Saturday, 28 December 2013

ShAriNg Infos~ SeMinAr Skin Ageing

Salam semua..
Hari ni meh nak buat sedikit sharing..Awal bulan haritu sy berkesempatan menghadiri sebuah seminar berkaitan 'skin ageing'...seminar ini merupakan kali pertama yang dianjurkan oleh UKM..
Menarik memang menarik sangat info2 nyer...

Ada banyak speaker..so sy akan catit secara ringkas point2 yang penting~ my key home message la ye..
1. Bermula dengan ceramah dari Bahagian Pengawalan Farmaseutikal, KKM..
-banyak sharing bagaimana sesuatu produk kosmetik itu didaftarkan, atau dibatalkan perlesenannya kerana mengandungi bahan-bahan yang tidak sepatutnya seperti hidroquinone, tretinoin, asid azelaik, merkuri dsb..
-untuk list produk yang telah ditarik balik atau dibatalkan, boleh layari laman website http://bpfk.gov.my
-kat situ memang dah dilistkan semua produk yang dah dibatalkan...
-sy dah print out dan edarkan pada rakan2 sekerja...untuk lebih lanjut sila ke sana ye..takperlu sy nak listkan kat sini..
-antara kesan buruk hidroquinone-memang akan beri impak putih pada kulit, namun sekiranya start develop dark mark pada kulit, ia memang tak boleh dibaiki/ reversible---so careful semasa membuat pembelian
-kemudian untuk merkuri, jika ibu mengandung memakai produk kosmetik yang mengandungi merkuri, kesannya bukan sekadar pada mommy, turut bagi kesan pada otak janin..so better check out!
-bahan se[erti tretinoin dan asid azelaik actually memang ada dijual dikaunter farmasi tetapi penggunaan nya perlulah hanya dengan preskripsi dari peg perubatan sebab ianya hanya perlu diguna dalam jangka masa tertentu sahaja..

2. Sharing kedua dari selebriti terkenal, Dato' Sarimah Ahmad...ala..pelakon yang jelita dalam madu tiga tu...
Dia sangat jelita...seyes sy cakap..
Walaupun umurnya mencecah 70 an sekarang, tetapi kecantikan kulit dan fizikalnya masih kekal..sebab tu beliau dipanggil untuk share apa rahsia awet mudanya..hehehe
-secara ringkasnya..beliau kata dia amalkan pengambilan ulan-ulaman sejak kecil lagi..(ituler stem cell sebenarnya...feveret ulam dia pegaga)
-selain tu, amalan senaman ringkas/regangan setelah bangun tido juga membantu
-oh yes...beliau akan bangun awal pagi paling lewat jam 5 pagi tau!!!arghhhh! nak nanges dengar sebab sy takkan bangun seawal tu..hehe..bukan setakat bangun jer..itu paling lewat dan mandi air sejuk lagi...x main la heater dan sebagainya...
-walaupun beliau takde spesifik masa tidur cthnya jam 10 dah tido, walaupun dia tido lambat, dia tetap akan bangun jam 3-4 pg atau sebelum jam 5..
-selain pada tu, amalan minum air zam-zam, dan supplement lain juga beliau amalkan...

So sape nak awet muda cam beliau, kenala start bangun awal dan mandi air sejuk..beliau juga ada keluarkan produk Primadona..boleh la cuba ye..

3. Sharing dari speaker ketiga ialah senaman-senaman awet muda..
Yang ini sy byk amek video...kalo nak video tu boleh pm sy, nanti sy share thru whatsapp pun boleh...kat sini xdptlah nak upload...sbb lum transfer data lagi..

4. Sharing dari Ust Norhafizah Musa..
Oh..insaf jugaklah..
Main point yang boleh sy katakan ialah..'Niat'..
Untuk awet muda dan kekal cantik..kita sepatutnya betulkan niat..apa niat kita untuk cantik dan awet muda..
-Niat yang betul adalah untuk cantik dan awet muda untuk suami dan orang-orang yang 'halal' dengan kita saja lihat...
-Bukannya cantik untuk dipertontonkan..
-Kalo niat betul, pakailah produk apa pun atau tak pakai produk pun kita akan kelihatan cantik..
-Kalo niat tak betul dari awal...pakailah produk murah ke, mahal ke..xkan nampak cantik sebab bukan dengan izinNya..

So, mari kita sama-sama betulkan niat kita ye mommy2 semua...untuk Suami, dan hanya untuk mereka yang 'halal' dengan kita sahaja..

5. Sharing dari pakar kulit, Dr Zalmy dari HKL..
Dr Zalmy ni kalau nak tau, dia seorang pakar kulit..kulit wajahnya memang sangat flawless..xde jeragat, jerawat atau masalah kulit..nama pun pakar kulit kan..
Sy pun salah seorang pesakit dia, heheh..tgh tahun ritu buat skin biopsy dengannya..
So sharing dari dia..
Ermmm...byk term2 medical gakla...
Point yang sy can share..we cannot stop ageing, atau reverse ageing..tapi kita boleh slow the ageing process..ataupun dipanggil ageing gracefully...cewah!
Macammana nak ageing gracefully..????
-kurangkan makanan berkarbohidrat..lebihkan makanan tinggi serat/fiber seperti sayur-sayuran dan buah-buahan
-minum air masak secukupnya untuk kelembapan kulit..
-senaman secara regular sebab dengan melakukan senaman akan keluarkan satu oil yang akan memberi kesan glowing pada kulit
-tidur dalam gelap..no dim light etc sebab nak allow DNA yang rosak akibat UV light semasa siang direpair semasa kita tidur...
-elakkan UV light esp di antara waktu 11 am hingga 4 pm..kerana UV light ketika tu sangat bahaya pada kulit
-apply SPF at least yang SPF 30 tu..actually skin protector tu patutnya di apply seawal umur 20 an lagi..

Okaylah..itu je yang sy ingat so far..actually sy ada catit tapi apa yang sy tulis ni setakat apa yang ada di minda sy ketika ini..anak tengah tidur, so bolehlah update blog..x sempat nak cari notebook hehehe.

Ok, hope beri manfaat pada semua..


Thursday, 26 December 2013

KiDs activiTy~ Wall Painting

Salam all..
Mungkin ada di antara kita yang tercari-cari apa lagi nak buat dengan anak-anak kita ye masa hujung minggu ke..hari cuti umum ker kan..or masa cuti skolah kan..atau pun kalau untuk mommy yang bekerja, time malam after solat tu kan..
Okay..meh saya share apa yang sy buat..tak la banyak...
Ini antara aktivitinya..wall painting!..hehe
Jimat tau...uols beli kertas mahjong..dan mula2 mommy lukis la apa yang anak2 suka..'in the garden', ' in the sea'..or apa2 la...lukis bersama anak-anak..





