Farm in the City~ Petting Zoo; Anak2 teruja!

Salam readers...

Cuti sekolah baru berlalu kan..
Ke mana bawa anak-anak kali ni..??Saya ni tidaklah ke mana..annual cuti tinggal kurang dari 15 hari lagi..so kena jimat cuti..Papa pun sedikit busy lately..
Jadi Mama pun kena la amek cuti 1 hari..tapi walaupun 1 hari bercuti, Mama kena buat pilihan yang bijak tempat dituju!:D
Okay, dipendekkan cerita, ada sebuah petting zoo berhampiran je dengan rumah saya..kira kurang dari 5km lebih kurang..dah lama beroperasi cuma baru kali ni berkesempatan ke sana..
7 kanak-kanak riang...
 
Yuran masuk...RM25 untuk kanak-kanak dan RM30 untuk dewasa..kalau ada kad Popular Bookstore tu dapat la murah sikit...kanak-kanak jadi RM23 dan dewasa RM28...dan free untuk kanak-kanak yang tingginya kurang dari 90cm...
Adoi...kebetulan sepupu2 budak2 ni ada (anak abang), memang hmmmmmmmm...
Dan.....hari tu...hanya Mama dengan 7 orang kanak-kanak dibawah umur 12 tahun....mula-mula ingatkan susah untuk dikawal...tapi alhamdulillah, niat nak bagi budak2 seronok untuk dapat pengalaman baru, semua okay jer...
Konsepnya...kids sangat close dengan binatang2 di zoo ni..kecil je cuma sangat menarik bagi kanak-kanak yang pertama kali feed the animals..
Antara binatang2 yang ada..
Kura-kura...dan ada yang giant, dan pelbagai jenis kura-kura..kanak2 boleh ambil sayur dari 'uncle vege' (hihi, ni gelaran Arman sebut) dan feed kura-kura...boleh touch cengkerang kura-kura (keras gile kot)-Mama pun pertama kali sentuh cengkerang kura-kura ni...



 Hentian pertama: The Giant Tortoise!


Anak-anak berpeluang menyentuh binatang2 ni..puas hati diorang dapat lihat binatang ini dengan dekat...
 
Lepas tu ada la sekor dua buaya, ular.. tapi hanya boleh tengok dari cermin kaca..(bahaya kalau kanak2 yang feed, kan...)
Dan pertama kali jugak budak2 ni tengok ayam serama, hehe..ayam yang kakinya pendek tu, banyak je dalam kawasan 'mini zoo' ni..(rooster diorang pernah tengok dah rasanya sebelum ni..)
Oh, sebelum tu...boleh beri makan itik, burung dan jenis2 burung dalam tu termasuk burung merak yang cantik, cuma burung merak tak kembangkan sayapnya je..


 Sayang merak ni tak kembangkan sayapnya..
 Kalau ikutkan, budak2 ni nak taburkan dedak yang diberikan oleh seorang uncle ni, tapi dia dah pesan, 'no throw' mungkin taknak makanan tu bersepah, pastu burung2 ni pun akan terbang sana-sini kan..dan yang penting nak bagi peluang diorang feed dengan cara yang betul...
 Zahra in action..hehehe..
 Comel je ayam ni!
Berani juga si kecik Muadz ni...

White Swan yang sangat cantik!
Kemudian agak lama di sini....memberi makan ikan dalam kolam...banyak betul ikan dia..'Mama, fish ni hungry sangat ni, berebut2, sian kan....' hahahaah...memang asyik dok ulang amek makanan fish dan tabur dalam kolam (ada gak yang terus tuang sebekas makanan tu)..oh, makanan binatang2 ni dah termasuk dengan yuran masuk..so just ambik jela banyak mana kita nak bagi...


Dan next ada rabbit dan 'longkang fishing'...agaknya banyak benor orang datang dan feed rabbit2 ni sampai diorang pun tak larat nak makan sayur tu...
Dan ikan dalam longkang untuk aktiviti 'longkang fishing' ni sangatlah laju dan cepat elak bila kita nak tangkap...budak2 berpengalaman pegang fish net dan try untuk catch ikan2 tu...tapi sampai frust la susah jugak nak dapat...



Bersungguh-sungguh nak dapatkan sekor ikan...

Cubaan kakak pun tak menjadi sayang...
Oh ayam belanda!
Next stop, kami dapat lihat little poney dan ada aktiviti poney ride, RM7 per ride..ada jugak fox dan meerkat..
Kemudian beberapa jenis burung kakak tua dan budak2 ni sangat teruja dapat pegang little chick...sangat2 sampai tak nak balik (sebab kat situ tempat last singgah) dan yela, mana diorang pernah dan mungkin takde peluang nak pegang 'live' anak ayam ni kan..oklah anak...pegangla, dah 2 jam lebih pun kat sini :D

Muadz tengah tahan geli tangan...seronok dia anak ayam tu tak lari...:D
Zahraa dengan konfidennya...tapi bagitau Mama, geli!
Arman pun nak!

Dalam kawasan ini ada jugak tempat makan, jual minuman ringan..dan pesanan saya kalau nak datang, mungkin bawa tisu basah untuk lap tangan budak2 ni cepat2 (highly recommend kalau ada yang allergy or sangat sensitif) dan bawa air kosong..mungkin jugak sedikit snack kan..(saya tak bawa pun sebab sempat balik rumah)

Dan ada juga kedai souvenir..

Alhamdulillah, seronok tengok anak2 seronok..Arman, macam biasa, tak pernah puas kalau bab nature walk ni, memang taknak balik..
Sebabnya tak pergi bagi makan kura-kura giant tu...heheheh
Bolehlah datang ke tempat ni dengan anak-anak...

Thanks for reading!


Comments

Popular Posts