Nuffnang Ads

Tangan melecur, apa nak buat...???

Salam readers..

Astagfirullah..nak dijadikan cerita..bibik tetiba masak nasi dalam periuk elektrik yang biasa tu kat dalam bilik..diletakkan periuk tu dilantai sebab mama sedang gunakan plug di kabinet dapur...
Tak sangka adik Muadz masuk bilik dan bermain dengan asap panas nasi yang sedang mendidih tu...
Diletakkan tapak tangan dia yang comel tu atas wap panas tu..
Terkejut mama sebab tiba2 datang menangis sebab mama tak nampak apa2 pun kat tangan adik walau pun adik nangis2...mama x faham sebenarnya kenapa sebab mama tak nampak kejadian tu...
Tapi mama alirkan air sejuk dan letakkan ais pada awalnya walaupun tak nampak kat mana yang sakit..
Malam tu terkejut mama, dah naik bengkak air kat jari tengah adik Muadz..ya Allah..sedih sangat time tu sebab mama lambat bertindak..
Mama mulanya sapukan minyak Franch Oil..minyak ni bagus kalau burn or melecur...
Di samping mama google cari apa petua nak sembuhkan melecur...
Tak sangka adik Muadz dok gigit2 bengkak menggelembung air tu, agaknya dia fikir benda tu 'bubble' kot..dan akhirnya...pecah...!!!Oh my!!
Sakitla dik oi!!!
Terus mama sapukan antibiotik supaya tiada infection pada bahagian tersebut..
Akhirnya mama guna petua ni..
Ambil sebiji telur mentah...pukul dan sapukan pada bahagian melecur tersebut...
Ianya akan mengering...dan buatlah sapuan telur tu beberapa kali..mama buat sampai habis sebiji telur...
Ini gambar jari adik Muadz yang melecur tu...
Selepas beberapa sapuan...ia mengering...
Harap luka cepat sembuh sebelum mama bertolak nanti..ya Allah..ini ujian sebelum berangkat..

Comments

  1. adoi seriau tgk ..kesian kat Muaz...moga cepat lega na Muaz...

    ReplyDelete
  2. oh readers..tips dari pakar dr unit burn, kalau terjadi kebakaran, or burn..just alirkan air paip sahaja pada bahagian tersebut supaya burning tu kurang teruk...itu je caranya sebenarnya...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kebaikan Keburukan (Pro & Cons) Hantar Anak ke Sekolah Agama / Tahfiz...

Jamu kunyit oooooo jamu!

Nak bersalin di Hospital Pakar An Nur Bangi? Jom tengok budget...