Nuffnang Ads

Hadiah Hari Guru...[DIY Gift and Card]

Assalamualaikum sahabat...

Agak-agak teruja tak anak bila diajak membeli bahan-bahan untuk membuat kad hari guru?

Mestila teruja!

Dalam perjalanan pulang dari sekolah Zahraa, tiba-tiba mama teringat sambutan hari guru sekolahnya akan berlangsung pada 28hb Mei ni..ya Allah! Sungguh terlupa mama..

Kebiasaanya saya akan membawa anak-anak untuk membeli hadiah hari guru sebelum 16hb Mei..
Tapi kali ini sungguh saya terlupa!

Baik, kita jangan menangguh keterujaan ini!
Jom kita cari hadiah untuk cikgu..
Tapi, respon puteri tunggal saya ini..
Dia lebih suka untuk buat kad sendiri untuk cikgu-cikgunya..

Okay anak...
Awak boleh buat pilihan untuk ini..
(Zahraa memang suka berseni kreatif )

Dan mama memikirkan ke mana halatuju kita..
Adakah IOI City Mall?
Adakah nak ke PKNS?
Adakah Tesco?

Dalam fikiran mama, Mr DIY store antara tempat terbaik untuk membeli bahan-bahan art & craft ni..harganya yang berpatutan dan juga banyak pilihannya..

Jadi, kami teruskan perjalanan ke Tesco Puchong. Zahraa mula bercerita style yang ingin dia buat pada kad tersebut.

......
......
......

Dengan harga kurang dari RM 35.00, kami dapat membeli kesemua bahan-bahan seni dan juga hadiah kecil buat 12 orang guru sekolah ( 8 dari sekolah Zahraa dan 4 dari sekolah Arman dan Muadz)..sungguh berbaloi kan!

Belajar menghargai guru..
Belajar berkongsi kegembiraan bersama guru dan rakan-rakan..
Belajar berjimat dan membuat pilihan atas barangan belian juga..

Kegembiraan terserlah pada wajah anak-anak syurga ini..
Bangga dengan hasil tangannya..
Tak sabar untuk dihadiahkan pada guru walaupun terlambat..
Yang penting adalah tanda ingatan...





Comments

  1. sesungguhnya cikgu2 mmg ske hadiah yg ada sentimental value macam ni.. bagus2..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kebaikan Keburukan (Pro & Cons) Hantar Anak ke Sekolah Agama / Tahfiz...

Jamu kunyit oooooo jamu!

Nak bersalin di Hospital Pakar An Nur Bangi? Jom tengok budget...