Bagaimana nak galakkan anak makan sayur?

Salam readers...
Harini just nak berkongsi satu cerita...
Saya dapat satu kes obesiti kanak-kanak..budak ni berumur 6 tahun berbangsa India..
Seperti biasa tugas sy menilai apakah corak pemakanan yang biasa diamalkan oleh pesakit sy di rumah mahupun di tadika..
Budak ni sangat petah bercakap, tembam!Geram jugak tgk kepetahan dia bercakap ni..he..gigi dia putih bersih dan tersusun cantik..tidak nampak tanda2 kerosakan gigi tandanya dia menjaga kebersihan mulut dan mungkin kurang makan makanan atau minuman yg manis2...
Walau bagaimanapun, sesi temubual antara sy dan ibunya tetap diteruskan, disusuli dengan temubual bersama pesakit sy ni...
Masalah yang sy dapat kesan...pesakit ni tidak makan sayur dan kononnya dia tidak sukakan sayur..
Dia makan terlalu laju dan suka makan di fast food restaurant 3-4x seminggu...
Hmmmmm
Hmmmmm
Hmmmmm
Sy pun tanya pada pesakit sy ni...
'Adik....adik....have you tried any sayur?....How it taste?', hehe..dengan membuat muka sedih...
Lepas tu..dia jawap sambil geleng kepala...
'No...i don't want...'...simple je jawapnya..sambil sengih2...
Sy pun balas senyuman dia tu...dan mula tengok jam di tangan...meal tghri akan sampai tak lama lagi..jadi ada peluang utk sy pujuk dia makan sayur...
Sementara tunggu meal sampai, sy pun mula la bercerita pasal sayur...
Hmmm...nak bercerita pasal sayur dengan budak2 yang belum matang fikirannya, tetapi boleh menerima apa yang kita ceritakan pada mereka mengikut akal logik mereka, jadi kita kena gunakan beberapa teknik kan...
Antaranya reverse psikologi....
Tp sy tak gunakan cara tu utk langkah awal..
Saya hanya menggunakan cerita2 positif sahaja..
Heheh...
Antaranya...
-'sayur ni....sebenarnya...veryyyyyy nice...very tasty....
And...see your teeth, u have veryyy nice and clean teeth..why don't u use them to chew sayurrrr...try it on!!then u'll know how strong ur teeth are!
Actually macam2 kita boleh buat cerita dengan budak2 ni..tp kena ikut keadaan dan persekitaran..
Kadang2 boleh gunakan karakter2 kartun kesukaan anak2 untuk katakan mereka sangat kuat kerana makan sayur...
Dan perlu diingatkan...penggunaan intonasi suara yang betul amatlah penting untuk jadikan cerita kita ni menarik dan mendapat perhatian kanak2 ini untuk terus dengar cerita kita...hehehe
Dan bersedialah untuk kita menjawap apa saja soalan anak2 berkenaan sayur yang kita ceritakan tadi...
Dan....yes..reverse psikologi biasanya akan lebih terkesan pada kanak2 ni..
Cthnya apabila kita tunjukkan gambar gigi rosak atau gambar kanak2 lain yang sedang baring sakit..yang tidak dpt bermain dan katakan inilah akibatnya jika kita x makan sayur, sebab tu mereka sakit, then mereka takde energy to fight sakit, mereka cepaaaattt tired...jadi, mereka akan lebih cepat terkesan kerana kanak2 di usia begini keseronokan mereka adalah pada saat mereka dapat bermain..jadi, bermain bg mereka amatlah penting..(ini berkesan pada anak sy, he)
Dan...masa yang ditunggu2 utk sy lihat apa kesannya penceritaan sy tadi pada anak kecil ini telah tiba dengan tibanya makanan tengahari kerana di akhir cerita td, sy tyakan 'nak cuba tak makan sayur ni...nanti adik jadi lebih strong tau..cepaaaatttt balik...cepaaaaat dapat main ngan kawan2....lepas tu jadi sihaaaaatttt sangat!'
Dengan muka yang sangat teruja...budak ni terus mengangguk2 kepalanya...
Sy pun suspen jugak..ntah sayur apa la yg sampai jap lagi..takut menunya sayur2 macam petola ke..labu air ke..susah jugak nak mintak budak cuba...lainla kalau sayur berdaun..
Biasanya saya akan mintak ibu mulakan dengan mencuba sayur jenis bayam..sebab sayur ni sangat lembut dan mudah dikunyah dan biasanya rasanya tidakla sepahit sayur sawi kan..
Oh!..makanan dah sampai...dan sayurnya adalah......sayur SAWI!!terdetik juga hati kecil sy ni....ermmm boleh ke tak anak kecil ni nak mencuba sayur sawi ni untuk percubaan pertama kali merasa makanan bernama sayur!!!
Hehehe...
Anak kecil ni mula makan..dan sy hanya memerhati dengan tersenyum...sy juga dapat melihat ibunya senyum sambil menggeleng kepala seolah-olah sudah tahu anaknya tak akan makan sayur ni...
Betul...a
Pada mulanya dia hanya makan kuah, ikan dan nasi sahaja...
Tiba2...dia kata..'this one?'sambil menunjuk pada daun sayur..
Terus saya mengangguk kepala dan berkata 'yes!yes!...try to eat....errr...this one!'...sambil sy menunjuk sehelai daun sawi dan anak kecil ni perlahan-lahan mengangkat daun sawi itu...dan melihat depan dan belakang sayur tu dengan muka yang tak berapa konfiden...aduhai anak kecil, buat sy tergelak kecil jugak, hihi..
Lepas tu perlahan-lahan dia masukkan ke dalam mulut dan kunyah perlahan lahan...
Saya dan ibu anak kecil ni hanya memerhati sahaja...
Terus saya tya bila nampak dia dh habis mengunyah...
'Nice right!???'
.......
.......
Dan anak kecil ni terus mengangguk2 kepala katanya...'ermmmm nice sayur!!'...
Terus dia mengambil dan memakan sayur di dalam tray makanan tu sehingga hanya tggal batang2 sayur saja...
Allahuakbar..terasa puas hati sangat hari ni..ibunya dengan seronoknya berkata...oh my god!doc...for the first time he ate sayur!he never wants to try at home...i cooked everything!
Hihi...mmg sy pun tumpang gembira...lepas tu sy just jawap...'erm...kids ni tula, mereka ni cara pujuk kena banyak story2 sikit..sebab mereka ni berimaginasi..'
'Ooo...itula...dulu susah mau suruh makan..'
kebetulan anak ini sebenarnya tiada feeding problem yang lain seperti susah makan pada awalnya, cuma dia xsuka makan sayur saja..
Tetapi sekiranya anak anda ada masalah susah nak makan makanan lain, pendekatan adalah sedikit berbeza...
Kesimpulannya...anak2 ini especially kanak2 lelaki, dia akan percaya akan apa yang kamu katakan atau ceritakan kepada mereka sekiranya dia rasa percaya pada kamu...bagaimana nak dptkan kepercayaan tu.......?
Tentunya...buatla diri kita dekat dengan mereka, berceritalah dengan mereka baik2...insyaAllah...
Sy sayangkan keja sy...

Comments

Popular Posts