Sekolah Rendah Agama.....?

Salam readers...

Hihihi, jangan terkejut na tengok tajuk tu...
Kalau ikutkan Zahraa kami plan awalnya nak hantar ke sekolah rendah area putrajaya. Dah daftar dah pun, dan dah dapat tempat.
Tapi nak bgtau, hati mak ni rasa seolah-olah kurang tenang, tak tahula nak explain macam mana..hanya Allah sahaja yang tahu..
Sy ni basicly tak berapa faham sangat sistem pendidikan negara kita ni. Cuma sy rasa macam, kurang sistematik, sekejap ada peperiksaan, sekejap tak de..Masih dalam ujikaji (maafkan sy kalau info ni kurang tepat sebab pendidikan sekolah rendah bukan bidang sy)
Ekoran dengan perasaan kurang tenang sy ni jugak, bertemu pulak dengan beberapa orang dari bidang pendidikan ni..sy tanyakan juga pendapat mereka..
'rasa-rasa kalau nak hantar anak ke sekolah agama okay ke..'
Then, terkejut juga sy ingatkan dia nak sokong sistem pendidikan kita ni, tapi nampaknya dia pun sarankan untuk sy hantarkan anak sy cari ilmu akhirat dulu (maksudnya, hantarla pegi sekolah agama..)
Tiba-tiba, dalam kereta, ada ceramah dari ustaz (sambil dengar radio ikim), ada ustaz tu sebut..' hantar anak ke sekolah agama, insyaAllah rezeki Allah ada di mana-mana..' seolah-olah membantu sy dalam membuat keputusan dalam nak hantar Zahraa ke aliran mana..
'Uish...mungkin kebetulan' (bisik hati kecil sy pada mulanya)

Ada satu petang, semasa suami sy datang ambil sy di stesen ERL, sy pun luahkan perasan tidak tenang sy ni...masyaAllah, dia juga sependapat (terima kasih #suamisyurgasaya)..
Mula la sy plan cuti...dan bermula la sesi hunting (hihihi) sekolah agama..
Antara ciri-ciri yang diambil kira.....
->jarak dari rumah dan kemudahan untuk hantar dan ambil anak dari sekolah supaya anak tidakla lambat (saat 7 tujuh adalah masa untuk disiplinkan anak, jadi as mak kena tepat pada masa, hehehe)
->fasiliti..??ini bukanla ciri yang sy tengok sebab sy faham, sekolah agama jika nak dibandingkan dengan sekolah kerajaan fasiliti memang kurang baik, tapi memandangkan hati mak tekad inginkan anak belajar ilmu agama dan hafazan, so yang ni pejam mata...
 ->mungkin jika jumpa, sekolah yang akan offer/ada sesi akademik dan sesi hafazan..lebih baik bagi saya..

Anak-anak mama, insyaAllah mama yakin, akademik akan boleh dipelajari bila-bila masa...saat ni, mama ingin hati anak-anak mama yang bersih dan suci ini dipenuhi dengan ilmu Al-Quran dan As-Sunnah...itu lebih membahagiakan...

Thanks for reading...

Comments

Popular Posts