Nuffnang Ads

Sharing the Recipes-Buah Melaka atau Ondeh Melaka

Salam there!
Tetiba je rasa nak makan kuih buah melaka pulak as juadah berbuka petang ni..maklumlah, bulan puasa ni belum rasa lagi kuih buah melaka ni..buah melaka atau ondeh-ondeh melaka orang panggil..dulu mak selalu buat yang warna putih je..tapi rasanya ramai yang suka ada warna sikit dan paling glamour warna hijau ala hijau pandan..tak kisahlah apa warna sekalipun, asalkan bila makan, urmmmmmm...terasa gula merahnya yang manis memang ummmmmppphhh lah!!
As usual, bila tekak ni terasa nak makan sesuatu, mesti check ada bahan yang cukup tak dalam peti, dalam laci kabinet...hehe, tepung pulut ada, kelapa parut pun ada, gula melaka pun ada..cayalah!!cukup semuanya!!!alhamdulillah..bolehlah start buat..yeayyyy!
Lepas solat Zuhur, teruja betul nak buat kuih buah melaka ni..steps dia memang senang la..
Here bahan-bahannya....:)

Tepung Pulut (sukatan dalam 2 cawan)
Air pandan (tapi boleh jugak guna air biasa dan pewarna hijau if daun pandan tak ada)
1/2 tsp garam halus
Gula melaka- dipotong dadu kecil-kecil
Kelapa parut

Cara membuatnya...
i) Campurkan air dengan tepung pulut, kacau sampai agak-agak boleh uli bulat-bulat kecil dan tak melekat. Campurkan jugak sedikit pewarna hijau dan garam.
ii) Di dalam bekas lain, gaulkan kelapa parut dengan sedikit garam dan biarkan di tepi.
iii) Uli adunan tepung tadi bulat-bulat seperti bola dan isikan bahagian tengah dengan gula melaka.
iv) Rebus sehingga ianya timbul dan angkat. Masukkan ke dalam bekas kelapa parut dan golek-golekkan..Siap dihidang!

This is my product...sedapppp sangat sebab hasil air tangan sendiri kan..??
Sebenarnya kita ni bukannya tak boleh buat, mungkin kekangan masa menyebabkan kita sendiri rela beli kat luar etc..tapi bila buat sendiri, memang berbaloi-baloi lah! Okay, selamat mencuba....
Loves Hugs and Kissesssss

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Keburukan (Pro & Cons) Hantar Anak ke Sekolah Agama / Tahfiz...

Jamu kunyit oooooo jamu!

Nak bersalin di Hospital Pakar An Nur Bangi? Jom tengok budget...