School holiday activity

Salam semua..

Alhamdulillah, cuti sekolah kali ni takde plan untuk hantar anak2 ke mana2 program pada awalnya kerana mula2 sy rasa macam nak sangat saat-saat ni digunakan sebaiknya sesama bersama anak2
Tapi ada benda yang menarik perhatian, alimkids USJ ada buat holiday program-art&craft dan storytelling...
Lagi-lagi saya dapat tahu Sis Wardina pun ada hantar anak dia, Imran ke sana..
Jadi kali ni saya pun daftarlah Zahraa dan Arman disamping boleh ambil kesempatan ni untuk jumpa sis dan memang berniat untuk berkongsi pengalaman dia membesarkan anak-anaknya..dari segi sekolah dan sebagainya..

Zahraa dan Arman mama daftarkan untuk program day 1 sahaja sebab hari2 lain mama ada plan lain untuk dibuat...:)

Ini antara gambar yang sy sempat snap hari tu..
Sesi pertama merupakan sesi storytelling..buku yang dibaca ialah 'walking into the jungle'..hehe..alhamdulillah mama tengok anak2 mama seronok mendengar cerita tu..:)
Sesi kedua merupakan aktiviti art & craft..this part mama tahu sangat, anak2 mama sangat suka..dan time ni mama terpaksa keluarkan Muadz dari bilik tu untuk elak dia ganggu kakak dan abang dia sebab Muadz ni biasala suka sangat dengan paint dan brush!

Hasil akhir crafts!

Masa art & craft ni sy sempat berdiskusi dengan sis Wardina..mulanya saya bgtahu yang sy sukar untuk buat pilihan mana nak hantar anak ke sekolah semasa umur dia 7 tahun nanti..walaupun sebenarnya sy takdela pilihan sangat jika ambil faktor jarak dan kawasan tempat tinggal sekarang..hanya sekolah kebangsaan di Putrajaya sahaja..dlm erti kata lain, gomen school la..:D

Dan Sis Wardina kata..ada kelebihan dan kekurangan sama ada sekolah kerajaan ataupun private islamik school..memang betul, kita takkan dapat sekolah yang betul2 perfect atau yang betul2 ikut citarasa kita kan..

Surprisingly, Sis Wardina sekarang tengah buat homeschooling anak2 dia...wah...seronok sangat dengar!!!Oh my...how i wish to homeschool my kids!! (Walaupun sebenarnya kita memang ada buat dirumah secara tidak formal kadang2...)
Tapi tak semua orang diberi keistimewaan itu..masyaAllah sesuatu yang sangat bagus kan..!!Boleh difikirkan nanti...

Just to conclude..sy suka cara sis Wardina berfikir..betul katanya, apa yang kurangnya sistem pendidikan kita sekarang ialah budak2 kurang diberi peluang untuk berfikir..tetapi lebih kepada mengikut arahan..ye..buat kerja sekolah, jawab ikut teks and silibus kan..dan apa yg penting ialah peranan kita sebagai ibu bapa ni...
Ambil masa bersama anak2...bila buat homeschool atau bersama mereka masa mereka siapkan kerja sekolah, cuba tanya..
'Apa yang mereka fikir..?  What do you THINK?'
'Apa yang mereka rasa..? What do you FEEL?

Sis Wardina tekankan dua perkara yang saya highlight kan kat atas tu..Think and feel...
Jika boleh, selalu la bersama anak2 dan berbual serta tya mereka soalan2 seperti di atas, just nak buka minda mereka supaya berfikir dan berfikir..bukan hanya menerima sahaja..

MasyaAllah, what a great sharing from her..sy sangat teruja dan insyaAllah akan jadi ibu yang lebih lebih positif selepas ini..
Walaupun misi mencari sekolah rendah untuk anak masih belum diputuskan..

Sempat bergambar lagi!

Comments

Post a Comment

Popular Posts