Then, lekatkan dekat dinding umah..kalau boleh pilih area yang ada tiles, senang nak cuci nanti..
kalo area yang dinding bercat, takut terconteng pulak kat dinding tu..
Macam kat ruma sy, kat kitchen je lah tempatnya..
Dah lekat...bagilah sorang satu paint brush..then start la painting!!
He..kenapa wall painting..?kenapa tak colour je dalam colouring book...?
Alaa...dah boring la kaler dalam buku..
Lagipun...salah satu cara untuk melatih kanak-kanak memegang pensil/pen atau paint brush dengan betul serta melatih otot halus tangan adalah dengan berdiri dan conteng ke dinding...sebab tu kadang2 kita tengok ramai kanak-kanak bermula dengan dengan pensil dan mula conteng kat semua dinding rumah...itu sebenarnya cara yang betul untuk melatih otot halus tangan mereka..
Okay uols!lets practice ya!

 

Monday, 23 December 2013

MoM & KidS QualiTy Time!!~ Natural Face Masker

Salam semua...
Ye..time rajin macam ginilah...mula la nak update banyak2..
Sebenaqnya memang byk pun benda nak share kan..mampu ngan tak mampu nak menaip kat Keyboard ni je la..tu dok paksa Mr Suami beli PC kat umah..cewah..

Ni nak share pasal apa aktivity yang boleh buat ngan anak-anak kat umah..sy ni kualiti masa ngan anak-anak opkoss la time malam lepas maghrib...jenuh jugak dok pikir apa nak buat...

Ni dapat idea dari salah satu buku yang beli masa kat Big Bad Wolf tu...
'Natural Face Masker'

Buku ni tajuk dia '100 Ways to Stay Young'
Untuk mak-mak sebenaqnya, heheh, tapi asal boleh apply sama-sama ngan anak, bolehlah kan..
Bahan-bahan untuk buat..sangat senang, pastu bila check, tak membahayakan langsung pun untuk kulit baby..

1 cawan Natural Yogurt (jangan guna yang ada flavour lak!kang semut mai jenuh pulak muka kena gigit, hehe)
1/2 cawan Oat
*Just mix 2 bahan-bahan ni sahaja...then sapu kat muka...

Owh..senang kan bahan-bahan..soothhhhhingggg gitu! Lagi-lagi yogurt tu baru bawa keluar dari peti sejuk..hehe

Budak-budak enjoy sangat!


Boleh try okkay!
Love kids so muchhhhh!



PeRsEdiaaN unTuk BerpAntang~ Part 2

Salam semua..
Setelah analisis apa yang kawan-kawan suggestkan dan buat sedikit survey..sy pun start buat preparation apa yang patut la..

1. Set Berpantang
Banyak kan set berpantang sekarang ni...bagi sy, nampak macam sama, tapi tak sama tau..Follow ur heart..suka yang mana..setiap yang ada dalam set tu ada kelebihan tersendiri. Cumanya, ada yang tidak lengkap dengan penerangan cara penggunaan (yang mana sangatlah penting okkay!)
Me, sy dah lama meng'usha' set berpantang dari B'hidan. Time jalan2 di Alamanda tempoh hari, kebetulan jatuh pada tarikh yang sangat cantik, so, booth B'hidan ni buatla promosi..tarikh haritu 11/12/13..(cantik kan..?)
So, bos booth tu bagi diskaun harga set dari RP RM 350.00 keeeee......RM 123.00 sahaja uolsss!!
Terkejut tak dengan harga yang runtuh merundum ni..
Niat asal hanya nak cari pilis, konon nak beli secara loose item saja la, bukan 1 set. Lagipun, pengalaman yang lepas, kalau beli 1 set, takpernah nak abiskan pil2 jamu dalam tu or air minum akar kayu yang memang terpaksa bayar untuk harga 1 set kan..
So, bila ada offer, belum decide lagi nak beli, still memikir apa kah benda yang terkandung dalam 1 set...kalau beli walau pun murah tapi tak makan still lagi membazir..
So..inilah apa yang ada dalam set..

 
Dapat sekali dengan box yang cantik tu..nanti sy snap pic dia kay..
Bila review apa yang ada, sy cukup berkenan sebab apa...
i) takde pil2 jamu yang berkapsul tu yang mana sy cukup x minat nak makan pil jamu...yang ada untuk menggantikan jamu dalam bentuk pil ialah Kacip Fatimah Emulsion (dalam bentuk liquid) which I prefer...ramuan dalam tu ada serapat, manjakani, kacip fatimah, gula, madu, xantham gum, air suling dan perasa strawberi..ermm..menarik kan..
ii) ada 7 produk semuanya...termasuklah..

-Gamat Jelly with Dates Extracts : I believe yang ni untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka dan kandungan kurma bagus untuk meransang penghasilan susu badan si ibu..
-Kacip Fatimah Emulsion-as i mention kat atas nuuuu
-Pilis Paste-untuk kurangkan sakit kepala dan pening
-Body Peeling Scrub- dia macam mandi lulur la..
-Tangas Herbs and Feminine Wash
-Body Contouring Lotion- ini yang disapu sebelum proses berbengkung
-Herbal Drink- untuk aktifkan kelenjar susu dan tingkatkan kecergasan

2. Mandian Herba
Cuma for me, sy nakkan lagi 1 benda iaitu mandian herba...so, untuk mandian herba, sy pilih TYT Mandian herba..murah jer..RM 6.90 di Manjaku baby center...lepas membeli ada jalan2 di satu kedai herba, jauh beza harganya, kedai tu jual RM 15.00 benda yang sama...
Inilah mandian herba TYT tu..sy beli 2 kotak terus...dari review, alhamdulillah ramai yang berpuas hati, senang nak uruskan...
 
Ini kandungan yang terdapat dalam mandian herba bersalin TYT
 
  3. Minyak ubat/telon untuk bayi kembung
Owh..bercakap pasal minyak untuk baby, dulu pengalaman memang guna minyak Yu Yi Cap Limau tu..tapi since minyak tu ada kontroversi dari segi halal dan haram, sy decide untuk tukar..lagipun, pengalaman memakai minyak tu, dia agak 'kuat' la untuk kulit baby, itu pendapat sy..
So, masa anak ke-2 lagi, Arman, sy diperkenalkan dengan minyak kayu putih ni..
 
Bau aromanya sangat best, tidak terlalu kuat dan lembut jugak untuk kulit baby, insyaAllah..alhamdulillah anak ke-2 dan ke-3 sy guna minyak ni..cuma kali ni, susah nak jumpa, dapat jumpa 1 je kat kedai herba..minyak ni memang dari Indonesia..so, sy back up jugak dengan minyak dari TYT yang ini..
 
