Resipi Sarapan Ringkas Si Kecil....[CUCUR LABU]

Assalamualaikum...

Pagi memang rushing sangat..
Nak bangunkan anak..nak mandikan anak...nak siapkan anak-anak pakai baju...nak pastikan anak solat subuh..
dan tentunya seorang mak akan sediakan makan pagi untuk anak..kira sarapan la kan..

Malam sebelumnya mesti dah terbayang-bayang sebelum tidur..apa aku nak masak untuk anak aku sok pagi...

Ha, ni saya nak start share resipi sarapan yang ringkas untuk anak-anak..simple yet healthy..

Cucur Labu..

Kenapa labu?
Selain labu ni dibuat masak lemak, labu jugak boleh dibuat cucur untuk sarapan pagi atau minum pagi atau untuk minum petang..
Selain tu, resipi kat bawah ni akan menjadikan labu sebagai makanan tinggi kalori sesuai untuk kanak-kanak yang kurang berat badan..
Labu mengandungi Vitamin A yang tinggi dan juga Vitamin C..
Selain itu, tinggi juga kandungan protein/ 100 g dan tentunya tinggi fiber..

Bahan-bahan:
Labu 1/2 biji - dikukus pada malamnya..
Telur sebiji
Tepung gandum (tanpa peluntur)-agak2 ye mommy
Sedikit air suam
Gula (bergantung, saya hanya masukkan 1 sudu sahaja, tak perlu pun tak apa sebab labu dah manis)

Cara memasak..
(Sebenarnya cara memasak seperti cucur biasa)

1. Labu yang telah dikukus di lenyek
2. Tambahkan telur dan gula. Kacau hingga sebati.
2. Tambahkan tepung gandum dan air suam. Kacau sebati dan biarkan sekejap
3. Panaskan minyak dan goreng cucur..

Tadaaaaa......
Ok, ringkas dan mudah kan..
Selamat mencuba!
* sorry gambar bawah ni byk ni je yg tinggal yang lain dah habis dimakan..heheheh

Comments

  1. tak pernah try.. akak nak citer sket =P hahaha selama ni CT tahu makan labu saja. but at the age of 24 konon nak tolong makcik buang kulit labu.. i never knew before yang kulit labu keras hahaha.. first encounter = pisau terbang.. uish sangat bahaya then trus guna peeler.. hihi..

    tnggi keleri ? huurm kena cut down.. diet diet !!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts