Menjaga Anak Amanah Allah-Pesanan Rasulullah

Hi all! nampaknya mata ni belum nak tido lagi...so, utk mengisi masa yang ada ni, yelah memandangkan anak2 tgh tido kan...bila menatap wajah2 mereka yang sedang tido tu..ya Allah..betapa bersyukurnya aku pada Allah atas segala nikmat yang diberikan...kadang2 i rasa tak percaya, dah ada 2 anak yakni 2 amanah Allah dah berikan pada aku...

Teringat pulak salah satu chapter dalam buku 100 pesanan terakhir Rasulullah...antaranya Menjaga Anak Amanah Allah..

Sememangnya anak-anak tu adalah harta dan amanah Allah. Tanggungjawab besar tu babe!Anak-anak juga adalah aset yang akan membantu apabila ibu bapa meninggal dunia melalui doa-doa mereka.
Baginda Rasul pernah berkata ' Apabila meninggal dunia seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah amal jariah, ilmu yang dimanfaatkan oleh orang lain dan anak soleh yang akan mendoakan untuknya'. Ha...dengan sabda baginda Rasul ni, kita dapat simpulkan bahawa pendidikan agama tu tersangatlah penting kan...untuk bekalan kita as parents di kehidupan yang abadi nanti...memang tanggungjawab yang besar...

Selain menjaga anak, mendidik anak-anak adalah wajib. Cuma sebagai parent ni, selalu i fikir, gi mana caranya untuk menjaga anak dengan cara yang terbaik???Selalu jugak aku cari info pasal parenting tentang cara untuk mendidik yang terbaik...tetapi biasalah...itu hanyalah sebagai panduan...hakikatnya...kadang2 aku rasa susah sangat, tak tahu nak buat macam mana utk bagi anak dengar cakap kita atau adakah cara kita tu betul ke tak..

Pesan baginda Rasul juga, 'Suruhlah anak kamu mengerjakan solat apabila berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika enggan mengerjakan solat apabila berusia sepuluh tahun'. Itulah pesanan baginda Rasul selain menyuruh parent mengajar tentang Allah.

Baginda juga menggalakkan kita membawa anak-anak menghadiri majlis ilmu bagi menambahkan pengetahuan mengenai ilmu agama. Majlis ilmu diibaratkan seperti taman syurga yang tidak sepatutnya dihadiri oleh orang dewasa sahaja, malah kanak-kanak juga perlu kena biasakan pegi.

Anak-anak juga digalakkan membaca Al-Quran supaya suasana rumah sentiasa memiliki ciri-ciri keislaman dan bukan didedah dengan budaya barat seperti memutarkan lagu-lagu yang melalaikan. kalo tak lagu pun, mungkin boleh putarkan bacaan Quran dari CD supaya anak2 terbiasa dengan ayat-ayat suci ni...boleh juga dipasang semasa dalam perjalanan dan sebagainya.

Baginda Rasul kita pernah berkata ' Jangan kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kubur. Sesungguhnya syaitan melarikan diri dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah'.

Betul juga,kita sebagai ibubapa, kita tak boleh sebenarnya nak serahkan semua responsiblity tu pada cikgu2, ustaz atau ustazah kat sekolah.Kitalah ibu bapa yang sepatutnya jadi contoh utama pada anak-anak.

Memberi nasihat kepada anak-anak juga merupakan tanggungjawab yang bukan kerja remeh. Dalam al-Quran surah al-Luqman, banyak sekali pesanan Luqman kepada anak-anaknya seperti dalam ayat 13, Allah berfirman yang bermaksud, ' Dan (ingatlah) ketika Luqman memberi nasihat kepada anaknya, 'Wahai anak kesayanganku! Janganlah kamu mensyirikkan Allah (dengan sesuatu yang lain). Sesungguhnya perbuatan syirik itu merupakan satu kezaliman yang besar'.

Dalam ayat ke 17, surat yang sama, Allah berfirman,' Wahai anak kesayanganku. Dirikanlah solat dan suruhlah berbuat kebaikan serta laranglah dari kemungkaran dan bersabarlah atas segala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang perlu diambil berat melakukannya.'

Besar tanggungjawab kita kan...
Ya Allah..berilah aku petunjukMu dalam mendidik anak-anakku untuk mencintaiMu...

Comments

Popular Posts