Hair Cut@ Pro Design Senawang

Salam readers...

Hari ni takde apa sgt aktiviti tapi potong rambut anak2 memang ada dalam to-do list mama hari ini..
Rambut Arman dah panjang walaupun baru sebulan lepas potong rambut..Zahraa pulak memang rambut bahagian depan dah terlalu panjang sampai ke dagu, hehehe..
Jadi hari ni mama ikut papa pergi ke kedai, sementara tunggu papa siapkan kerja di kedai, mama bawa Arman dan Zahraa ke kedai uncle sebelah iaitu Pro Design!

Ni gambar Arman before and after hair cut..
Kali ni sebab nak gi umrah, mama pilih untuk botakkan Arman..kat sana insyaAllah boleh botak licin nanti..:)

Yang ni pulak gambar kakak Zahraa before and after..lagipun kakak Zahraa pakai tudung, better untuk berambut pendek, lebih mudah nak jaga kan..
Memang Zahraa beberapa kali bagitau mama nak simpan rambut macam princess, tapi mama rasa better berambut pendek buat masa sekarang..
Later bila kakak Zahraa dah boleh mengurus sendiri serta pandai menjaga kebersihan rambut, baru kita simpan rambut panjang kay!!

Ok jugak la price hair cut kat sini..
Harga mengikut umur...Arman botak kena caj RM6, kakak Zahraa pulak kena caj RM8...

Comments

Popular Posts