Dapat RM 7.90 di kedai Manjaku baby centre tu..tapi ada tempat yang dapat RM 7 pun..

So, itu sahaja untuk Part 2 ye...hehehe
Stay tuned!

Tuesday, 17 December 2013

TiPs BerPantang seLepas BersALin~ Persediaan untuk Berpantang

Salam semua..
Alhamdulillah masih diberi peluang untuk beribadah...huhuhuhu

Okeh..kali ni nak story2 sikit pasal amalan berpantang selepas bersalin..
Kalo ikutkan,saya ni taklah berpantang macam orang lain, balik kampung, ada mak or nenek jaga..sy xde rezeki yang sebegitu since semua dah takde di dunia ni..jadi, kenalah berpantang sendirik..
Untuk orang yang kerja dibandar kan, macam susah jugak nak berpantang..jadi sebenarnya sy ni tak pernah berpantang dari anak pertama..heheh..alhamdulillah badan masih okay, tiada masalah dengan anak atau maknye..so far went soo well..dan sy percaya dah ramai ibu-ibu muda sekarang yang amalkan pantang sendirik hasil dari tanya pengalaman rakan2 sekerja dsb
Sampailah nak masuk anak ke-4 ni, terasa macam nak berpantang mengikut apa yang diamalkan oleh kawan2..
So..stadi punya stadi..adalah beberapa tips sy boleh share dari segi amalan berpantang..apa yang sy tulis ni mengikut logik akal dan hasil stadi sendirik je tau..yang mana sy rasa boleh beri benefit yes..sy akan cuba amalkan..Ini adalah catatan persediaan untuk berpantang kali ini..

1) Mengurut
Oh..ini semestinya...sebab apa..logiknya semasa seseorang wanita itu sakit bersalin, dia akan menggunakan kebanyakkan otot terutamanya di bahagian pangkal rahim dan ke bawah..otot-otot ini banyak digunakan semasa proses kelahiran bayi dari segi regangan dan sebagainya..
Urutan selepas bersalin sememangnya dikatakan dapat mengurangkan stress atau tekanan kepada si ibu..
Jadi,bila dah dekat2 nak bersalin tu, boleh cuba riki2 tukang urut yang boleh datang rumah sebagai back up..
Biasanya urutan selepas bersalin dijalankan selama 3 hari..ada yang tak semestinya mengurut directly on 2nd day tu..ada yang start mngurut 3 hari selepas hari ketujuh..bolehh..asalkan mengurut..
Untuk yang bersalin secara pembedahan pun, actually ada urutan selepas bersalin secara pembedahan. Tok bidan atau tukang urut yang bertauliah diorg akan tahu which area yang boleh touch and not..insyaAllah..so masa proses riki2 tu mestila kena cari tukang urut yang betul2 berpengalaman kay..
Dan urutan sebelum habis pantang dalam hari ke-40 juga dijalankan...kononya sebagai 'pelepas'..
(sy sendiri kurang pasti apa yang dimaksudkan dengan 'pelepas' tu)

2) Amalkan minum air rebusan daun inai dan daun sireh..
Ye, kalo ikutkan daun-daun ini memang banyak manfaat dari segi perubatan..dikatakan dua jenis daun ini dapat mempercepatkan penyembuhan luka dan bagi wajah naik seri.semasa berpantang kan ibu-ibu banyak kehilangan darah dan muka nampak pucat je, jadi air rebusan ni boleh lah naik seri wajah...cumanya, daun sireh bolehla sy cari kat Pasar Borong tapi daun inai mana pulak nak cari...hehehe

3) Sapu minyak Param atau kapur sireh + perahan limau nipis pada perut
Okay, ini amalan berpantang dari seorang teman..sy masih belum pernah cuba, insyaAllah akan cuba amalkan untuk kali ini..
Teman tu dia melahirkan secara pembedahan, jadi tak dapatlah nak memakai bengkung atau barut perut..jadi apa yang diamalkan untuk kempiskan perut dia hanyalah dengan menyapu minyak Param (sy juga belum jumpa di mana nak beli dan bagaiman rupa minyak param ni) dan juga campuran kapur sireh dengan perahan limau nipis di perut setiap hari selepas mandi...
Kalau tengokkan perut dia, memang sangat kempis..pakai kebaya pun tak nampak buncit..so bolehlah amalkan..
Kapur sireh sy dah beli di pasar borong.satu botol dalam RM 0.80 sahaja...

4) Bengkung
Amalan memakai bengkung ni pun memang bagus..dikatakan boleh mengetatkan otot perut dan rahim..dan sebaik-baiknya bengkung dipakai selepas mandi sebelum tiba waktu makan pagi (breakfast)..so at least si ibu boleh kawal pengambilan nasi tu..heheh. dan hendaklah dipakai sepanjang hari...
Cumanya kalo pada hari tu kita ada mengurut, pakai bengkung selepas proses mengurut..

5) Makan nasi panas sahaja dan tidak boleh 'menambah'
Oh..okay..pasal nasi panas sy tak berapa pasti  kenapa..tapi memang apa yang sy amalkan memang nasi yang nak dimakan tu mestilah nasi panas dan bukan nasi goreng panas..sebab nasi goreng boleh menggemukkan semula badan sy kerana kandungan kalorinya lebih tinggi berbanding nasi putih..hikhik
Dan juga apa reason kenapa tidak boleh 'menambah nasi' tu pn sy sangat tak pasti kenapa...

6) Air
Ada pendapat yang mengatakan jika minum air terlalu banyak, luka lambat pulih..so, amalan berpantang yang betul2 orang-orang dulu amalkan adalah minum air tak boleh lebih (unsure amount). Tapi for me, kalo ibu menyusu, air memang perlu dengan banyaknya untuk proses penghasilan susu badan..jadi amalan ini mungkin bercanggah dengan apa yang bakal sy amalkan..insyaAllah jika kita cukup ambil vitamin dan diet yang seimbang (ada sayur iaitu vit K untuk penyembuhan luka) insyaAllah luka cepat sembuh..

