunci Taklukan Instinct

10 KUNCI TAKLUKAN INSTINCT

Kalau DIA: 

Reaksinya spontan, serba boleh banyak perkara, suka membantu, generalis. Pencari kebahagiaan, ingin selalu terlibat, cepat beradaptasi, pola percakapannya pendek-pendek, berfikirnya 'simple', penghubung yang baik, maka dia INSTINCT.

 Taklukkan dgn 10 Kunci INSTINCT.

Ingat ya, kalau mahu yang harmoni maka fahami dan layanilah dia sesuai dengan Mesin Kecerdasannya.

Di sini akan dihuraikan 10 cara terbaik dalam melayani orang INSTINCT.

Tips-tipsnya seperti berikut:

1.Orang INSTINCT mudah bereaksi secara spontan. Dia cepat 'merespon'  kepada perintah. Termasuk cepat marah & cepat reda.

2. Orang INSTINCT 'multi-talented'. Dia boleh jadi pembantu terbaik dalam apa-apa hal. Apapun kelemahanmu, dia boleh melengkapinya.

3. Orang INSTINCT suka membantu. Temani dia dalam membantu sesama manusia, nanti dia akan lebih hormat padamu.

4 . Orang INSTINCT generalis atau suka yang bersifat umum. Perluaskan wawasan/impiannya, jangan paksa dia untuk jadi 'specialist'.

5. Orang INSTINCT adalah pencari kebahagiaan. Siapapun kamu, buatlah agar dia bahagia, dia akan menerimamu apa adanya.

6. Orang INSTINCT ingin selalu terlibat, jika tidak dia akan merasa tidak berguna. Maka libatkan dia dalam aktiviti-aktiviti.

7. Orang INSTINCT cepat beradaptasi. Ditengah-tengah perubahan (apapun) dia akan selalu boleh kamu harapkan.

8. Orang INSTINCT pola bicaranya pendek. Dia lurus. Jika dia tanyakan harga, jawablah berapa harganya. Jangan beri jawapan yang panjang-panjang, dia tidak suka. Jawab saja Ya atau Tidak.

9. Orang INSTINCT cara berfikirnya 'simple'. Jangan bercakap berpusing-pusing. Apalagi ditambah dengan bahasa yang tinggi-tinggi. 'Keep it simple', 'to the point' saja.

10. Orang INSTINCT adalah penghubung yang baik. Aksesnya luas. Manfaatkan dan bina jaringan bersamanya.


Itulah 10 Kunci Taklukan orang  INSTINCT.

Jom segera ketahui apa Mesin Kecerdasan si DIA, jika ternyata INSTINCT, maka taklukkan DIA dengan 10 Kunci INSTINCT diatas.

TERUS PRAKTIKKAN YA!

Diterjemah dan diedit oleh,
Siti Mashitah Sarif (Instinct)

Comments

Popular Posts