Posts

Showing posts from April, 2015

Nuffnang Ads

Kali ni langgar kereta orang...[RASMI DUIT GAJI APRIL]

Image
Assalamualaikum sahabat...Rasanya baru lepas kena langgar...
Kali ni saya pulak yang langgar orang..
Pagi tu..hari gaji org gomen..
Oh..bukan bekejar ke bank ok..
Saya cuma ingin sampai cepat ke pejabat sebab niat xnak lambat dah..sebab dah 2x lambat bulan ni..
Ala..lambat 2 minit je sebenarnya..Kejadian berlaku di jalan menuju ke Jln Tun Razak..
Ketika tu sy membuat potongan dari lorong kiri jalan ke lorong kanan..
Semua kereta memang tengah laju sebab belum traffic jam kan..
Tiba2..
Kereta Toyota Wish di hadapan saya berhenti..
Agak mengejut..
Dan saya yang berada di belakang juga boleh dikatakan rapat..
Sempat saya melihat kereta di belakang..
Alamak..rapatnya kereta belakang ni...
Jadi..sy tak jadi nak brake mengejut sebab risau saya dibump di belakang dan di hadapan..
Sedaya upaya sy tekan kan brake...Tapi...
'Bump!'
Luruh jantung..hanya boleh gelengkan kepala sahaja...
Saya tak terfikir pun pasal duit melayang..
Apa yang saya fikirkan...alamak suami saya berada di Sabah …

Membina blok..bercerita..sambil tasmik Surah Ad-Dhuha..[SEL SEL OTAK BERHUBUNGAN!?]

Image
Assalamualaikum sahabat...Kami membuat 3 perkara dalam masa yang sama!
Hahahaha...
Membina pokok ( katanya..) membina rumah Red Indian! (Katanya...) yang dikepung oleh askar...(katanya...)
Bersilih membaca surah Ad-Dhuha yang terpasang dari Mp4 Samsung Tab sejak 2 hari...dan semestinya malam ini bacaan Quran hanya melalui pendengaran dari audio sahaja..Ya..saya hanya pasang 1 surah dalam satu minggu..
Hanya ketika adik Hamza berada di rumah sepanjang hari, Mama putarkan 30 Juz Amma...Okla..Teruskan la anak-anak..
Mama hanya mampu melihat, mendengar, tersenyum.. ( sebenarnya malam ni tersangatla penat)
Hehehehe..

Car track!...[RECYCLE TISSUE ROLL]

Image
Assalamualaikum sahabat....Yuhuuuu!
Banyak sangat craft ideas dari tissue roll!
Kalau google sangat banyak..
Kali ni, mengadaptasi dari permainan hadiah dari uncle Long..
Kami gunakan tissue roll...
Hanya potong tissue roll menjadi dua..
Hanya menggunakan selotape dan lekatkan pada pintu..(mana-mana tempat yang sekata i.e dinding rumah juga boleh)
Then siap!!!Konsep sains yang berlaku di sini adalah graviti!
Semua jisim yang berada di permukaan bumi akan tertarik ke atas satu pusat daya yang dipanggil sebagai graviti!Mari kita cuba letakkan sebuah kereta di track ini...
Apa yang kita lihat?Kereta itu bergerak secara menurun kerana daya graviti menarik jisim (kereta) itu ke bawah iaitu graviti...Arman seperti biasa..paling teruja dengan aktiviti selain buku!heheheh
Tidak seperti kakak yang lebih sukakan kertas dan buku...