7) Lauk semasa berpantang..
Okay..untuk resipi post-natal diet, insyaAllah sy akan share and update day by day..stay tuned with me ya!
Bagi saya tak salah untuk amalkan sayur atau lauk-pauk seperti ayam, telur dan ikan..which i think sangat bagus dari segi kandungan dan kualiti protein...good for wound healing, good for iron status and baby's brain development..
Tapi saya agak hairan kenapa ada amalan berpantang yang hanya allow untuk amek ikan masin dan sayur sawi sahaja...tak boring ker??
Cumanya, let say sebelum anda bersalin, ada memang seorang yang allergi pada seafood esp ikan atau sesetengah ikan, atau anda memang tak boleh makan ayam sebab akan develop itchiness dsb, that only the reasons why u need to omit these food during confinement..
Untuk saya, dari anak pertama sampai anak ketiga memang sy tidak ada spesifik lauk pantang..
Tapi sy memang jenis yang tidak suka campur lauk esp darat dan laut..
Yang biasa sy buat ialah..ikan bilis goreng + halia + black pepper yang diblend halus dan ditumis serta sayur hijau. Black pepper adalah favourite sy..ia antara makanan yang boleh memberikan about 5-10% thermogenic effect kepada badan untuk bakar kalori. Tak salah nak campur dalam makanan semasa berpantang. Then, jangan lupa minum air masak banyak-banyak ye..
Lauk lain...sup ikan merah, ayam masak stim blackpepper dan ada beberapa lagi..
Next entry kita share ye..

Ok, need a nap jap...

Thanks for dropping by here!!


Sunday, 15 December 2013

BiG Bad Wolf~Book Sales!

Salam semua...selamat bercuti minggu...
Fuhh!fuhhh!...berhabukk la jugak blog I ni ye...
I admit la ye..mommy macam I ni huuuu....bila dah masuk 36 weeks tersangatlah malazz nak duduk depan lappy jer..
Nway..loads to update..
Cuma today nak story mory pasal Book Fair kegilaan ramai...Serigala Besar dan Jahat! ohohohoo..
X best langsung bila dimelayukan...heheh..Big Bad Wolf Book Sales!

Tis time apa yg I dengar diorg buat besar jugak, 24 hrs dari 6th-15th Dec 2013...
Bayangkan...24 hrs uolsss
So...I plan la with hubby kali ni nak bawa anak2 merasa what is book fair dan kununnya nak train diorg untuk sukakan pesta buku2 ni..
We choose odd hrs..malam before budak2 ni dipaksa tidur jam 8.30 malam..dah bagitahu yang 'kita akan pergi ke book fair yang besar..so, u need 'energy' and can choose whatever u wants'...mendengarkan perkataan 'whatever u wants' menyebabkan kedua-dua anak I, Zahraa dan Arman sangatlah bersemangat untuk bangun malam tu..so, diorg tidur jam 8.30 mlm dan bangun dengan sendirinya jam 12.30 mlm...
(Padahal papa waktu tu belum pun sampai rumah dari majlis ilmu di Bukit Jalil)
So, once bukak mata, they ask..'mama, kat sana ada tak buku itu...buku ini..bla..bla..bla..'
Hahahaha..semangat betul!
So, siap2..papa balik jam 1.00 pm then kami pun bertolak around 2 am with 2 kids...
Sampai kat parking, MasyaAllah..rakyat Msia ni suka betul book fair..don't they sleep??haiiyaaaa....parking pun banyak keta...

Since kami nak fokuskan buku development dan aktiviti kanak-kanak..so terus jer pergi ke children area..bahagian belakang tau...biasanya di belakang young adults books..

So, inilah hasilnya!
Murah sangat ker Big Bad Wolf ni....????

Yeeee...murah beb!...buku hard cover, uols boleh dapat less than RM10.00...bukan setakat hard cover, siap coloured pages lagik tau!

Antara tips I boleh share kalo uols nak pegi next time...
i) Choose area mana...kalo nak children..terus jer gi cari area tu...don't waste time untuk belek2 kat area lain, kalau tak uols takde masa nanti nak choose the best book
ii) Jangan lupa bawa beg troli, beg roda, atau apa2 yang boleh uols bw buku tu tanpa berat..walaupun uols boleh mintak kotak untuk letak buku2, tapi berattt nanti..hehe..
iii) Kalau nak bw budak2..samada diorg stay on stroller atau bw masa odd hrs..siang macam tak berapa sesuai, orang ramai, panasssss...
iv) Oh, ye..sila bawa minuman ye....heheh
v) Once nampak buku yang uols minat, amek dulu..jangan pikir lagi, takut kang bila patah balik dah takde...heheh, sebab nanti uols boleh sorting buku2 mana je yang korg nak beli kat sorting area (disediakan jugak)...
Sekian...heh
We were there from 2.30 am till Subuh la...6.10 am...tupun, ada lagi yang rasa tak sempat nak pilih..uwawawaaa..

 at 2 am pun ramai ye orangg...(muka budak bersemangat!)
 Pilih sendiri buku apa yang suka, tapi mama kena double tapisan yang mana sesuai to age, heheh
 Antara yang dipilih...
 Tertidur dalam perjalanan pulang....6.30 am...



Sukaaaa sangat buku2 ni...!!!Boleh beri idea apa aktiviti nak buat dengan kids at home!

Friday, 22 November 2013

Pemergian AHMAD AMMAR BIN AZAM...'SyAhid YanG TertAngguH'

Salam Jumaat semua..
Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk meneruskan dan mempertingkatkan ibadah kepadaNya..
Beberapa hari lepas Malaysia telah dikejutkan dengan pemergian seorang pelajar Malaysia yang sedang menuntut di University Marmara, Turki dalam bidang Sejarah. Beliau merupakan rakyat Malaysia yang pertama yang mendapat penghormatan untuk disemadikan di tanah perkuburan Eyup, Turki yang menempatkan 60 para syuhada yang lain, MasyaAllah...
'Apabila kamu pulang ke Malaysia, katakanlah pada Malaysia bahawa kamu adalah ibu bapa kepada anak yang syahid..'....kata-kata dari Hoja, Turki kepada ibu bapanya ketika sampai untuk menziarahi jenazah..
Ikuti kisah Ahmad Ammar, pemergiannya telah menyuntik banyak jiwa-jiwa yang kosong, jiwa yang mati dek kesibukan duniawi...semoga semangat yang ditinggalkan oleh Ahmad Ammar ini dapat kita pupuk untuk diri kita ataupun anak-anak kita...Ya Allah..bantulah kami di dalam menyemarakkan semangat pejuang islam di dalam diri anak-anak kami Ya Allah..ameeen ya Rabb..

Ahmad Ammar - Digelar sahabat-sahabatnya sebagai “Syahid Yang Tertangguh”.


Ahmad Ammar Ahmad Azam telah pergi menemui Tuhannya pada usia 20 tahun di dalam kemalangan jalan raya lima hari yang lalu di Istanbul, Turki. Beliau memilih bidang sejarah di Universiti Marmara dengan mendapat biasiswa Kerajaan Turki. Semangatnya untuk mendalami sejarah Uthmaniyyah dan melihat Kerajaan Islam kembali tertegak selari dengan cita-cita ayahanda dan bondanya.

