Wednesday, 4 February 2015

Resipi Sarapan Ringkas Si Kecil..[LEMPENG NESTUM]

Assalamualaikum...

Modify sikit resipi lempeng biasa..
Untuk tenaga yang berpanjangan, saya tambahkan sedikit santan dan nestum...
Hmmmmm...
Wangi tau bau lempeng ni...
Jom kita tengok bahan-bahannya..

Nestum 1/2 cawan
Santan 1/2 cawan
Telur 1 biji
Tepung gandum (tanpa peluntur) agak2 dalam 2 1/2 cawan
Air
Gula ( if perlu 1 tbsp)
Garam..secubit sikit je
Tu je bahan2..

Cara-cara menyediakan pula..
1. Campurkan tepung, air, gula..kacau sebati..
2. Masukkan santan dan pecahkan telur dan pukul atau kacau sehingga semua mix betul2..
3. Panaskan non stick pan yang leper dan letakkan satu senduk...bentukkan bulat..
Tunggu bahagian bawah masak ( tengok bahagian tepung atas dah tak putih) then balikkan...

Ulang sehingga habis adunan...
Hasilnya...
Tadaaaa!
Boleh dimakan bersama spread lain seperti kaya, honey, choc butter, peanut butter...( ni resipi kanak-kanak ye..)

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment