MoM & KidS QualiTy Time!!~ Natural Face Masker

Salam semua...
Ye..time rajin macam ginilah...mula la nak update banyak2..
Sebenaqnya memang byk pun benda nak share kan..mampu ngan tak mampu nak menaip kat Keyboard ni je la..tu dok paksa Mr Suami beli PC kat umah..cewah..

Ni nak share pasal apa aktivity yang boleh buat ngan anak-anak kat umah..sy ni kualiti masa ngan anak-anak opkoss la time malam lepas maghrib...jenuh jugak dok pikir apa nak buat...

Ni dapat idea dari salah satu buku yang beli masa kat Big Bad Wolf tu...
'Natural Face Masker'

Buku ni tajuk dia '100 Ways to Stay Young'
Untuk mak-mak sebenaqnya, heheh, tapi asal boleh apply sama-sama ngan anak, bolehlah kan..
Bahan-bahan untuk buat..sangat senang, pastu bila check, tak membahayakan langsung pun untuk kulit baby..

1 cawan Natural Yogurt (jangan guna yang ada flavour lak!kang semut mai jenuh pulak muka kena gigit, hehe)
1/2 cawan Oat
*Just mix 2 bahan-bahan ni sahaja...then sapu kat muka...

Owh..senang kan bahan-bahan..soothhhhhingggg gitu! Lagi-lagi yogurt tu baru bawa keluar dari peti sejuk..hehe

Budak-budak enjoy sangat!


Boleh try okkay!
Love kids so muchhhhh!



Comments

Popular Posts