Sememangnya beliau dilahirkan di dalam keluarga yang mementingkan ilmu, ibadah, dakwah dan pengorbanan. Ayahandanya Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman, mantan Presiden ABIM sudah tidak asing lagi bagi para pendakwah dan gerakan Islam di Malaysia. Ahmad Ammar satu-satunya anak lelaki kepada pasangan Tn. Hj Ahmad Azam Abdul Rahman dan Puan Nur Azlina Aziz.

Sungguh bagi remaja semuda Ammar, untuk mendengar alunan Quran sebagai halwa telinga mungkin menjadi pilihan yang terakhir sekali. Namun tidak untuk Ammar. Beliau dikhabarkan keluar rumah setelah membaca al-Quran dalam tempoh yang panjang.

Malah pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia. Misi ke Syria begitu menyayat hati, seolah-olah Ammar tertinggal hatinya di Syria. Meskipun letupan demi letupan meletus di kiri dan kanan malah terlalu hampir dengan hospital tempat penginapan mereka, namun Ammar teguh tidak gentar ingin terus membantu Syria.

Allahu Akbar! Sejak pulang dari Syria itulah sahabat-sahabat menggelarnya “Syahid yang Tertangguh”. Alangkah bertuahnya ayahanda dan bonda beliau kerana dapat menyaksikan sendiri perjalanan terakhir seorang anak dengan pengakhiran yang baik.

Ribuan manusia memenuhi Masjid Abu Ayyub al-Ansari, malah dimakamkan berhampiran sahabat agung Rasulullah saw iaitu Abu Ayyub al-Ansari yang berjihad untuk membebaskan Konstantinopel dahulu. Seorang sahabat menulis, Ammar adalah “Muhajir” dan menjadi tetamu kepada Abu Ayyub al-Ansari.

Subhanallah indahnya “tawafuk” yang disusun Allah dan bukan kebetulan. Sekiranya kita masih mengingati sejarah hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah, bukankah Baginda Rasulullah s.a.w menjadi tetamu di rumah Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari?

Bukankah unta baginda s.a.w dengan hidayah Allah telah memilih rumah Abu Ayyub al-Ansari tidak yang lain? Secara simboliknya Ahmad Ammar Ahmad Azzam berhijrah menuntut ilmu dari Malaysia ke Turki seperti hijrahnya Baginda s.a.w dari Makkah ke Madinah.

 Takdir Allah menentukan Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari terpilih untuk memuliakan Rasulullah s.a.w di rumahnya, begitu jugalah Ahmad Ammar menjadi tetamu kepada Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari di permakaman Eyup, Turki. Inilah rezeki beliau yang pastinya amat menggembirakan ayahanda dan bondanya yang kesedihan.

Janji Allah amat jelas di dalam ayat 100 surah al-Nisa’ :

“…Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudia ia mati, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Subhanallah, pada pagi kejadian, Ammar keluar menuju rumah pelajar-pelajar baru dari Asia Tenggara dengan semangat untuk berkongsi ilmu dan bermuzakarah Rasail Nur karangan Imam Bediuzzaman Said Nursi.

Malah catatan terakhirnya dan dimasukkan ke dalam beg sandang beliau berbunyi : “Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun… Kerana itu lah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini.” Namun seperti yang dicatatkan ayahandanya Tn. Hj. Azam beliau sempat melintasi jalan, namun kehilangan imbangan badan dan terjatuh lalu dirempuh sebuah ambulans.

Beliau pergi pada usia 20 tahun, penuntut tahun dua Universiti Marmara. Beliau amat rindukan syahid. Rupa-rupanya Ahmad Ammar ini telah pun menyaksikan bidadarinya sehingga beliau tidak lagi menoleh ke kiri atau ke kanan dalam mengejar cita-citanya. Beliau terus berkhidmat untuk berdakwah dan tekun beramal sehingga pada tarikh itu berakhirlah tugasan beliau di bumi yang fana ini. Alhamdulillah kerana Allah dengan kasih sayang-Nya masih memelihara agama ini dengan adanya remaja-remaja seumpama Ammar. Masyaallah Tabarakallah! Al-Fatihah

-Credit to Gendang Perang-

Tuesday, 5 November 2013

Tudung Glemer's-Jom try nak..

Salam all..
Am helping a friend..
Tudung ni sangat best okkay..boleh try kalo nak tahu best ke tak..heheh..
Quality awning sangatla bagus..terletak je kat kepala..bentuk memang cantik! Saya pun dah amek satu...banyak kaler yang gojes2 orang kata la..
Kain chiffon korea setanding jenama terkenal, insyaAllah..

Nak glemer tak...jom Glemer's!!

Layan la ye..





 
Oh ya...harga promosi hanya RM 85..cepat2 booking ya...
Seyes anda akan berpuas hati...
 
Love u all!!
 
 



Kajian Klinikal Vivix ke atas Penyakit Kronik

Salam all..
Next entri...masih lagi dalam mood share kebaikan Vivix..ini pun ekoran dari pertanyaan abang sy yang baru saja menghidap Diabetes...jadi, adiknya kena la stadi dulu, betul ke ada kajian klinikal yang dijalankan ke atas produk ini...

Mari kita tengok..
Seperti yang sy sebutkan dalam entri sebelum ini, antara kandungan Vivix adalah Resveratrol dan Polifenol..

Ini antara manfaat resveratrol secara ringkas dalam bentuk gambarajah..



 
Untuk mengetahui bagaimana resveratrol dan polifenol ini membantu, kita sepatutnya kena tahu bagaimana terjadinya sesuatu penyakit kronik tersebut termasuklah apakah punca-puncanya..
 
Tetapi untuk entri kali ini, sy tidak akan membincangkan tentang bagaimana terjadinya penyakit...sy nak tunjukkan sesuatu yang perlu anda semua tahu, bagaimana resveratrol ini telah menunjukkan hasil yang positif di dalam kajian klinikal...
 
1. Vivix dan anti-keradangan/ anti-inflammatory
 
2. Resveratrol dan penyakit kanser
 
 
 
 
 
 
Cuba tengok hasilnya ke atas kebanyakkan penyakit kanser..kebanyakkan resveratol ini merencatkan pertumbuhan sel kanser secara signifikan..Untuk full article, ando boleh search dengan menggunakan keywords pada setiap gambar di atas.. (Credit gambar to: celikvitamin.com)
 
3. Resveratrol dan penyakit Kencing Manis (Diabetes Mellitus)
 
 
Dapat dilihat dari graf di atas, glukosa darah berkurangan dengan kadar dos yang diberikan.
 
Jadi, sekiranya anda tidak mempercayai ke atas kebanyakkan testimonial pengguna, anda mungkin akan percaya pada hasil kajian-kajian klinikal yang telah dijalankan..
 
