2015.............Nak cakap pasal azam?!

Assalamualaikum..
Selamat tahun baru untuk semua..!

Walau bagaimanapun, tahun 2014 telah berlalu dengan 1001 dugaan dan cabaran untuk kita kan sebagai rakyat Malaysia..
Semoga dengan musibah, ujian atau apa sahaja yang berlaku pada tahun 2014 dapat lebih mematangkan pemikiran serta tindakan kita untuk tahun-tahun yang akan datang...

Biasanya masuk je tahun baru, orang akan bercakap pasal azam kan..heheh..
Memandangkan tahun 2015, anak sulong saya akan mula bersekolah dan memasuki darjah satu (ya Allah, cepatnya masa berlalu...rasa macam Zahraa baru berumur 4-5 tahun...)...jadi tahu-tahula...
mungkin akan lebih banyak cabaran untuk saya dari segi pengurusan masa menghantar, mengambil anak-anak dari tadika dan seklah rendah..dan juga jadual aktiviti sebelah malam..
Selain tu...bagaimana pulak dengan aktiviti hujung minggu? Nak bagi stay kat rumah sahaja tanpa aktiviti??
Saya rasa sy akan mencari enrichment class untuk hujung minggu dan focus sy sekarang adalah sukan-sukan sunnah seperti memanah, berenang..option lain mungkin sukan seni mempertahankan diri..tapi, apapun, sy akan biarkan bulan Januari ni untuk anak-anak dan sy sesuaikan diri dengan jadual persekolahan yang baru...

Azam??
Tentunya aktiviti di rumah pada waktu lepas persekolahan..
Biasanya masa yang sy ada adalah pada jam 6.00 petang ke atas..
Jadinya kalau nak beraktiviti pun rancangnya seperti aktiviti-aktiviti sensory play, aktiviti untuk meningkatkan fine motor atau apa-apa aktiviti bagi meransang otak kanan berbanding otak kiri memandangkan di sekolah anak-anak ini dah banyak guna otak kiri (mungkin..)

Untuk persediaan sy bagi mencapai azam sy...
1. Planner- dah ada. Ini sangat membantu sy untuk rancang apa yang sy nak buat..tapi, ni hanya plan, masa kejadian sy rasa penting juga kalau sy involvekan anak-anak untuk memilih apa aktiviti yang mereka prefer nak buat kan..

2. Resource book-hmm...sy kena brainstorm apa yang sy nak focus..
For now untuk Hamza dan Muadz-->pengenalan huruf-huruf hijaiyah..Muadz dah masuk Iqra` 1-akan teruskan aktiviti Quran Time setiap malam (Ya Allah, bantulah aku untuk beristiqamah dalam mendidik anak-anakku)
Untuk Arman-->sy akan fokuskan pada pengenalan siapa Pencipta, Nabi, Kitab ..dan resource untuk aktiviti sy gunakan buku 'Allah Loves Me'. Arman juga sukakan eksperimen, jadi aktiviti yang akan dibuat mungkin sy akan gunakan resource book ini sebagai panduan..'Science Experiments'
Untuk Zahraa--> malam mungkin masa untuk bertasmi' atau fokuskan pada Mental Maths..insyaAllah..Sains Zahraa akan bersama Arman untuk beraktiviti...

Ok..banyak dah tu azam...heheheh..

Doakan sy dapat istiqamah dalam beraktiviti...kalau ada yang tahu di mana ada kelas memanah yang berdekatan dengan seri kembangan boleh bagitahu sy ye..

Thanks for reading!

Comments

Popular Posts