Kindy..oh Kindy..but may not be CIC again..

Salam semua..
Di kesempatan ini, sy nak wish 'Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah'
Maal Hijrah buat semua..
Nampak gayanya akan tutuplah buku amalan kita petang jap gi eh..

Okeh..again..topik ni lagi..biasalah bila jadi ibu/mak/mama/mommy dsb..inilah delima kita..nak cari tadika yang terbaik, tadika yang sesuai, yang ada systematic curriculum, dengan guru2 yang berkebolehan..
Seyes..anak nak masuk empat ni, baru 2 masuk tadika dah pening nak memilih..

Nway, nak share story pasal previous pengalaman sy hantar anak2..
(rasanya dah share in previous entry) cuma kali ni nak meluahkan sedikit pandangan..

Sy agak terkilan dengan kaedah yang dijalankan di tadika CIC..
For me, as a parent, sy nak lihat anak sy membuat persembahan akhir tahun bersama rakan-rakan sekelas...tak perlu pun bagi saya untuk buat persembahan yang terlalu 'gah'..For me, cukup untuk lihat anak sendiri berada di atas stage..bukan apa, this is how we train their self confindence..berdiri di khalayak ramai dan membuat persembahan..
Tapi apa yang dipraktikkan oleh pihak CIC so far, they only train those students yang parents dia bayar untuk lihat performance tu..maksudnya..tak semua kanak-kanak akan terlibat. Jika kita nak lihat anak perform, kita kena bayar cthnya pakej Hi-tea dan apa yang sy rasa membazir ialah, buat di tempat-tempat terlalu mewah, hi-class...cth buat di hotel dsb..baru-baru ini, katanya jika saya ingin lihat persembahan sy perlu bayar RM88/person untuk Hi-tea pakej, which is i I think...mahal sgt!Walaupun dengan motto nya 'where leaders are born', tapi sekiranya the leaders tu tak digilap, maka tak mencapai la mottonya kan...

Takperlu rasanya, dan kebanyakkan tadika lain hanya sewa dewan sekolah atau sewa di tempat2 yang lebih murah, tetapi semua kanak-kanak boleh libatkan diri..mungkin hanya minta bayaran untuk costumes etc

Mungkin ada ibubapa yang berpendapat perkara ni tak penting, tapi bagi sy penting, kerana banyak perkara yang kita as parents dapat lihat anak kita jika dia dapat membuat persembahan. Sy pun tak la menaruh harapan yang tinggi untuk budak yang baru 3 tahun. Ini antara kebaikannya (personal view);

1. Meningkatkan keyakinan anak itu ketika berada di khalayak ramai
2. Ibu bapa dapat melihat gelagat anak apabila bekerjasama bersama kawan-kawan setelah dilatih..
3. Boleh melihat bagaimana anak2 tu respon bila dia berada di atas pentas, tetapi melihat ibu bapa nya berada di bawah pentas (pengalaman anak pertama, anak classmate yang terus-terusan menangis, dan ada yang berlari pergi ke parents dia, hehe)
4. Kenangan anak kita bersama kawan2nya...yelah mungkin kita tak continue kat sekolah yang sama kan...
5. Ibu bapa boleh lihat personaliti, bakat dan kepimpinan anak2 tersebut...
6. Yang penting kanak2 happy dengan aktiviti sekolah, mcm anak sy, suka tengok balik kalo diri dia divideokan...seyes..

Okaylah...itu yang sy dpt kongsikan..
Ini hanyalah pendapat sy, sebab bagi sy setiap budak ada keistimewaan nya..di saat inilah kita ingin membentuk suasana belajar yang bagus, supaya dia happy untuk ke sekolah dsb..

So, tiadalah kenangan anak sy di CIC untuk tahun 2013 kerana sy rasa sistem ini tak melambangkan mottonya...just be fair to all kids and parents..

LovesHugsandKissess

Comments

Popular Posts