Selamat mencuba!
 
LovesHugsandKissess
 



Apa hebatnya Vivix Shaklee ini..????Mari baca...

Salam,
Ok, untuk entri kedua berkaitan Vivix Shaklee, sy ingin share kenapa Vivix Shaklee dikatakan sangat hebat...

Fakta 1: Vivix mengandungi resveratrol. Malah Vivix terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, disamping tidak mengandungi alkohol, sebaliknya hanya menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan dan HALAL!

Fakta 2: Saintis telah menjalankan kajian dan hasil kajian mendapati orang-orang Perancis gemar memakan daging yang berlemak tinggi dan minum wain dengan banyak, tetapi kadar penyakit jantung tetap rendah di Perancis. Selepas bertahun-tahun membuat kajian, saintis menemui rahsia di sebalik Paradoks Perancis terdapat pada Resveratrol yang terkandung dalam wain merah.
 
Fakta 3: Satu hidangan Vivix mengandungi jumlah resveratrol yang sama banyak seperti yang terdapat dalam 100 gelas wain merah.

Fakta 4: Sekiranya hendak dibandingkan dengan minuman jus lain, Vivix ternyata mendahului dengan hanya 1 sudu teh sehari mampu membekalkan ORAC* value yang diperlukan tubuh iaitu 3000-5000 ORAC.
*Oxygen Radical Absorbance Capacity (ORAC) is a method of measuring antioxidant capacities of different foods


Gambar di atas merupakan bahan aktif yang terkandung dalam Vivix Shaklee yang menjadikannya sangat hebat.

Nantikan lebih banyak pendedahan tentang kebaikan Vivix Shaklee eksklusif di sini...
LovesHugsandKissess


ViVix..A Revolutionary Breakthrough from Shaklee

Salam semua...
Memperkenalkannnn......
Tadaaaaa....
VIVIX...a signature product from Shaklee..

Vivix ini merupakan minuman campuran botani yang mengandungi polifenol. Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol.
Apa pulak polifenol ini..??

Okay, polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel antipenuaan.

Sedikit info berkaitan Vivix.
Satu botol Vivix mengandungi 150 ml.
Cadangan sajian/serving size: 1 sudu teh (5 ml)
Jumlah sajian: 30


Ini pula fakta nutrisi (nutritional facts) produk Vivix ini:
Untuk setiap serving/sajian (5 ml), ia mengandungi;
Tenaga: 15 kcal
CHO: 4 g
Total Sugar: 0.1 g
Protein: 0.02 g
Botanical Blend: 1390 mg

Secara ringkasnya disini saya senaraikan kebaikan Vivix;
a) Memelihara keseluruhan kesihatan
b) Membantu anda berasa lebih bertenaga
c) Menguatkan sistem imun

Okay, itu dulu untuk pengenalan awal produk Vivix ini...
Entri seterusnya saya akan pastikan lebih banyak info berkaitan kajian-kajian klinikal yang telah dijalankan ke atas produk ini..

LovesHugsandKissess...

Monday, 4 November 2013

ESP-shaklee ----->PengALaMan SeNdirI

Salam semua....
Ok..
Ok..
Ok..
Tarik nafassssss.....!!!!
Huh..ok..harini sy sangat GuMbIrAAAAA....
Memandangkan ada yang tegur..'eh, skin nampak macam dah okay sikit..'
(dalam hati..erm..betul..tp ingatkan perasan and syok sendiri jer..)

Meh sy citer..
Kulit sy memang lain sikit (kulit setiap orang pun tak sama kan..) Mine memang under skin specialist..
Sy nyer skin sangatlah sensitif pada UV light.. last time develop Discoid Lupus Erythomathosus (DLE)..since 3 tahun tapi diri sendiri tak perasan, tak pernah consult dengan skin specialist..cuma saya heran, kenapa la scar di muka saya ni tak hilang2..x pernah surut, asyik merah saja..
Bermacam-macam scar gel saya pakai, dari Bio-Oil, Dermatix,Mederma, Hirus-Scar gel, semuanya tak menjadi..bukan itu saja, vitamin supplement untuk kulit contohnya vit E oil dan kapsul pun sy amek..
Produk jangan cakapla..memang bermacam2 cuba..hanya SK-II saje yang tak nampak kesan ransangan yang teruk, tapi it never help in healing..

So, lepas jumpa skin specialist, sy dinasihatkan untuk buat skin biopsy...(a prosedur di mana sel kulit diambil lebih kurang minor incision ke lapisan kulit paling dalam) untuk apa...??
Untuk nak lihat apa cause yang menyebabkan scar tersebut tak pernah heal for 3 years..
(at first takut jugak sebab once specialist tengok, then she said, i dont think this is a normal scar...)
What...??
Not a normal scar..??
Adakah skin cancer...??
Yeap, maybe, thats why we need to do biopsy...
Then..biopsy pun berjaya dijalankan..and u know what..2 months jugak sy tggu for the result..huh..
Meantime doc pesan no need to wear any skin product, just apply UV SPF 50+++....

Then sampai hari biopsy result...........Alhamdulillah...it is NOT A CANCER cell!!tetapi actively DLE as I mentioned kat atas tu...It is an autoimmune disease..cause and factors still unknown, because it is really a rare skin disease..however, I need to control it as it may progress to SLE..so, itu yang menakutkan I...

I take it as 'kafarah' from Him..
So, atas nasihat doc, I x berani to try any skin product..cuma pencuci muka dan apply SPF 50+++

Then tambah2 lagi lepas tu pregnant kan..so tak berani nak apply apa2..tiba-tiba..another skin problem appeared!Arghhhh..tensionnyer...hanya Allah saja yang tahu..
It is Vitiligo...just right below my cheek!Vitiligo tu yang macam skin tiba2 jadi discoloured because depigmentation bla..bla..bla..
I google2 and found one cream tak ingat nama dia, so since that cream takde in Msia, so I order dari adik kat German..(tp sampai sekarang lum try sebab lum sampai)

So, meantime, I just consistently take ESP-soy protein from SHAKLEE..

 
After almost 1 canister, I perasan that skin discoloured tu almost gone!!Tapi..i buat2 tak tahu dulu..mungkin just perasaan diri sendiri..
Sampaila my husband and ofismate tegur pasal skin complexion...
Apa yang I boleh cakap, just ucapan Alhamdulillah..
This is a true story..
But I do admit..ini hanyalah personal experience and not scientific based..so saya tak tahu how to explain scientifically..
Tetapi, saya sudah merasakan kelainannya..

