Wednesday, 21 January 2015

Hobi baru....berbasikal!

Assalamualaikum,

Sebenarnya bukan hobby mommy ye..maknye ni kalau boleh nak mengemas rumah saja pun dah cukup..
#suamisyurgasaya tetiba ajak pi beli basikal di Dengkil..katanya kedai basikal kat Dengkil tu antara paling MURAH di Malaysia..(dalam hati, ye ke PALING MURAH??) konfius pulak..tapi tetap percaya pada #suamisyurgasaya
Dah lama #suamisyurgasaya nak baiki basikal Zahraa untuk dipas kan kepada Arman (kesian kan anak ke-2 mesti dapat bekas2 dari yang sulong). Basikal Zahraa sebenarnya masih cantik tapi sebab Zahraa dah tinggi dan dah masuk 7 tahun, kami nak ajar dia naik basikal 2 wheel saja..yang besar sikit la..
So bawa jugakla basikal Zahraa (untuk dipas kan pada Arman) dan juga basikal Arman (untuk dipaskan kepada Muadz)..
Ni kedai basikal yang kat Dengkil tu..lepas simpang tiga lepas masjid Dengkil Nampak sebelah kiri..
KEDAI SEW LEONG
Baiki 2 basikal-just touch up mana2 tempat supaya boleh function okay dan Nampak baru--> RM 20 untuk 2 buah basikal

Kemudian kami pilih satu basikal baru untuk Zahraa.berkenan kat basikal lipat ni..harga RM 300 (harga letak dalam RM350)

Zahraa bergaya dengan basikal dan helmet baru. Terus main lepas balik dari sekolah
 
Dan basikal untuk mommy --> sebenarnya yang ni papa punye, mama tumpang je la (adoi, nak tak nak kena naik jugak la kan..) RM 1450 (harga letak dalam RM2160)

Dan basikal mountain bike (ye kot) untuk papa..RM 1200 (harga letak dalam RM1488)
Dah beli basikal mesti kena siap dengan helmet..helmet pun kat sini ada beberapa choice jugak la..harga pun berpatutan..nak yang mahal pun ada, yang murah pun ada..
Sekali beli selonggok..(untuk kesihatan, insyaAllah)
Nape pilih mountain bike jugak??
Sebabnya nak pasang carrier tu..nak letak si bambam Hamza..
 
Muadz pun muat atas carrier ni..
Arman kat belakang tu dah excited sangat dapat main basikal (dulunya kakak punye)
 
Okay..now dah ada basikal dan papa dah azam nak jadikan rutin weekend pagi Sabtu dan Ahad, aktiviti berbasikal di Putrajaya (sebab ada space yang luas untuk berbasikal)

Amalkan hidup yang sihat!
Thanks for reading..May Allah ease everything you do..

6 comments:

  1. Replies
    1. linda jom nek gerek weh..hg kan dapat gerek free.heheh

      Delete
  2. Replies
    1. carrier tu boleh dapat kat website ni. Ini link nya https://saufasia.com/product/front-mounted-child-bicycle-carrier/

      Delete
  3. UIt .. kak su baru nak berjinak.. .. hehehhe

    ReplyDelete
  4. UIt .. kak su baru nak berjinak.. .. hehehhe

    ReplyDelete