Homeactivity-Water Play fun ideas!

Salam readers...
 
Yes!budak2 sangatlah teruja untuk main air betul tak...memandangkan swimming class dah lama mama w/hold kan dulu sebab kekangan masa, jadi mama ngan papa belikan swimming pool yang baru..kali ni papa mengambil kira tahap keluasan pool ni..hahaha, mungkin sebab akan main lebih ramai..(mungkin juga papa yang nak join kan!)
Bestnyer main air di hujung minggu.......yang ni bukan kata 10-15 minit..mmg akan jadi sangat sangat sangat lama...bila dah kesejukaaaaannnn barula nak masuk rumah
Bila pool dah besar, airnya juga kenala banyak kan...adoiiiii...nasib baik air di Selangor tak perlu kena bayar untuk 20 meter padu pertama..terima kasih ye kerajaan Negeri..hehehe
 
Water play ni sebenarnya bagus untuk kanak-kanak..banyak benda diorang boleh explore dan belajar..contohnya belajar konsep timbul dan tenggelam (float/sink), penuh dan kosong (full/empty) dan banyak lagi sebenarnya..kalau ada fish net pun okay, main2 tangkap ikan..(walaupun guna ikan mainan, pun boleh sebab mereka akan fokus mata di dalam air yang mana bukan mudah untuk kanak-kanak). Kemahiran fizikal dan gross motor pun dapat dikuatkan dengan aktiviti melompat dalam air, berenang, splashing, squeezing (yang ini boleh guna sponge dan belajar tentang absorption then squeeze..). Eye-hand coordination aktiviti boleh guna botol, minta anak2 masukkan air ke dalam botol tu...haaa...bukan senang tau..nak fokus dan bagi air masuk betul2...heheheh
 
Biasanya anak2 saya akan main bot-bot, hehe..mula2 Mama nye rajin sikit buat bot guna pelapik periuk panas..tapi nampaknya diorang lagi suka bot origami kertas...
Mama tak berapa nak ingatla origami tu, dulu masa kecik2 main hujan memang dok buat bot ni je, tapi dah laaaaammmmmaaaaa sangat kot tak buat..lupa dah..
Tapi try jugak recall2, bolehla anak oi..
Dah main bot-bot ni, tak sangka pulak tiba-tiba diorang buat 'wave' dengan menolak tepi pool..jadi bot akan sink..
Macam2 versi..ada yang bercerita pasal bot Nabi Nuh..ada yang kata Nabi Yunus dah terjun dalam laut..ada jugak yang kata Mama dan Papa Elsa Frozen hahahahaah...
Dan aktiviti ni Mama dan rutinkan jadi sebulan sekali je..belajar jimat air ye anak2, membazir tu amalan syaitan, heheh
Okay, pendek kata, water play is fun! Create your own fun activities mommies!
 
Thanks for reading!

 

Comments

Popular Posts