Anyone nak cuba..cara makan, and nak tahu apa lagi gabungan yang I ambik, pls leave ur msg/comment..
or pm me at 012-5252304

Alhamdulillah..sekarang, vitiligo is almost gone 99% i would say..
Disebabkan I sangat hepi..I bukak promosi for November untuk ESP soy protein Shaklee..dan untuk the best kombinasi skin set, harga sgt pasti rendah untuk bulan ni je tau!

LovesHugsandKissess

 

Kindy..oh Kindy..but may not be CIC again..

Salam semua..
Di kesempatan ini, sy nak wish 'Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah'
Maal Hijrah buat semua..
Nampak gayanya akan tutuplah buku amalan kita petang jap gi eh..

Okeh..again..topik ni lagi..biasalah bila jadi ibu/mak/mama/mommy dsb..inilah delima kita..nak cari tadika yang terbaik, tadika yang sesuai, yang ada systematic curriculum, dengan guru2 yang berkebolehan..
Seyes..anak nak masuk empat ni, baru 2 masuk tadika dah pening nak memilih..

Nway, nak share story pasal previous pengalaman sy hantar anak2..
(rasanya dah share in previous entry) cuma kali ni nak meluahkan sedikit pandangan..

Sy agak terkilan dengan kaedah yang dijalankan di tadika CIC..
For me, as a parent, sy nak lihat anak sy membuat persembahan akhir tahun bersama rakan-rakan sekelas...tak perlu pun bagi saya untuk buat persembahan yang terlalu 'gah'..For me, cukup untuk lihat anak sendiri berada di atas stage..bukan apa, this is how we train their self confindence..berdiri di khalayak ramai dan membuat persembahan..
Tapi apa yang dipraktikkan oleh pihak CIC so far, they only train those students yang parents dia bayar untuk lihat performance tu..maksudnya..tak semua kanak-kanak akan terlibat. Jika kita nak lihat anak perform, kita kena bayar cthnya pakej Hi-tea dan apa yang sy rasa membazir ialah, buat di tempat-tempat terlalu mewah, hi-class...cth buat di hotel dsb..baru-baru ini, katanya jika saya ingin lihat persembahan sy perlu bayar RM88/person untuk Hi-tea pakej, which is i I think...mahal sgt!Walaupun dengan motto nya 'where leaders are born', tapi sekiranya the leaders tu tak digilap, maka tak mencapai la mottonya kan...

Takperlu rasanya, dan kebanyakkan tadika lain hanya sewa dewan sekolah atau sewa di tempat2 yang lebih murah, tetapi semua kanak-kanak boleh libatkan diri..mungkin hanya minta bayaran untuk costumes etc

Mungkin ada ibubapa yang berpendapat perkara ni tak penting, tapi bagi sy penting, kerana banyak perkara yang kita as parents dapat lihat anak kita jika dia dapat membuat persembahan. Sy pun tak la menaruh harapan yang tinggi untuk budak yang baru 3 tahun. Ini antara kebaikannya (personal view);

1. Meningkatkan keyakinan anak itu ketika berada di khalayak ramai
2. Ibu bapa dapat melihat gelagat anak apabila bekerjasama bersama kawan-kawan setelah dilatih..
3. Boleh melihat bagaimana anak2 tu respon bila dia berada di atas pentas, tetapi melihat ibu bapa nya berada di bawah pentas (pengalaman anak pertama, anak classmate yang terus-terusan menangis, dan ada yang berlari pergi ke parents dia, hehe)
4. Kenangan anak kita bersama kawan2nya...yelah mungkin kita tak continue kat sekolah yang sama kan...
5. Ibu bapa boleh lihat personaliti, bakat dan kepimpinan anak2 tersebut...
6. Yang penting kanak2 happy dengan aktiviti sekolah, mcm anak sy, suka tengok balik kalo diri dia divideokan...seyes..

Okaylah...itu yang sy dpt kongsikan..
Ini hanyalah pendapat sy, sebab bagi sy setiap budak ada keistimewaan nya..di saat inilah kita ingin membentuk suasana belajar yang bagus, supaya dia happy untuk ke sekolah dsb..

So, tiadalah kenangan anak sy di CIC untuk tahun 2013 kerana sy rasa sistem ini tak melambangkan mottonya...just be fair to all kids and parents..

LovesHugsandKissess

Monday, 28 October 2013

Masalah Breastfeeding-apa TiPs..??

Salam all..
About a week jugak I tak update..ok..so topic for today ialah nak membincangkan benda2 common semasa penyusuan susu ibu...masalah ie sore nipples, sore lump and mastitis la...

1. Sore nipples...
Masalah ni ramai ibu yang alami..especially selepas beberapa hari penyusuan, bila baby dah mula nak menyusu dengan lebih kerap, kadang-kadang nipple tu melecit/luka..
Biasanya punca sore nipples ni sebab lekapan mulut bayi tidak sempurna pada puting ibu..
So, cara pencegahan..just pastikan bayi dilekapkan dengan betul semasa breastfeeding, InsyaAllah..dapat dielakkan berlakunya sore nipples ni..

Ermm..ada jugak tips...lepas susukan bayi...sapukan beberapa titis susu ibu sendiri kat area puting luka tu untuk kurangkan rasa pedih...ada jugak yang sapukan nipple cream selepas penyusuan..boleh..cuma perlulah dibasuh dahulu sebelum next penyusuan ye...or..ada yang pakai breast shield untuk elakkan nipple bergesel dengan pakaian, so kurang geselan, kurang rasa kepedihan...

Saya pun pernah alami masalah ini terutama ketika penyusuan anak pertama, di mana pada masa tu, kurang lagi ilmu berkaitan penyusuan, dan walau pun ilmu boleh ditimba dari masa ke masa, praktikalnya tetap akan rasa sedikit lain..

Antara tips yang saya bincangkan kat atas tadi, saya cuma amalkan sapu susu ibu pada kawasan puting luka, alhamdulillah...kurang rasa pedih..saya beli jugak medela nipple cream dan ianya turut membantu..

2. Sore lumps..
Sore lumps ni atau kata lain, berlaku macam ketulan-ketulan pada breast ibu..dan ibu rasa berat, sakit pada breast..TAPI....jangan stop breastfeeding tau masa keadaan ini..jika stop, kadang2 boleh sebabkan lebih rasa sakit tu..

Oh ya..ketulan-ketulan ni terjadi sebab duktus susu/saluran susu tersumbat..
So apa tipsnya untuk masalah ni...
Boleh urut dulu breast..dari arah atas ke bawah ke arah puting sebelum atau semasa penyusuan..atau...boleh jugak letak warm cloth dulu...untuk kembangkan duktus yang tersumbat tu, tuam-tuam sikit kawasan ketulan yang bengkak tu...InsyaAllah ianya membantu tau..

