Nuffnang Ads

Kali ni langgar kereta orang...[RASMI DUIT GAJI APRIL]

Assalamualaikum sahabat...

Rasanya baru lepas kena langgar...
Kali ni saya pulak yang langgar orang..
Pagi tu..hari gaji org gomen..
Oh..bukan bekejar ke bank ok..
Saya cuma ingin sampai cepat ke pejabat sebab niat xnak lambat dah..sebab dah 2x lambat bulan ni..
Ala..lambat 2 minit je sebenarnya..

Kejadian berlaku di jalan menuju ke Jln Tun Razak..
Ketika tu sy membuat potongan dari lorong kiri jalan ke lorong kanan..
Semua kereta memang tengah laju sebab belum traffic jam kan..
Tiba2..
Kereta Toyota Wish di hadapan saya berhenti..
Agak mengejut..
Dan saya yang berada di belakang juga boleh dikatakan rapat..
Sempat saya melihat kereta di belakang..
Alamak..rapatnya kereta belakang ni...
Jadi..sy tak jadi nak brake mengejut sebab risau saya dibump di belakang dan di hadapan..
Sedaya upaya sy tekan kan brake...

Tapi...
'Bump!'
Luruh jantung..hanya boleh gelengkan kepala sahaja...
Saya tak terfikir pun pasal duit melayang..
Apa yang saya fikirkan...alamak suami saya berada di Sabah ketika ini...
Dan saya ada banyak hal nak diselesaikan di pejabat, jika kejadian ini mengambil masa yang lama..

Saya beri signal..
Dan turun dari kereta..
Sy lihat kereta di hadapan...erm..kemeknya tidaklah ketara..
Cuma masih perlu diketuk dan dispray..
Alhamdulillah..orangnya mulanya agak serius..sy sangat memahami situasi ini sebab sy juga pernah menjadi mangsa kereta yang dilanggar dari belakang..
Saya faham..
Dia akan berfikir akan selesaikan segera..
Dan dia akan tidak mempercayai sy walaupun sudah berjanji akan berjumpa di workshop pada petang hari selepas kerja..
Itula yang sy rasa seolah2 orang yang langgar belakang akan cuba melarikan diri..lagipun kereta itu juga masoh baru-belum cukup setahun jagung...bersalahnya saya rasa..
Tambah bersalah sebab dia terpaksa cancel kan trip balik ke kampung minggu itu...

Tapi tidakla saya melatah..
Undang2 tetap yang melanggar salah..
Petang itu selepas kerja kami jumpa seperti yang dijanjikan..

Tauke kedai buat estimation..katanya RM450...
Baik orangnya kerana juga concern dengan sy, dan kami bersetuju untuk tidak membuat laporan kerana sy akan dikenakan saman nanti..terima kasih..
Rezeki saya berjumpa dengan orang yang boleh dipercayai dan mempercayai sy..

Semoga keretanya cepat dibaiki dengan kemas dan tiada kecacatan yang nampak..

Sy terima ini sebagai kafarah atas sesuatu kerana ia datang pelbagai bentuk..
Allah sayangkan sy..

Comments

  1. Bersabar lah sis.... dugaan tu... insyaAllah nanti pasti ada hikmah...
    salam kenal ya..kak follow sni:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq atie...amen insyaAllah...salam perkenalan juge..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kebaikan Keburukan (Pro & Cons) Hantar Anak ke Sekolah Agama / Tahfiz...

Jamu kunyit oooooo jamu!

Nak bersalin di Hospital Pakar An Nur Bangi? Jom tengok budget...