3. Mastitis..
Oh..ini dah dikira breast infection..
Ia ekoran dari sore lumps tadi...yang tidak surut2..then berlarutan sampai si ibu ada simptom flu atau demam...dan biasanya pada kawasan ketulan tu akan rasa sakit-sakit..
Kalau sekiranya dah demam, segeralah ibu pergi berjumpa medical practitioner ye..supaya ianya tidak berlarutan...
Suka diingatkan...dont stop breastfeed ur baby at this time..boleh teruskan penyusuan...
Dan..u may need to change ur diet a bit...
->kurangkan ambil makanan yang tinggi lemak
->dan juga kurangkan pengambilan makanan yang tinggi garam...
These may thickened ur milk dan boleh menambahkan sumbatan pada duktus susu tadi..

So...any supplement product yang boleh membantu saat ni...???
Ada tak...?
Based on my review...yes...memang ada..
Ibu juga boleh menambahkan LECITHIN di dalam diet semasa penyusuan, no worries, it is no harm to ur baby..Lecithin akan membantu dengan mengurangkan kepekatan susu dengan membekalkan lebih banyak polyunsaturated fatty acid kepada susu ibu..insyaAllah..dengan ini, milk akan kurang pekat (pekat dari segi kandungan lemak) dan flow lebih bagus..
Sedikit info berkaitan produk lecithin ini..

Kandungan utamanya adalah choline iaitu komponen kepada asetilkolin neurotransmitter yang berfungsi dalam penghantaran mesej/maklumat ke otak. 
Setiap soft gel mengandungi 520mg lecithin (sumber: Soy lecithin)

Nak tanya apa2...jangan segan silu ye...


Recommended dosage...?

Boleh inbox atau pm sy ye...012-5252304


Monday, 21 October 2013

Kombinasi Set Mengikut Keperluan


Salam semua.. Thank you for dropping by here..
Ok, so entri kali ni saya nak tulis secara ringkas apakah kombinasi set produk Shaklee mengikut keperluan.

1) SET IBU MENGANDUNG
Di dalam set ibu mengandung ni ada dua...satu untuk ketika ibu mengandung yang berada dalam Trimester pertama kandungan iaitu pada 3 bulan pertama kandungan. Kandungan set adalah seperti berikut;

a) Vita-Lea
b) B-complex
c) Sustained Release Vita-C
d) Ostematrix

Bagi ibu di dalam fasa Trimester kedua dan ketiga iaitu apabila usia kandungan mencecah 4 bulan dan ke atas, berikut adalah kombinasi set yang disarankan. Ini disebabkan, keperluan tenaga, kalsium dan lain-lain vitamin meningkat untuk proses tumbesaran bayi di dalam kandungan dan juga untuk memenuhi keperluan nutrient si ibu. Set adalah seperti berikut;

a) Vita-Lea
b) B-complex
c) Sustained Release Vita-C
d) Omegaguard
e) Ostematrix

Untuk harga dan cara makan, anda boleh inbox saya ok..

2) SET IBU MENYUSU
Terdapat 3 set yang berbeza mengikut keadaan dan keperluan. Set B atau sy panggil set Basic, diikuti dengan set E-saya gelarkan ia set eksklusif dan set #M- iaitu set milk booster..
Biasanya set 3M adalah set yang paling biasa ibu-ibu order dan biasanya ianya untuk si ibu yang baru ingin memulakan penyusuan yang mana awal2 kelahiran bayi, susu ibu kadang-kadang masih tidak keluar. Ada banyak faktor yang menyebabkan susu ibu lambat keluar contohnya hisapan bayi yang kurang baik so kurang stimulasi, keadaan ibu yang masih stress dengan sakit contohnya akan mempengaruhi juga...
Pengalaman saya dengan set 3M alhamdulillah, tempoh penyusuan akhirnya berjaya sehingga hari ini ( 1 tahun 5 bulan)..

Set B -Ibu Mneyusu
a) Vita-Lea
b)B- complex
c) Sustained Release Vita-C
d) Alfafa

Set E- Ibu menyusu
a) Vita-Lea
b)B-complex
c) Sustained Release Vita-C
d) Alfafa
e) Ostematrix

Set 3M-Milk Booster
a) Vita-Lea
b) B-complex
c) Sustained Release  Vita-C
d) Alfafa
e) Ostematrix
f) Energising Soy Protein (ESP)

No worries dear, it is safe for ur baby also..cumanya jika anak ada alami jaundice/kekuningan, alfafa should be avoid buat sementara waktu.
Tetapi, sy suka ingatkan bahawa milk supply ni juga bergantung kepada demand...No demand, NO supply...
Macam mana nak tahu demand..????Kerapkan bayi anda untuk menghisap secara natural atau express susu anda dengan menggunakan pump susu..alhamdulillah sekarang banyak brand pump susu dan juga senang nak dapatkan pump2 susu tu. Boleh katakan kebanyakan baby store retails atau online ada jual..
Lebih banyak anda mengepam dengan dibantu dengan pengambilan makanan dan supplement yang betul, insyaAllah susu anda akan banyak...
Kalau berdasarkan pengalaman sy, sy pumpkan pada setiap 2 jam untuk 2 minggu pertama...
Apabila produksi susu makin banyak, sy jarakkan waktu pump kepada 3 jam sekali..

Ok..untuk entri kali ini, itu je la dulu..
Any further info, jangan malu/segan...
Boleh tanya sy bila2...
012-5252304

Sunday, 13 October 2013

Langkawi Trip: Apa yang sempat dikebasssssss

Salam...Ok..ok..sikit lagi sambungan trip langkawi..heheh
Entri kali ni nak share apa yang sempat dikebas ritu jer..hehe
Meh layan apa yang sempat dikebasssss...

 Ni set cawan luminarc 12pcs RM 119..I amek 2 sets..hehe
 Ha, ni benda wajib la kiranya..Corelle set..amek yang  ni, free la corningware yang atas tu..      untung-untung..
Ni corak corelle-Provence Garden..  
 Set + free pyrex teapot..
 Next corningware set of 5, I dapat free pyrex tu..
 I amek corak sakura yang suweett ni..
 Nak jugakkkk yang ni, okkay..dapat gakla kuali Tefal ni..
 Dan..paling worth I beli rasanya yang ni la..food warmer yang mana kacanya pyrex brand hanya   RM 110 jer..
 Ni bekas food warmer td..
 Dan juga 2 penyepit ni RM 5.90 each..hehe, cantik kan...
 oh..tis one hubby punya la..me tak pandang dah bila dah dapat diningware td..heheh
 Dan tak dilupa jugak cekelat2 dari sana...


Oraitsss...
Next time boleh mai lagi kat pulau Lang ni..buat snorkeling la pulak ker..
Loves Hugs & Kissessssss